25│uzair

19.3K 410 28
                                    




Danial melangkah masuk dipimpin Mas. Puan Rusna dan Puan Mariah muncul kemudiannya. Icah ada di rumah, ditemani Wani dan Encik Ikmal.

Pandang saja wajah Puan Rusna, mata Nisa menangis. Puan Rusna terus memeluk anak kesayangannya ini. "Maafkan ma sebab tampar angah." Diulangi ayat itu berkali-kali. Nisa tak sedar waktu itu. Tapi, disebabkan terkejut dan rasa tak dapat terima dengan apa yang dituturkan Nisa, tangannya melekat di pipi kiri anak keduanya ini.

"Angah yang patut minta maaf. Terima kasih pada ma sebab sayang angah. Sampai ma usaha nak sedarkan angah macam tu. Angah minta maaf." Nisa menahan sebak daripada terdengar kuat esakannya. Dia tak mahu Danial sedar dia menangis beria.

Malam semalam, dia tak berenggang langsung dengan Haiqal dan Hannah. Hannah setia di pangkuannya, Haiqal kekal di sisinya. Ketika kepalanya rebah ke bahu Haiqal, suaminya itu menceritakan apa yang sudah terjadi padanya sepanjang dia tidak sedar. Tidak disangka sampai begitu sekali keadaan dirinya. Bila Haiqal mention mengenai tamparan ma padanya, tangisan dia bergema balik. Haiqal segera memujuk dan memberi kata-kata semangat.

Semalam, suami isteri itu berbual dari hati ke hati, saling merindu antara satu sama lain. Nisa tak menyentuh mengenai Hafizudin, Haiqal pun tak menyentuh mengenai kehilangan sekejap Hannah.

Mereka cukup bersyukur dengan keadaan sekarang. Nisa dah sedar. Nisa dah keluar dari kepompong depresi dia. Hannah pun dah selamat, sihat seperti abangnya, Danial.

Nisa tak mahu membuka sikit pun mengenai Hafizudin. Hatinya masih terkesan dengan kata-kata Hafizudin yang mengancam keselamatan anak-anaknya. Dia berdoa dalam hati supaya Haiqal tak buka kisah itu atau tak tanyakan padanya mengenai hal itu.

Haiqal dapat meneka kehendak Nisa. Dia tak akan cuba selidik dari Nisa sekarang. Isterinya itu baru sedar. Dia tak mahu jika dia bertanya sedikit, Nisa akan kembali seperti dulu. Cukuplah Nisa sudah lupa apa yang dia percaya dulu mengenai Hannah. Cukuplah Nisa sudah lupa sehingga berjaya keluar dari dunia buatannya itu.

Haiqal cuma dapat mengagak, disebabkan gambar-gambar itulah Nisa menjadi seperti itu. Dan dia percaya, lelaki yang dia nampak itu adalah orang upahan si Falah.

Haiqal kerap kali memujuk Nisa supaya jangan takut. "Abang ada di sisi sayang. Abang akan jaga sayang dan anak-anak kita. Sayang jangan fikir dah. Yang penting, kalau ada apa-apa, jangan rahsiakan dari abang."

Nisa hanya mengangguk perlahan. Nisa tak mahu langsung memikirkan perkara itu. Dia taknak ingat ayat Hafizudin. Dia cuma nak bahagia di sisi suami dan anak-anak mereka.

Haiqal mengerti kini, bagaimana sampai begitu sekali tahap depression Nisa. Nisa masih lemah, baru lepas bersalin. Batin dan zahirnya kosong. Tidak kuat seperti biasa. Kemudian, datang pula gambar-gambar berdarah. Masakan tidak sakit isterinya bila sudah disogok begitu.

Tangan Haiqal menggenggam penumbuk dalam diam. Dia akan cari dua ekor tu sampai jumpa. Haiqal sudah tak kisah dah. Ini dah melampau. Sampai ke tahap keselamatan anak-anaknya pun Falah nak main, memang nahaslah mamat jahanam tu. Haiqal dah tahu siapa dia akan minta tolong.

Danial di dalam dukungan Haiqal hanya memerhati mama dan nenek di atas katil. Haiqal memandang wajah Danial. Danial tak mengerti apa-apa. Haiqal nampak, ralitnya Danial memerhati mamanya yang menangis.

"Papa.. mama..." Danial menunjuk-nunjuk pada Nisa. Haiqal mencium pipi Danial dan tersenyum, "Iya, sayang. Mama boleh balik harini." Danial terkebil- kebil tengok Nisa.

Nisa memandang Danial. Haiqal mendekati dengan Danial sudah sedia menghulurkan tangan. Lama dia tak peluk mama agaknya, mesti rindu sangat ni.

"Maafkan mama, sayang. Mama sayang Haisa. Mama sayang Hannah." Danial memandang wajah Nisa dan tersenyum lebar. Nampak giginya yang sudah tumbuh, 13 batang semuanya. Danial memegang pipi Nisa. Jemari kecilnya bergerak mengesat lembut. "Mama.. mama.." Danial ulang banyak-banyak kali. Air mata Nisa sudah kering. Dicium pipi Danial di kiri dan kanan.

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now