Sudah seminggu masuknya bulan Ramadan. Kandungan Nisa menjengah lima bulan setengah. Kelihatan bentuk bulat dah. Dan Nisa merasa penat dengan cepat. Tapi, nasib baik muntah-muntah Nisa sudah tiada.
Haiqal pula, akan mengusap perut Nisa dan cium sekali selepas mencium dahi Nisa. Nak pergi pejabat atau balik dari pejabat, atau nak tidur, Haiqal akan melakukan itu.
Haiqal akan selalu balik dengan juadah dari bazar Ramadan berhampiran rumah mereka. Baju mengandung untuk Nisa, mereka tak shopping lagi.
Nisa sering memakai t-shirt milik Haiqal. Jersi ke, kemeja ke, pijama ke. Itu tabiat terbaru Nisa di trimester kedua. Tabiat lama di awal trimester dulu masih ada lagi.
Sabar je Haiqal. Sekarang, dia kena rebut baju atau asing siap-siap untuk dirinya pakai. Nak marah tak boleh. Sebab Nisa akan pakai baju dia bersama tiada seluar. Kerana labuh bajunya semua labuh hampir ke lutut Nisa. Lagipun, pemandangan itu hanya untuknya di rumah, takkan dia nak marah. Dia lagi bahagia adalah. Haha.
Hari minggu itu, Haiqal mengajak Nisa turun ke bandar. Untuk membeli t-shirt baru juga jubah mengandung untuk isterinya. Nisa ikutkan saja. Penat berjalan mengira kedai baju dan butik pakaian mengandung, Nisa pengsan lagi.
Nasib baik mereka sudah sampai di rumah. Nasib baik jugalah Nisa pengsan di atas Haiqal. Bukan sorang-sorang di bilik air atau di dapur atau di mana-mana tanpa dia. Ditepuk-tepuk perlahan pipi Nisa, dikesat dahi Nisa yang sudah berpeluh. Nisa tidak sedar, terus diangkat ke bilik, dibaringkan perlahan-lahan di atas katil.
Shawl, baju Nisa semua dicabut Haiqal. Diganti dengan kemeja besar miliknya. Dicium dahi Nisa dan dibuka aircond di level sederhana. Kaki Nisa yang terdedah, ditutup dengan comforter tebal. Haiqal memandang muka Nisa sambil dibelai-belai ubun-ubun isterinya ini.
Nisa sahur dah banyak tadi. Malam semalam pun, Nisa makan banyak makanan yang berkarbohidrat. Dr. Junaidah bagi kebenaran untuk Nisa berpuasa. Tapi, untuk Nisa tak berpuasa pun dibolehkan dengan kondisi badannya yang kurang gula.
Tambah pula, Nisa sudah di trimester kedua. Di mana baby dalam kandungan memerlukan banyak nutrisi untuk perkembangan tulang dan organ dan anggota fizikal yang lain. Haiqal risau. Dia taknak Nisa pengsan lagi. Sudahlah dalam keadaan berbadan dua begini.
Haiqal akan menelefon Dr. Junaidah. Akan diminta nasihat dari doktor itu. Ikutkan dia, dia taknak Nisa berpuasa buat masa ni. Akan cuba dipujuk Nisa untuk itu. Haiqal senyum, dicium dahi Nisa dan pipi Nisa. Dipeluk isterinya dan sama-sama lelap. Tangannya erat merangkul Nisa ke dadanya.
⁜⁜⁜
Nisa terjaga. Benda pertama dia nampak, t-shirt merah suaminya yang berlambang Adidas. Nisa mendongak ke atas, memandang wajah suaminya yang sedang lena.
Nisa terkebil kebil, merasa kakinya terdedah kerana comforter dah teralih. Haiqal tukar kan baju dia lagi. Seperti haritu, tika dia pengsan di rumah ibu. Muka Nisa merah sekejap. Kemudian terkebil-kebil, bergerak sikit sebab nak tengok muka Haiqal.
Nisa senyum. Muka Haiqal kelihatan segar walaupun sedang berpuasa. Nasib baik dah solat di mall tadi. Keluar dari mall tadi dah pukul 2. Sekarang jam berapa dah? Nisa tak asar lagi.
Nisa terkebil-kebil melihat wajah Haiqal. Sudah setengah tahun mereka hidup suami isteri. Dia pun dah mengandung, hihi. Tangannya spontan melekat pada benjolan perut yang sudah makin membesar. Dia nak curi-curi tengok wajah Haiqal begini cuma tika suaminya itu tidur saja. Dia malu nak analisis wajah Haiqal tika jaga.
Dulu, setahun dulu tika dia tidur di rumah Mas, Haiqal berkulit gelap, tapi tetap ada manisnya. Tika mereka menikah, Haiqal berkulit sawo matang. Tak gelap, tak putih. Memang ikut selera dia. Sekarang pun macam tu juga.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomansaC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...