Selepas dua hari kes Nisa ditampar Puan Rusna, Nisa masih berkeadaan sama. Dia tak makan, tak minum. Dia hanya bergerak ketika nak membuang air juga bila nak bersihkan badan yang berasa panas.
Semua aktiviti kecil itu, doktor dah arahkan Nisa buat di atas katil. Disebabkan pergerakan Nisa yang agresif sebelumnya, Nisa tak boleh banyak bergerak. Haiqal dan Nurseha lah yang membantu mana perlu. Menggosok gigi, mencuci muka, menukar keperluan dalam. Tak kisah, kerana Haiqal suaminya.
Selepas kes Puan Rusna menampar Nisa, ma beria menangis dan memohon maaf pada Nisa. Tapi Nisa hanya memandang sepi. Nisa terus- terusan memandang ke luar jendela.
Bila dah menjelang 9 malam, Nisa terus tidur. Begitu lah rutinnya. Haiqal terpaksa meminta cuti lagi kerana terlampau risau dengan isteri. Nasib baik segala laporan dan agenda hujung tahun, dia sudah selesaikan. Idham ada untuk menyelesaikan penutupnya.
Hal nak menjejaki lelaki yang mengambil Hannah terkubur begitu saja. Keadaan Nisa lebih merisaukan. Keadaan Hannah yang tidak diendahkan Nisa lebih merunsingkan fikirannya. Wajah lelaki itu pun perlahan-lahan kabur dari ingatannya. Fikirannya, doanya sentiasa berkisar kesihatan isteri tersayang.
Keadaan Haiqal sendiri membimbangkan mereka yang lain. Haiqal hanya menjamah roti dan sedikit nasi bila dibawa Puan Mariah. Tapi nasib baik, dia mendengar kata-kata Mas yang menyuruhnya pergi mandi. Itu pun bila Mas cakap, "Nanti along pula sakit. Macam mana nak jaga Nisa? Lagi, Nisa mesti tak suka along busuk bila dia sedar nanti."
Hal ini Haiqal masih tak ceritakan pada teman-teman rapat Nisa. Perihal Nisa dah selamat bersalin, hanya Aini saja yang tahu. Itu pun sebab Puan Rusna yang cerita.
Tapi disebabkan nasihat Puan Rusna supaya jangan melawat Nisa, Aini ikutkan saja. Aini mendoakan supaya Nisa sedar. Haiqal boleh buat Nisa sedar. Moga Haiqal tabah. Itu doa Aini.
Disebabkan Nisa tak makan, Nisa sampai pengsan dalam tidur semalam. Kecoh bilik 109 tu bila Haiqal mengejutkan isterinya, tapi masih tak bangun-bangun. Padahal dah menginjak ke waktu petang.
Dr. Fatimah meredakan keresahan Haiqal. Katanya, Nisa terlampau stres dan kekurangan gula. Glukosa yang dipaksa masuk ke dalam badan Nisa tak cukup. Nisa memerlukan nutrien lain juga. Tambahan lagi, dengan keadaannya yang baru empat hari lepas melahirkan anak kedua.
Haiqal kian runsing. Dia melangkah masuk ke dalam bilik selepas mengerjakan solat asar di surau. Tadi dia bertanya personal pada doktor sekali gus meminta nasihat doktor untuk menjaga Nisa di rumah ibunya. Kata-kata dari doktor perempuan itu makin menambahkan kerisauannya.
"Esok, Puan Nisa dah boleh discharge. Cuma, saya nak tekankan. Tolong dia bangkit. Dia dah hampir seminggu berkeadaan macam ni. Saya risau, dia akan lebih teruk nanti. Tambah lagi, dia perlu berpantang. Elakkan dari termasuk dalam kategori meroyan."
Dr. Fatimah berhenti sekejap bila lelaki di depannya terus tunduk dan meraup rambut. "Saya akan bagi double supplement untuk kandungan gula dan nutrien dalam badan yang lain. Tapi dia perlu makan juga." Haiqal hanya mengangguk, tetapi matanya tekur memandang bawah.
"Encik Haiqal, isteri dalam keadaan macam ni, hampir kepada keadaan yang bahaya macam tu, amat memerlukan sokongan suami. Encik jangan tunjukkan encik lemah depan dia, ya. Encik kena tunjukkan kekuatan encik supaya dia juga akan kuat untuk keluar dari depression dia.
Dan saya tahu, encik mampu. Sebab saya boleh nampak encik sangat sayangkan isteri encik. Puan Nisa pun sangat sayangkan encik. Dia cuma perlukan sokongan luar dan dalam dari encik. Encik kuat, ya." Dr. Fatimah tersenyum nipis.
Haiqal mengangkat muka dan mengangguk lemah. "Terima kasih, doktor." Dibalas dengan senyuman lemah.
Haiqal memandang katil bayi yang kosong. Hannah sudah empat hari disusukan oleh nurse bertugas. Tak pernah lagi Hannah menyusu di dalam dakapan Nisa. Haiqal mengeluh lagi.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...