Dua hari lagi, masuk bulan Ramadhan. Suasana rumah banglo dua tingkat di IM itu riuh dengan keluarga dan jiran-jiran terdekat. 3 May. Lagi 21 hari genap usia 6 bulan Danial Haisa.
Majlis cukur jambul untuk Danial Haisa itu disambut meriah dan dihadiri ramai kenalan. Bukan untuk Danial saja, tapi majlis kecil ini juga untuk doa selamat bagi ahli keluarga mereka yang sudah kembali padaNya. Bukan majlis kecil dah, sebab para hadirinnya ramai.
Semua makcik dan pakcik belah Nisa dan Haiqal hadir. Jika mereka tak dapat hadir sebab masalah kenderaan, Haiqal sendiri yang akan menjemput mereka.
Rasa seronoknya lain macam sangat. Semua makcik dan pakcik Nisa yang majoritinya berada di Chini pelik. Tapi Haiqal senyumkan saja. Jika dia penat, dia menyuruh Zarul. Zarul meminta cuti lebih dari tiga hari untuk ini.
Kawan-kawan Nisa yang jauh di luar Pahang, cuma yang sudah bekerja saja datang. Itu pun jika tiada kesibukan. Tiem, masih belajar. So, tak dapat hadir.
Yang lain kecuali Fiza dan Ayuni, semuanya hadir. Kawan-kawannya tika belajar di UMT pula, hanya Seha tak dapat datang. Yang lain termasuk kawan-kawan satu course merangkap jiran depan rumah sewa pun datang.
Memang meriah pun rumah Nisa dan Haiqal pada hari Sabtu ni. Kawan-kawan Haiqal juga datang. Fauzi yang jauh di KL juga datang. Falah memang tak dijemput. Gila nak jemput!
Haiqal tak dapat menghubungi Falah. Numbernya sudah ditukar. Bertanya pada kawan-kawan satu rumah sewa dulu pun, memang semua tidak tahu. Bukan dia tak cuba menjejaki pejabat kecil Falah di KCP tu. Tapi Falah asyik outstation. Tak tahu betul atau tidak.
Lama kelamaan, hal nak berdepan dengan Falah, senyap begitu saja. Lagipun, Nisa ada disisinya. Selamat, ceria dan manja di depan matanya. Tak perlu risau. Danial juga sudah pandai memekik terlolong sekarang ni.
Memang betul kata Haiqal. Danial mewarisi celoteh mamanya. Tak sabar nak tunggu bila hero kecilnya itu pandai berceloteh nanti.
Haiqal dan Nisa tak mahu membicarakan mengenai Falah dah.
Kawan semasa kerja dan belajar suami isteri muda itu, semua yang berkelapangan, memang ada muka mereka di situ. So, boleh agak jumlah dan suasananya.
Semua makcik dan pakcik belah Nisa dan belah Haiqal, juga jiran-jiran terdekat membacakan Yasin, laguan marhaban dan selawat ke atas nabi dan doa kesyukuran sempena majlis cukur jambul dan doa selamat itu.
Haiqal dan Zarul tak join, sibuk menguruskan juadah. Mereka tak memanggil catering. Cuma mengeluarkan kos dan kudrat orang saja kerana Nisa nak mereka makan nasi arab resipi Zarul.
Nisa nak membantu urusan di dapur. Dapur rumah penuh dengan kawan-kawan juga anak-anak dara yang lain untuk menyediakan juadah sampingan, buah-buah, kuih-kuih dan minuman. Tapi Haiqal tak kasi. Dia berkeras nak Nisa duduk di dalam bilik, nak Nisa berehat. Danial di ruang tengah.
Ruang depan pula, tempat orang sedang membaca Yasin dan doa selamat. Ruang tengah itu sudah ada pentas kecil dan buaian kecil yang ditempah Haiqal di butik yang sama tika wedding mereka dulu. Danial tengah nyenyak tidur dalam buaian itu.
Nisa memuncung, "Takkan orang ramai dekat luar, Nisa duduk dalam bilik pula." Haiqal mula garu kepala, "Nisa duduk dekat depan tengokkan Haisa, ya. Tapi jangan tolong orang dekat dapur. Semua kerja dah ada orang buat, kan."
Nisa menghentakkan kakinya lagi. Semua kawan-kawan Nisa yang membantu tugasan kecil itu, mula sembunyikan senyuman. Tak sangka Nisa manja begini bila dengan suami. Selalunya malu je kalau ada mata lain melihat. Anak-anak dara yang lain pun sama, senyap-senyap ketawa.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...