Haiqal membelek-belek baju baby dalam butik Fabolous Mom di KCP ini. Tersengih dia seorang diri membayangkan Danial dalam sepersalinan ini semua.
Danial dah pandai berjalan sekarang. Tapi perlahan-lahan lah. First time dia buka langkah, dia menuju ke arah papa. Mama jealous tak sudah. Haiqal senyum mengenangkan hari itu.
Danial memang anak kecil yang pintar. Dia cepat belajar. Mudah faham pertanyaan dan suruhan mama papa. Ibu dan ma kata, Danial baru 10 bulan, tapi dah pandai serupa setahun.
Bangga tak sudah Haiqal. Semuanya kerana quality. Dan tak boleh dinafi, disebabkan quality sperm dia. Nisa rasa mahu cekik saja Haiqal tika itu. Haiqal tahu, tapi dia ketawa besar saja.
Adik penjaga butik yang setia mengekor mana dia pergi, tak dihiraukan. Dia tahu, adik itu mesti tersenyum lucu tengok gelagat dia. Dihulurkan lima sepersalinan baju bayi lelaki kepada adik butik itu, Haiqal mencapai HTC, menghubungi isterinya.
Haiqal tinggalkan Nisa di rumah, kerana muntah tak berhenti. Dia pula ke bandar sebab Nisa tiba-tiba nak makan ikan patin masak tempoyak Akob Patin House. Dah muntah-muntah, masih nak makan ikan patin masak tempoyak.
Alang-alang dia beli sekali ketam masak lemak bila ada menu itu. Haiqal senyum menunggu panggilan dijawab. Tapi tut tut lamaaa sampai masuk voicemail. Haiqal pelik.
Haiqal senyum pada adik cashier tadi sebelum melangkah keluar. Disedapkan hati, isterinya tidur kot. Dia mencuba lagi. Dari ekor mata, ternampak kelibat seseorang keluar dari kereta Audi metallic blue. Haiqal berjalan laju menuju ke arah seseorang itu.
Segera bahu mamat itu disentuh. Mamat itu pusing. Nampak ketara riak terkejut di mukanya. Segera ditutup dengan senyuman dan salam dihulur. Haiqal menyambut saja tapi mata tetap menikam muka mamat ini.
Haiqal tak mahu sembur Falah terus. Tak mahu dikatakan mencari gaduh dulu. Lagipun, sekarang isterinya elok di rumah tanpa gangguan Falah. Cuma, dia mahu kasi warning. Mahu memastikan Falah supaya betul-betul akan dan mesti menjauhi isterinya.
Falah mengerling beg kertas di tangan Haiqal. "Kau shopping baju anak ke? Wooo, sweet-sweet." Falah mengangguk-angguk, tapi hatinya masih dup dap. Hatinya berdoa moga Haiqal tak tahu melebihi apa yang dia sudah kantoi tika dia call iPhone Nisa. Mohon Nisa tak beritahu pada Haiqal apa yang sudah jadi lebih dari itu.
Haiqal perasan semua itu dari kelakuan dan mata Falah. "Kau duduk mana dekat Kuantan ni?" Haiqal menanya terus. Falah pandang Haiqal, diangkat kening, "Asal kau nak tahu?" Haiqal sungging senyum, "Kan kawan, takkan tak boleh tahu kot." Dipandang Falah yang memandang ke lain.
Haiqal senyum sinis. "Kau buat apa dekat sini?" Falah buat biasa, menentang pandangan Haiqal, "Aku nak jumpa kawan." Haiqal masih tak lekang dengan senyuman sinisnya. "Girlfriend?" Falah pandang saja tak berjawab.
Haiqal ketawa sinis, ke depan sikit. "Kau masih nak dekat dengan wife aku ke?" Falah membalas pandangan Haiqal. Bersandar selamba pada pintu kereta, tangan disilangkan memeluk tubuh dan tergelak kecil, "Asal kau cakap macam tu? Tergugat dengan aku ke apa?"
Haiqal tergelak juga dan menggeleng kepala, nonsense! Falah tercabar dengan nada ketawa Haiqal. Dia berani nak main api lagi, "Kalau aku cakap aku still nak dekat, kau nak buat apa?" Diangkat kening dalam sinisan riak yang mencabar.
Haiqal merengus dan terus ke depan, memandang tepat ke dalam mata Falah. "Kau jangan nak buat benda bukan-bukan. Aku dah tahulah kau buat apa pada Nisa masa korang satu sekolah dulu. Kalau kau cuba buat benda jahanam macam tu lagi pada dia, even kau sentuh jari dia sikit je, memang nahas kau." Bisikan Haiqal berbaur ancaman. Falah sedar itu.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...