Nisa mulai resah bila suaminya tak kembali dari tadi. Dah nak pukul 10 ni. 4 minit saja lagi. Selepas dua minit Haiqal keluar, ada seorang nurse masuk tadi. Merekod waktu dia sedar. Dia hanya tersenyum dan mengangguk saja.
Nisa teragak-agak mahu bangun, bila tiba-tiba pintu bilik dikuak. Seorang lelaki berjaket masuk. Dia memakai cap. Rambutnya diikat ke belakang. Mukanya tak jelas pada penglihatan Nisa. Nisa dah rasa lain macam. Tuala kecil di sisi meja segera dicapai menutup rambut.
Lelaki itu berpusing dan tersenyum sambil mengangkat kening. Kini jelas raut wajah lelaki itu. Tapi Nisa tak kenal. Nisa mula risau. "Siapa? Nak apa?" Lelaki itu mendekatinya dan berdiri di sisi katil. Tangannya diseluk ke dalam saku jaket. "Long time no see, cutie pie."
Lelaki itu tersenyum sambil membongkokkan badan, mendekati wajah Nisa. Muka Nisa direnung, betul kata Falah. Dah berubah budak kecil ni. Tapi dia punya ketakutan tu masih sama seperti sekolah dulu.
Nisa mengundurkan badan ke belakang tanpa menggerakkan punggungnya. Muka Nisa berkerut takut. "Tak ingat abang?" Nisa hanya menggeleng. Dalam hati tak sudah-sudah menyeru nama Haiqal.
Lelaki itu tersenyum dan menyeluk saku. "Abang... Hafizudin, tak ingat?" Dahi Nisa berkerut, cuba mengingat. Lelaki itu terus-terusan tersenyum melihat reaksi Nisa, "Kawan Abang Falah? Masa sekolah?"
Perlahan-lahan bayang seorang lelaki yang mula menegurnya dulu, tika dia nak balik sekolah, terlayar di ruang ingatan. Lelaki itu, senior, selalu dengan Falah mengekorinya ke mana dia pergi. Automatik, mata Nisa bulat, digarisi dengan riak takut. 'Kenapa dia ada dekat sini? Dia nak apa?'
Lelaki yang perkenalkan diri sebagai Hafizudin itu cuma tersenyum sumbing. Dikeluarkan beberapa gambar 4R, diletakkan perlahan ke atas riba Nisa. "Tu... Hannah Haisa. Your daughter."
Nisa menunduk melihat gambar-gambar tersebut. Bulat matanya. Gambar seorang bayi berlumuran darah. Bahagian dada bayi itu mempunyai kecederaan serius seperti ditembak. Hampir hancur bahagian itu. Muka bayi itu dah tak jelas, terlampau banyak darah di bahagian itu. Kain yang membedung bayi itu sudah berlumuran darah. Warna merah menghiasi kesemua kepingan gambar-gambar ini.
Emosi Nisa mula tidak menentu. Dia nak tengok anaknya. Hanya sesaat sebelum dia pengsan, dia melihat wajah anaknya. Bila dia sudah sedar, anaknya masih tiada dalam pangkuan.
Suami yang keluar mengambil anaknya pun, masih tak balik lagi. Dan sekarang, disogok pula dengan kepingan foto tragis serupa ini. Mata Nisa sudah mulai kabur.
"Apa... apa ni?" Hanya itu yang keluar. Jari jemarinya terketar-ketar menyentuh bayi yang hampir hilang kesempurnaan fizikal tubuh badan itu. "Your daughter... is dead, dear. Dan jangan sesekali bagitahu pada Haiqal. Kalau tak, your son akan terima nasib yang sama. Bye, sayang." Bisik Hafizudin, sinis. Dicium dahi Nisa dan terus keluar.
Nisa kaku. Dua ayat yang ditutur lelaki itu terngiang-ngiang dalam kepala. Haisa! Hannah! Tidak dihalangnya ciuman tiada makna itu di dahi. Nisa hilang suara. Hanya menatap gambar-gambar bayi yang masih kecil ini.
Bayi yang baru lahir. Mayat. Darah. Hancur bahagian atas. Terbayang-bayang dalam fikiran Nisa raungan, teriakan, tangisan dan kesakitan bayi yang baru nak melihat dunia itu. Teriakan Hannah, tangisan Hannah, kesakitan Hannah. Anak aku... Hati Nisa mula menangis.
Keadaan fizikal yang tak stabil dan masih lemah. Emosi yang tak menentu dan tak kuat, membuatkan Nisa percaya pada ketentuan itu. Anaknya sudah mati. Ditembak. Tidak kisah siapa pelakunya. Yang dia tahu, Hannah sudah mati. Anak aku dah mati.
Sedang Nisa terketar-ketar itu, seorang nurse masuk. Serentak itu, Nisa meraung. Dicampaknya gambar-gambar tadi, terus dipeluk lututnya. Tidak dihiraukan badannya yang lemah dan jahitan luka yang berkemungkinan akan terbuka balik.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...