"Amacam?" Falah meneguk Carlsberg di tangan. Keningnya diangkat menunggu balasan daripada kawan lamanya. Suasana di luar bising, tapi tara hal kerana mereka dalam VIP seat, senang nak bincang.
"Makin cantik doe." Kawan lamanya itu ketawa galak. Rokok di tangan dihisap rakus. Di matanya terbayang lekuk dan bentuk badan pregnant si gadis. So matured dari dulu. Pandai dia jaga badan. Bertuah nau Haiqal. "Kan aku dah cakap, Din." Falah bersandar bangga. "So, apa berita lagi?"
Hafizudin ke depan dan menceritakan, riak muka serius. "Sekarang, dekat rumah IM tu ada Haiqal, dia, anak setahun, dengan sorang makcik. Entah mak dia ke orang gaji ke apa ke. Due tengah bulan Disember. 15th. And Haiqal tak pergi mana-mana sampai dia bersalin. Kekal je ada dekat Kuantan. Tahun lepas dia pergi Lahad Datu, kan? Tahun ni takde."
Dia ingat kelibat belakang seorang perempuan tua. Mukanya tak ternampak pula olehnya. Minggu lepas mata-matanya saja yang mengintai. Kata mata-mata itu, orang tua itu tiada. Hari ini ada pula. Masih baru kot si tua tu dekat rumah tu.
Falah mengangguk. "Tu belakang kira. Yang penting, kau banyak mata-mata, kan? Get ready je around middle of December nanti dengan middle to end of February next year. Lagi bagus kalau Haiqal takde masa middle to end of February tu. Kau faham kan maksud aku? So, kau aim kerja Haiqal around that time. Set?" Hafizudin mengangguk. "On."
"Eh, bak sini sikit gambar kau snap si Nisa tu." Falah dah teruja. Hafizudin tersenyum sinis. Dihulurkan beberapa helaian foto saiz 4R. Semuanya fokus pada seorang wanita mengandung. Sedang menyidai baju, sedang menyapu sampah, sedang berdiri di depan pintu, sedang menemani anak kecil lelakinya berjalan, dan macam-macam kelakuan lagi.
Hafizudin memandang saja kelakuan Falah yang tekun memilih. Serupa pilih koleksi DVD. Hahaha. Hafizudin ketawa dalam hati.
Sejak Falah balik semula ke Kuantan awal tahun ni, mereka berhubung balik. Dulu, lepas Falah hilang tiba-tiba tika SPM, mereka hilang contact terus. Tup-tup, dia dengar Falah dah stay KL, manager di sana.
Hafizudin pun bukan menunggu di Kuantan saja. Dia banyak keluar juga bila di arah bos dia. Banyak kerja. Dealer business dialah juga, pancing perempuan kampung dialah juga, jaga clubs dalam Timur ni, dia juga. Dia hidup mewah dengan duit haram. Dia nomad dari satu daerah ke satu daerah. Kerana itu, polis payah nak kesan dia.
Tup-tup, awal tahun ni, Falah contact dia balik. Tak sangka Falah masih ingat dia. Tapi apa salahnya. Berkawan biar seribu, musuh biar satu. Haha. Lepas dua tiga bulan mereka berhubung balik, baru Falah buka cerita fasal Nisa. Dia ingat gadis itu, masakan tak ingat.
Falah serupa orang sasau bila di sekolah. Tak sangka Falah masih setia nak ambil tahu fasal si gadis. Dah lebih 10 tahun kot. Tika di sekolah, dia hanya perhatikan budak itu bila diajak Falah. Yelah, Falah belanja dia makan, belanja dia macam-macam tika sekolah. Falah bagi dia CD yang dia nak dan duit yang dia nak. Mana dia nak lepaskan peluang itu.
So, dia memang ikut perhati sama lah si budak Tingkatan 1 yang senyap, pemalu bernama Nisa itu. Bila Falah dah hilang tika SPM, dia sendiri berhenti sekolah. Tanpa ibu bapa dan berkawan pula dengan orang liar, senang saja untuknya mencari duit. Lagi pula, dia dah biasa dalam bidang haram begini.
Tapi bila dengar Falah cerita, tak sangka Falah masih beria nak. Walaupun gadis itu sudah berkahwin dan ada anak dah pun. Falah beria cakap, "Kau pergi usha sendiri lah. Baru kau tahu apa yang aku rasa."
Disebabkan itu, dia sendiri menuju ke IM dengan kereta Waja hitam anak buahnya, yang kerja bouncer di Jalan Wong Ah Jang. Dan dia nampak sendiri gadis bernama Nisa itu. Spontan dia tersenyum jahat.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomansaC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...