23│ditampar

20K 441 11
                                    


"Your daughter... is dead, dear. Dan jangan sesekali bagitahu pada Haiqal. Kalau tak, your son akan terima nasib yang sama."

Ayat itu terngiang-ngiang di telinga Nisa. Di depan matanya terbayang raut wajah Danial dan Hannah yang meraung-raung kesakitan. Wajah mereka takut dan menjerit nama mama dan papa. Jeritan dan tangisan mereka kemudian dihentikan dengan satu das tembakan. Terus Nisa membuka mata.

Jeritan Nisa mengejutkan Haiqal yang sedang tidur dalam keadaan duduk. Segera diterpa Nisa yang sudah mula bangun, yang mula memegang kepalanya. Tangisan Nisa ditahan-tahan, kakinya mula dihentak-hentak.

Mengingatkan pesan doktor dan Hannah yang sedang nyenyak tidur, segera Haiqal peluk Nisa kuat. Pergerakan Nisa terhad dan perlahan-lahan berhenti sendiri. Tapi tangisannya masih bergema.

"Sayang, jangan... jangan macam ni, sayang. Abang dekat sini." Nisa memandang Haiqal. Baru perasan akan kehadiran Haiqal. Tapi muka Nisa tak beriak. Dia hanya memandang muka Haiqal.

Haiqal berdebar, membalas pandangan Nisa. Perlahan-lahan, mata Nisa mengalir air mata. Nisa menangis perlahan. "Abang, anak kita. Hannah dah takde. Hannah..."

"Shhh... anak kita ada, sayang." Haiqal beralih, segera ditunjukkan Hannah yang masih nyenyak tidur di dalam katil kecil. Tangannya tak beralih dari merangkul tubuh Nisa. "Tu, anak kita. Anak kita selamat, sayang."

Nisa memandang bayi perempuan yang nyenyak tidur dalam balutan kain warna putih. Kain hospital. "Tu bukan anak kita, anak kita dah mati." Nisa menggelengkan kepala. Tangannya berusaha untuk lepas dari rangkulan dan genggaman Haiqal. Dia teresak perlahan.

Haiqal memeluk Nisa lagi. Air matanya ditahan dari menitis. "Sayang, Hannah anak kita. Itu anak kita. Sayang jangan macam ni." Selawat dan ayatul Qursi dibisik perlahan di telinga Nisa.

Dia tak mahu Nisa disuntik ubat penenang lagi. Nisa baru saja lepas bersalin. Nutrisi dalam badannya penting untuk Hannah. Nisa juga akan berpantang.

Haiqal tahu kepentingan dan betapa cerewetnya pantang tika Nisa melalui itu lepas melahirkan Danial dulu. Ibunya menceritakan setiap satu dengan jelas sekali.

Haiqal hanya menadah telinga. Padahal dia berkepit dengan Nisa setiap masa kerana matanya tak boleh kalau tidak memandang isterinya itu. Tak sangka, semua ilmu itu bukan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia masih mengingati serba sedikit yang penting mengenai hal pantang itu rupanya.

Sebabkan itu, Haiqal tak mahu ada sebarang kesan dadah dalam badan Nisa. Haiqal tak mahu nanti apa-apa kesulitan berlaku pada Nisa di masa akan datang.

Juga Hannah, memerlukan tumbesaran yang baik, seperti abangnya. Cukup lah sekali isterinya disuntik tadi. Dia tak mahu isterinya mengalami masalah kandungan darah yang tidak stabil pula. Nanti susu badannya tidak boleh disalurkan pada Hannah.

Tangan kekarnya membelai lembut rambut Nisa. Bibirnya tak berhenti mengalunkan ayat suci. Perlahan-lahan tangan Nisa merangkulnya kembali. Dirasa takut-takut dan terketar-ketar tangan Nisa memeluk pinggangnya. Tangan kecil itu memaut t-shirt yang dipakai. Lama-kelamaan, pautan itu menjadi erat.

Mukanya juga disembam pada dada Haiqal. Nisa masih teresak perlahan. Haiqal tersenyum pahit. Dia terus mengulangi ayat suci al Quran sehingga merasakan tubuh isterinya tak bergerak. Tangisan isterinya juga sudah berhenti.

Perlahan-lahan dijatuhkan tubuh kecil itu supaya berbaring. Dikesat kering pipi yang lembap itu. Kemudian, dikucup lama dahi licin Nisa. Dirinya turut dibaringkan di sisi tubuh Nisa. Lalu pinggang isterinya yang kembali ramping itu didakap lembut. Lindungi isteri aku, Ya Allah.

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now