Danial sudah lena dalam stroller. Nisa dan Aini masih lagi dalam Sorella outlet di ECM ini. Aini berialah memilih sebab Nisa cakap dia nak belikan as wedding present untuknya. Last-last pilih, number 3 juga yang Aini berkenan.
Puas jalan-jalan, cuci mata tengok novels lah, Aini ajar Nisa cara nak mekap dekat MAC lah, lepak-lepak dekat aiskrim lah, Nisa beli banyak gula-gula dan chocolates lah dalam AEON.
Mereka mula lapar. So, pergi makan. Nisa beria nak makan Ayam Penyet, lama tak makan katanya. Sedang menunggu pesanan, Aini bermain dengan Danial sebaik saja Danial celikkan mata.
Sedang Nisa ketawa dan mengagah Danial, tiba-tiba ada orang menegur. Nisa dan Aini serentak berpaling. Aini senyum seperti biasa sambil meriba Danial. Nisa dah bulat mata, terus pandang depan.
Aini pelik. Aini lah yang berbasa-basi dengan mamat tu, "Ya?" Sebab mamat tu tegur Nisa, tapi Nisa pula tak layan. Nisa kenal ke mamat ni?
Mamat itu senyum, terus duduk di sebelah Nisa. Nisa mula gelisah, terus dijarakkan kerusi. Aini perasan itu. Yelah, mamat ni pun duduk sebelah bini orang, kenapa? Ke dia tak tahu Nisa dah kahwin?
"Er, kenal ke?" Aini bertanya elok-elok. Mamat itu senyum memandang Aini. Dia ingat-ingat lupa juga pada kawan Nisa yang ini. Buat saja lah macam tak kenal. "Abang Falah." Jadi, dicakapkan itu saja.
Aini mula berkerut kening. Muka mamat ni dia macam pernah tengok. Tapi dia betul tak ingat nama tu. Lagi pula, dia tak suka lah cara mamat ni perkenalkan diri.
So, abang-abang sangat! Dia selesa panggil suami Nisa abang pun, sebab dia respect. Lagipun, Haiqal memang seorang yang respected person. Kapten, kan.
So, Aini senyum je lah. "Kawan Nisa ke?" Falah mengangguk biasa, diletakkan lengan kirinya di bahu kerusi kayu Nisa. Nisa tak selesa, Aini tahu itu. Aini pun jadi tak selesa tengok mamat ni. Siapa dia ni?
"Em, abang kawan Haiqal. So, memang kenal Nisa pun. Kan, Nisa?" Falah berkata, memandang Nisa. Aini nampak Nisa seperti takut. Nisa senyap saja, tidak berkutik. Matanya hanya memandang meja. Aini rasa kesian tengok Nisa. Baru Aini mahu menegur, mamat tu berbunyi lagi.
"Abang ada lunch meeting sekitar sini. Tak sangka pula jumpa Nisa. Nisa still macam dulu. Faham kan maksud abang?" Ayat last tu Falah menyuarakan perlahan saja, hanya Nisa yang dengar.
Nisa takut sangat. Dia teringat kes dalam stor. Dia teringat kes senior ini menariknya ke belakang tandas. Nisa tak boleh nak build up shell dia. Ini punca shell tu dibuat, shell dia tak cukup kuat.
Nisa terus bangun mengambil Danial di ribaan Aini, terus menuju keluar dari restoran Ayam Penyet ini. Aini panik. Nasi pula tiba-tiba sampai. Aini ke kaunter dan terus bayar.
Aini tarik stroller Danial dan mengejar Nisa. Aini tak perasan senyuman sinis di bibir Falah dengan mata jejaka itu mengekori belakang Nisa melangkah keluar.
'Nisa, you're still the same timid girl.' Lenggok Nisa yang berjalan laju keluar dari restoran ini, membuatkan Falah menelan air liur.
Nisa terus berjalan tanpa menghiraukan orang keliling yang memandangnya pelik. Nisa tak dengar pun Aini memanggil dan beria mengejarnya di belakang. Nisa tak sedar pun pipinya basah. Tangisan Danial pun dia tak sedar. Dalam kepalanya, cuma dipenuhi Falah.
Apa dia buat dekat sini? Lunch meeting? Bukan dia kerja di KL ke? Dia buat apa dekat sini, dekat Kuantan? Dia dah duduk Kuantan ke? Abang, Nisa takut.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...