Haiqal membuka pintu. Nisa sedang menyusukan Danial di ruang depan. Nisa tersenyum, "Abang, maaf tak boleh nak buka pintu." Nisa mencium tangannya bila dihulurkan. Dan dicium dahi dan pipi Nisa.
"Tak apalah. Haisa kan tengah menyusu tu." Haiqal membalas dalam senyum. Haiqal tundukkan muka nak mencium Danial yang sedang menyusu. Nak cium pipi Danial pula tu, kepala sudahlah. Saja nak mengusik Nisa.
Nisa bersuara perlahan, "Abang..." Nisa bergerak mengesot sikit. Haiqal angkat muka dan senyum ke arah Nisa. Nisa tunduk je, mengerling Haiqal sikit.
"Abang nak kiss Haisa lah, sayang." Nisa dah muka merah. Haiqal menunduk lagi, dicium pipi Danial lama. Tapi sempat juga dibenamkan bibir dan hidungnya pada breast Nisa yang terdedah sikit. Takkan nak tutup semua, kan. Lemas lah Danial nanti. Tapi suaminya pula ambil kesempatan.
Haiqal angkat muka dan tersenyum nakal pada Nisa, "Wangi. Lembut. Mmm." Nisa drastik pipi merah serupa tomato. "Abang!" Nisa tetap tak angkat muka.
Haiqal ketawa, "Abang cakap Haisalah." Nisa dah menjeling dengan muncung. Haiqal senyum, dipeluk bahu Nisa, dicium telinga isterinya, "Sayang pun sama." Haiqal nampak Nisa tersenyum malu.
"Sayang masak apa harini?" Haiqal bertanya, bermain-main dengan rambut Nisa yang berikat ekor kuda. Nisa senyum memandang Haiqal, "Nisa masak ayam masak merah dengan sayur campur je. Nisa penat lah harini. Haisa menyusu banyak sangat. Harini dia menyusu, tidur, menyusu, tidur. Dia tak celik pun main dengan Nisa."
Menyusukan Danial ketika Nisa berpuasa sunat kadang-kadang ni memang dikaji sepenuhnya oleh Haiqal dan Nisa. Haiqal risau Nisa pitam lagi. Tapi dengan supplement atas nasihat doktor dan pengambilan cecair yang cukup tika malam dan sahur, memang make it possible untuk Nisa berpuasa sambil menyusukan Danial.
Berjenis-jenis buahan beransur air dimakan dan bergelen-gelen air diminum Nisa. Itu semua diingatkan Haiqal juga. Lagipun, bukan Nisa puasa sunat berderet dalam seminggu. Hanya kadang-kadang, juga mengikut jadual yang disusun Haiqal.
Nisa muncung sikit bila bercerita habit Danial hari ini. Haiqal turut muncung sama. Kemudian, Nisa gelak, Haiqal pun gelak sama. Dia seronok tengok Nisa seronok.
Dia teringatkan kata-kata Haris pagi tadi. Takpe. Slow-slow dia akan korek dari Nisa. Falah terus tak angkat call dia. Hari ni pun dia call Falah lagi. Semalam, dia dah block number Falah di iPhone Nisa. Nisa tahu atau tak, belakang kira.
Yang penting, dia sudah bersihkan jejak Falah di iPhone isterinya. Dia taknak tanya Nisa lagi. Yang penting sekarang Nisa senyum je, seperti selalunya.
"Haisa asyik menyusu je harini. Sayang ada pening-pening ke penat terlampau ke? Ada?" Haiqal masih bertanya. Risau lagi sebenarnya walaupun Nisa tak pernah pengsan pun tika berpuasa sunat dan ganti setakat ini.
Nisa senyum. Terharu dengan sikap ambil berat dan penyayang suami. Kepala direbahkan seketika di bahu Haiqal, kemudian diangkat muka dan geleng dalam sengihnya. Haiqal ketawa kecil melihat keletah Nisa.
"Abang jangan risau. Tak dek pun. Pening-pening langsung takdek. Penat tu, biasalah puasa." Nisa sengih tayang gigi. Haiqal sengih juga pandang Nisa. Alhamdulillah, bisiknya dalam hati.
"Berapa hari lagi Nisa tinggal ganti puasa?" Nisa mencongak. Haiqal tengok je. Kerana bini dia comel sangat. Dia tengok Nisa je, dah makin tinggi dia jatuh. Jatuh cinta hahaha.
"Campur harini... ha! Lagi 10 hari." Nisa tersenyum. Haiqal senyum balik.
Haiqal turut mencongak. Nisa tengok saja, pelik. Apa yang suaminya kira? Haiqal bermain-main dengan rambut Nisa. Tapi matanya ke depan, mulutnya terkumat-kamit mengira.
YOU ARE READING
Siapa Sangka?
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan begitu. Tidak seunik novel, jika dia sendiri mempunyai trauma, tragedi hitam dalam dirinya masih di...