14│danial haisa

27.6K 636 23
                                    


Nisa terpisat-pisat bila merasa sentuhan di mukanya. Dikesat sambil lewa, kembali menyambung tidur. Tangannya memeluk bantal peluk. Tapi kenapa bantal peluk ni macam sedap je dari biasa eh? Nisa malas nak fikir banyak.

Tapi, perutnya yang bulat itu disentuh lembut pula. Serentak dengan sentuhan di dahi dan di pipinya. Sentuhan di pipi tu agak lembap sikit. Difikir kucing atau lipas ke, terus dibuka mata laju-laju. Terus matanya menangkap muka Haiqal. Terkebil-kebil matanya melihat Haiqal.

Haiqal sedang menahan badannya dengan lengan kanan dibaringkan di atas kepala Nisa dan baring mengiring, rapat dengan Nisa dengan wajahnya di atas Nisa.

Haiqal tersenyum manis, memandang Nisa. Tangan kirinya setia diletakkan di atas perut bulat Nisa, ditepuk-tepuk lembut. Haiqal selalu buat begitu, konon untuk berinteraksi dengan anak di dalam perutnya. Tangan kanan Haiqal pula membelai-belai kepala dan sisi wajahnya. Terkebil-kebil dia melihat muka Haiqal.

Muka Haiqal segar, seperti baru lepas mandi. Rambutnya pun masih basah sikit. Muka Haiqal bersih, tanpa sebarang kumis pun. Haiqal pakai sepersalinan bersih, milik Zarul. Dia pinjam baju Zarul.

Haiqal senyum lucu melihat aksi blur dari isterinya. Direndahkan muka, didaratkan ciuman di pipi kanan Nisa. Pipi yang sama Nisa rasa lembap tadi. Haiqal cium dia lah tadi. Tangannya yang konon memeluk bantal peluk, rupa-rupanya memeluk pinggang Haiqal.

Haiqal pandang Nisa lama. Bibir tak lepas dari senyuman handsomenya, "Assalamualaikum, sayang." Mata Haiqal penuh dengan rindu dan cinta yang menggunung, khas untuk isterinya.

Barulah Nisa senyum, senyum hiba. Terus dipeluk pingggang Haiqal ketat-ketat, disorokkan mukanya di dada Haiqal. Haiqal baring mengiring, tak mahu menindih perut isterinya. Nisa pun ikut sama mengiring sikit.

Haiqal tahu Nisa menangis. Haiqal senyum, dibelai, digosok belakang Nisa. Dicium kepala Nisa sambil memujuk lembut. "Shhh... sayang janganlah nangis. Abang kan dah balik ni."

Nisa masih juga teresak-esak perlahan. "Abang... abang janganlah pergi lama macam ni dah. Nisa... Nisa rindu abang." Haiqal senyum saja, masih tak jemu menenangkan isterinya. Aduhai kesiannya isteri aku.

Lama mereka berkeadaan begitu. Akhirnya, baru Nisa reda sikit. Perlahan-lahan diangkat muka memandang Haiqal. Haiqal senyum, dikesat air mata di kedua pipi Nisa. Barulah Nisa senyum gembira.

Haiqal sengih tayang gigi. "Nisa rindu abang. Abang pun rindu Nisa, sangat-sangat." Dahi Nisa dicium lagi. Nisa sengih tayang gigi.

"Anak papa dalam ni jaga mama elok-elok tak? Ke banyak main bola dalam ni sampai mama pun mengah?" Haiqal bertanya sambil mengusap-usap perut Nisa. Matanya tersenyum melirik ke arah Nisa.

Nisa senyum lagi. Haiqal pandang saja muka, senyuman, sengihan Nisa. Punya dia rindu pada bini dia ni.

"Dia banyak borak-borak dengan mama. Bila mama rindu dekat papa je, dia pun join rindu sekali. Dia tendang perut mama. Tapi tak mengah pun, tendang rindu, kan. Manja gitu." Haiqal ketawa perlahan mendengar celoteh isteri.

Haiqal pandang lama muka Nisa. Nisa senyum juga memandang Haiqal. Dia rindukan Haiqal. Ditahan merah di muka tika melihat wajah Haiqal. Dia rindu nak tatap wajah Haiqal ni. Tahanlah kejap ditenung Haiqal.

"Abang sampai bila? Dah lama ke? Siap mandi dah semua?" Nisa cover rasa malu yang bertandang dengan bertanya.

Haiqal bermain dengan juntaian rambut Nisa di bahu. Dalam senyum, dijawab semua yang ditanya Nisa, "Abang sampai Kuantan pagi tadi, pukul 8. Lepas tu, abang pergi pejabat terus sebab nak lapor apa semua. Kasi settle semua benda, pukul 10 lebih baru siap.

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now