6│nikah

40.4K 948 19
                                    


Lagi seminggu majlis kahwin Nisa. Selepas majlis di rumah Nisa, esoknya terus majlis di rumah Haiqal pula. Nisa makin gelabah, excited pun ada, takut pun ada, tapi gelabah paling ketara.

Group WhatsApp yang kawannya, si Mun, kawan tika belajar dulu buat, tak berhenti-henti berbunyi mengusik dia. Mun buat group tu pun khas untuk bridesmaids dan semua geng rumah sewa yang sama-sama masuk air.

Nisa baru siap balik dari fitting baju pengantin untuk kenduri belah Haiqal. Warna putih suci, sesuci uniform maritim yang akan dipakai Haiqal nanti.

Nisa baru ada masa nak buka WhatsApp Group bridesmaids ni. Bukan ada benda pun, semuanya kata-kata tahniah diselangi dengan kata-kata terkejut sebab Nisa dah kahwin. Nisa faham kenapa mereka terkejut sangat tu. Nisa sengih sendiri.

Tika belajar dulu, dia sangat kebudak-budakan. Tak cukup di zaman matrikulasi, makin menjadi-jadi perangai budak-budaknya ketika di universiti. Nisa ingat lagi ayat-ayat mereka.

'Aku nak tengok lah bila Isa dah kahwin nanti, macam ni jugak ke? Terjerit-jerit macam Tarzan, clumsy macam kucing patah kaki, hahaha.' Itu kata Syafa.

'Aku tak sabar nak tengok anak Isa, macam manalah masa dia preggy dengan jaga anak nanti, jangan kau bagi dia dengar lagu Naruto sudah.' Itu kata Nikki.

'Aku nak tengok sangat sape suami dia weh. Sape lah jejaka malang tu, hahaha.' Itu kata Saz.

Pendek kata, semuanya memang teruja dengan berita Nisa nak kahwin. Kerana Nisa memang perangai loklak tika belajar. Siapalah lelaki yang boleh bimbing dia ke jalan yang benar ni? Nasib lah Haiqal.

Nisa tersenyum, kadangkala ketawa dengan kata-kata lucu kawan-kawannya.

Nisa panggilan tika di sekolah asrama dulu. Isa pula, tika belajar ijazah dulu. Nisa tersenyum dan pecah ketawa bila membaca segala conversation dalam group WhatsApp ni.

-Isa!!!asal kau yang kahwin dulu, aku dah lama dengan fahrin, tunang je sampai sekarang tak kahwin lagi, jelesnyaaaaaaa, anyway tahniah girl, aku datang nak tengok kapten kau! (Nikki)

-Aku dah tengok laki dia weh, masa gambar tunang depa post dekat FB, wehhh bapak hensem siaaaa, kalah fahrin kau (Mun)

-Aku nak bagi kau sexy lingerie isa, pastikan kau pakai, kau kan suka benda-benda macam ni (Ira)

-Aku tak sangka minah clumsy ni macam mr bean pun boleh dapat mamat kapten weh, pakai uniform pulak tu, isa!! so much congratulations from me! u deserve him dear. aku pasti datang! (Fana)

-Aku berangan nak kahwin bawah pedang macam kau isa, jelesnyaaa. aku jadi bridesmaids, pstikan kau kenalkan aku dengan kawan2 hubby kau tau, tahniah sayang!! (Syafa)

-Korang tahu dia macam mana kan? aku harap kau tak terkam dia malam kahwin nanti nisa hahahah (Yan)

-Nisa, kau kena ubah jadik ayu sikit, jalan biar lurus, jangan senget-senget sampai tersadung pulak hahah, tahniah wehhh thanks pelawa aku jadik bridesmaids kau muah (Akma)

Nisa hanya ketawa dan sengih macam kambing. Nisa tak ambil hati langsung dengan kata mereka. Biasalah tu, kepala semua masuk air.

+Aku nervous weh.

-Kau nervous kenapa? bukan kau pun yang nak lafaz nikah haha (Syafa)

-Ke kau takut first night? takpe aku beli untuk kau victoria secret nanti (Mun)

+Bukanlah, macam mana nak jadi isteri yang baik? haaa gitu

-Kau kan citer, laki tu buat macam2 untuk kau, aku yakin, dia akan bimbing kau, dan kau mampu jadi yang terbaik, kau kan strong lady. :) (Saz)

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now