10│pengsan

34.5K 673 20
                                    


Puan Rusna dan Puan Mariah yang mendengar kata-kata Haiqal, ternganga tak percaya. Tangan kanan serentak menutup mulut.

Mas dan Na dah melompat suka sambil peluk- peluk. Encik Ikmal cuma tersenyum bahagia dan mengucapkan alhamdulillah. Icah yang tak tahu apa-apa pun join Mas dan Na yang melompat- lompat.

Serentak, Puan Rusna dan Puan Mariah mengalihkan pandangan ke arah Nisa, di sebelah Haiqal yang menunduk tersipu-sipu. Serentak mereka bangun, memeluk Nisa. Nisa terkejut dan tergelak suka. Kedua-dua belah pipinya sudah dicium ma dan ibu.

Mas pula datang memeluk Nisa, makin meriah jadinya. "Weh, kau dah pregnant! Nanti kau akan ada baby. Waaaaa tak sangkanya aku, maknae dah besar. Aku kena bagitahu Mok terus ni!" Nisa tergelak dan tersenyum manis. Pipinya memang dah kekal merah dengan perhatian yang diberi.

"Jadi, ibu call lah mak ndak, mak ngah apa semua. Jemput dorang malam ni, lepas Isyak. Along nak buat makan-makan sikit. Kejap lagi, Angah, ikut Along, beli barang nak masak. Sepupu belah Nisa dengan kawan dia pun ada yang nak datang malam ni."

Puan Mariah hanya angkat thumbs up tanda setuju. Tangannya tak melepaskan tangan Nisa dari tadi. Dipandang Nisa, dicubit pipi menantunya itu dengan geram. "Eiii, Nisa nak bagi ibu cucu. Mesti comel macam Nisa." Nisa senyum malu.

Nisa memaut tangan Puan Rusna, dipeluk manya ini dan berbisik, "Terima kasih, Ma." Puan Rusna senyum, ditepuk belakang Nisa. Nisa pandang mata Puan Rusna. Puan Rusna faham. Nisa berterima kasih kerana menerima Haiqal dan meyakinkan dia untuk menerima Haiqal. Puan Rusna hanya mengangguk dan tersenyum.

Nisa duduk seorang diri di pondok luar rumah ibu ayah. Nisa tersenyum sendiri mengenangkan kebahagiaan yang dikecapi sekarang. Teringat pada sahabat-sahabatnya yang nak datang malam ni. Mereka setuju nak datang tapi beritanya mereka masih tak tahu. Nisa tersengih.

Nisa buka WhatsApp Group zaman asrama dulu. Nadia dan Aini setuju nak datang. Yang lain semua kerja jauh, ada yang masih belajar lagi.

-Koraaaaang..... aku ada berita baik ni :)

+Apa dia? (Aimi)

+Hai, jarang dengar kau kepoh dekat sini, happy kira tahi lalat suami lettew (Yan)

+Haha, ada-ada je kau yan, berita apa nisa? bahagia kau skrg eh, jeles aku tgk icon wasap kau haha (Nadia)

Nisa sengih. Profile picture dia, gambar dia dengan Haiqal. Haiqal dengan Peak Cap di atas kepala dan mencium pipinya lama. Memang nampaklah bahagia tu, kan. Muka dia pula senyum manis je. Memang siapa-siapa tengok akan rasa gula atau pun jealous, sikit kot.

-Aku pregnant :) hihi

+What??? (Syera)

+Nisaaaaa!!! (Fiza)

+berapa minggu dah? tahniah girl!! (Yuni)

-6 weeks baru , thanks korang :)

+oh malam ni kenduri kat rumah mertua kau sebab kau preggy lah eh, haha aku dah agak dah , tahniah dear (Aini)

+Nasib baik aku free malam ni haha, nak tengok seri orang mengandung waaahhh eksaitednya aku nak jumpa kau, jangan sweet sangat malam ni, aku tak tahan haha (Nadia)

+Alah jelesnya, aku tak boleh maaaaii, nanti kau beranak, aku pasti datang , taniah wehhhh (Akma)

+Aku still bertungkus-lumus belajar, kau dah seronok buat anak ya. nisaaaa!!! jelesnya wehhhh. tahniah dear (Tiem)

+Wehhhh. kita dah jadi makcik, nisa dah jadi mak orang! tak sangka aku! tahniah wehhhh! (Ilah)

Dah lama borak dan menggila di situ, Nisa pergi pula ke group zaman belajar di UMT dulu.

Siapa Sangka?Where stories live. Discover now