KKAS / 1

3.2K 79 9
                                    

"WHAT ! Ummi nak kahwin ?! Ummi apa ni tak bincang apa apa pun lagi dengan Qisha kan ? Tup tup nak kahwin apa ni !!!!! Qisha tak tahu pun yang bakal ayah tiri Qisha ni kacak ke tak ke selekeh ke smart ke" Bebel Qisha sambil ke hulur ke hilir di dalam biliknya .

Ummi tersenyum mendengar bebelan anak tunggalnya itu .

"Qisha , ummi pun kena ada peneman hidup tau nanti kalau Qisha dah kahwin , pindah rumah suami , ummi seorang diri siapa nak jaga ? Itu semua Qisha kena pertimbangkan tau" Balas Ummi dengan nada yang sangat lembut .

Qisha menghentakkan kakinya dengan muncung yang panjang .

"Ummi ! Takkanlah Qisha nak tinggalkan ummi . Qisha kan satu satunya anak ummi ." Suara Qisha semakin mengendur .

Punggung dilabuhkan di sebelah Ummi . Ummi mengeluh perlahan .

"Qisha sayang , listen . Walau apa pun Qisha nak cakap , Qisha cakaplah . Ummi tetap dengan keputusan ummi" Qisha menatap wajah umminya dengan riak wajah yang kecewa .

"Ummi , please . I don't want a new father . I still can't forget walid ,ummi" Air mata sudah bertakung di tubir mata Qisha .

Wajahnya ditunduk memandang lantai . Ummi mencapai kedua belah tangan Qisha lalu digenggam kemas .

"Qisha , let's bygones be bygones . You have to move on . If you still can't forget walid , it's okay . I will let you put walid in your heart forever but , jangan halang ummi untuk memiliki teman hidup buat kali kedua . Keputusan ummi muktamad . Minggu depan kami bernikah" Usai berkata , ummi terus meninggalkan Qisha di dalam biliknya sendiri .

Qisha menunduk ke lantai dan dengan perlahan lahan esakkannya mula kedengaran .

"How could you ummi , how could you" Kedua lutut ditarik rapat ke dada dan menyembamkan wajahnya diantara kedua lutut tersebut .

"Qisha tak kira , Qisha takkan berbaik dengan diorang tu !" Katil ditumbuknya penuh rasa geram dan marah .

Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap sebelum dia terlena dengan sendiri .

SUARA jiran jiran dan sanak saudara kedengaran sangat riuh membuatkan Qisha rasa tidak selesa . Dengan mukanya dihias dengan mekap entah berapa inci .

Rimas ! Semua ni rimas tau tak ?!

Keadaan yang riuh rendah kembali tenang tatkala tok kadi sudah pun sampai . Qisha mula dihurung rasa sebak . Mahu saja dia keluar dari rumah itu dan pulang ke rumahnya sendiri .

Dengan tiada penemannya , orang sekeliling langsung tidak dikenali membuatkan Qisha berasa rimas dan kekok .

"Qisha , kenapa ni ? Murung saja . Kenapa tak duduk sana tu ummi Qisha nak nikah dah tu pergilah" Suara Mak Timah merangkap maklong kepada Qisha membuatkan Qisha kembali ke alam nyata .

Diukir senyuman palsu .

"Tak apalah Qisha teman maklong kemas semua ni" Wajahnya yang keruh diceriakan sebaik mungkin .

"Mana boleh macam tu kamu ni anak ummi tu hah janganlah macam ni kesian dengan ummi kamu" Qisha menunduk sambil menguis nguis kain buruk yang ada di atas meja tersebut .

"Tunggu apa lagi anak dara ni pergilah majlis dah mula" Nak atau tak Qisha terpaksa membuka langkah ke ruang tamu.

  Sebelah Ummi menjadi tempat dia melabuhkan punggung. Wajah ummi yang beriak risau kembali ceria tatkala anaknya sudah pun duduk disebelahnya .

"Qisha pergi mana ?" Soal Ummi lembut tapi gelengan dibalas oleh Qisha .

Ummi mengeluh perlahan sebelum memfokuskan kembali pada majlis yang sedang berlangsung .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now