KKAS/36

586 27 1
                                    

PERHATIANNYA terhadap tv kini beralih ke arah Qisha yang sudah bersiap berpakaian dan ingin melangkah keluar dari rumah.  Berdesup Syukri berlari ke arah Qisha sambil memegang lengan Qisha menahannya supaya tidak bergerak. 

"Lepaslah!"Kasar Qisha menarik tangannya kembali.  Tubuhnya dipeluk dan pandangan dilemparkan ke luar rumah.  Terdengar Syukri menghembus nafas menenangkan dirinya. 

"Kau nak pergi mana?" Soal Syukri lembut.  Pandangannya tunak ke arah Qisha.  Wajah muram Qisha menyeksakan batinnya.  Dia tidak suka bergaduh dan bermasam muka begini.  Soalannya dibiarkan sepi.  Sekali lagi dia menghembus nafasnya.

"Kan aku nak ajak kau bercuti semalam.  Janganlah keluar"Kali ini Qisha memberi respon dengan memalingkan wajahnya menatap wajah Syukri.  Segaris senyuman Syukri cuba ukirkan.  Yang dapat hanyalah wajah statik Qisha. 

"Then you says nothing to me just now.  Bila aku nak keluar kau cakap nak ajak bercuti pula.  Aku dah janji dengan orang.  Dah janji tak boleh mungkir so please,  back off"

"But i did said it yesterday night. Have you forgotten?" Syukri tidak mengalah malah masih lagi cuba menahan Qisha.  Dia dapat baca riak wajah Qisha sekarang yang dia sedang rimas.  Dia tidak peduli janji dia dapat berbaik semula dengan Qisha.

"Kau keluar dengan Maya kan? Aku dah text dia supaya cancel korang punya rancangan"

"Kau tak payah sembangla-" Tiba - tiba telefon Qisha bergetar menandakan mesej masuk.  Laju sahaja dia membuka mesej tersebut dan serta - merta wajahnya muram. 

MayaSenget

Beb sorry tak dapat keluar last minute aku ada hal :'(

Pandangan tajam dihalakan ke arah Syukri yang tersenyum kemenangan.  Bahu diangkat tanda dia sudah menang.  Lantas sahaja Qisha merengus lalu menuju ke arah sofa. 

"Pergi duduk lagi kenapa? Pergilah kemas baju kau kata nak bercuti" Ujar Syukri sambil meletakkan lengannya diatas pemegang tangga manakala satu lagi tangannya bercekak pinggang. 

"Malas! Siapa kata aku nak pergi?"

"Oh malas eh tak apa biar aku kemaskan untuk kau.  Baju,  seluar,  baju dalam,  seluar dal-"

"Fine! I'll do it now!" Pantas sahaja Qisha memotong lalu bangkit menuju ke tangga dengan muka yang merah padam.  Malu dia tatkala pakaian dalamnya Syukri sebut. Tersengih sendiri Syukri dibuatnya lalu dia membuntuti Qisha dari belakang. 

"Kau pasti kau boleh kemas sendiri? Biarlah aku buat nanti aku boleh tahu bakal isteri aku ni saiz dia berapa, warna yang dia selalu guna apa kan?"

"Syukri! Baik kau diam sebelum aku koyak mulut kau" Syukri mengintai sedikit melihat wajah Qisha yang semakin merah.  Bibir digigit supaya tawanya tidak terlepas. 

"Alah buat apa nak malu Qisha,  lambat atau cepat aku dapat tengok jugakan? Baik sekarang"

"Syukri! Kau bercakap lagi aku tak nak pergi.  Kau pilih"

"if you are not going , I'll pack yours by my own. Choose" Dengan muka selamba Syukri memandang Qisha yang sudah berdiri dihadapan pintu biliknya.  Wajahnya masih lagi merah kerana di sakat oleh Syukri. 

"Fine! I'm going!" Dengan kasar Qisha menghempaskan pintu biliknya membuatkan Syukri melepaskan jua tawanya yang sedari tadi tertahan. 

"Aku tunggu tau my future wife!"

"Shut your mouth up!" Balas Qisha dari dalam membuatkan Syukri tidak berhenti ketawa. Terbongkok - bongkok dia menahan tawa.  Setelah reda,  dia bergerak ke biliknya untuk mengemas pakaiannya.

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now