"BAGAIMANA keadaan dia doktor ?" Soal Syukri dengan gusarnya tatkala kelibat doktor yang merawat Qisha telah kelihatan.
"Jangan risau, sebelum ni Qisha menghadapi amnesia betul ?" Soalan doktor itu dibalas anggukan oleh Syukri.
"Mungkin apa yang saya bakal beritahu ini salah satu berita gembira buat awak" Berkerut dahi Syukri mendengarnya manakala Emier Aidan disebelah hanya tekun mendengar dengan debaran di dada.
"Apa maksud doktor ?" Soal Emier Aidan mencelah perbualan antara Syukri dan doktor.
Syukri hanya menjeling sekilas memandang Emier Aidan lalu fokus kembali pada doktor.
"Begini , sebelum Qisha jatuh pengsan ada tak dia sakit kepala ? Seakan - akan teringat sesuatu" Serta merta pandangan Syukri terarah pada Emier Aidan lalu mengangkat kedua keningnya serentak.
Terkejut dengan pandangan Syukri , lantas dia mengimbas kembali apa yang telah berlaku sambil menggaru kepala dia menjawab,
" Err.. Rasanya ada dia seakan - akan mengerang menahan sakit selepas saya memperkenalkan diri saya pada Qisha. Selang beberapa saat dia pun pengsan" Terang Emier Aidan satu per satu .
Terlihatkan segaris senyuman yang diukir oleh doktor, mereka terus menjadi pelik dan tertanya - tanya.
"Kenapa doktor ?" Soal Syukri tidak betah menahan perasaan ingin tahu di dadanya.
"Untuk pengetahuan kamu berdua , itu adalah antara salah satu tanda - tanda ingatan Qisha pulih tapi dalam kuantiti yang sedikit . Ini adalah langkah awal dan mungkin dalam masa sebulan lebih dia akan sembuh . Jadi kamu berdua jangan khuatir" Ujar doktor itu dengan tenang dan lancar.
Syukri mula meraup muka mengucap syukur di dalam hati. Dada yang terasa sesak , sedikit demi sedikit beransur pulih tatkala mendengar berita baik itu.
"Alhamdulillah terima kasih doktor, terima kasih" Ucap Syukri lalu menjabat tangan bersama doktor manakala Emier seperti Syukri , terasa lega yang tidak terhingga namun ada sesuatu yang ingin dia bertanya pada Syukri.
Bagaimana Qisha boleh amnesia ? Dan bila ini berlaku ? Semua soalan ini terlayar - layar di kepalanya tanpa sedar doktor sudah pun pergi meninggalkan mereka berdua di ruang menunggu. Syukri lantas memeluk tubuh dihadapan Emier Aidan.
"Apa sebenarnya yang telah berlaku ? Apa yang kau buat pada Qisha ?" Soal Syukri bersahaja namun riak wajahnya jelas terpampang menunjukkan dia sedang menahan marah.
" I did nothing wrong. I'm just talking with her that's all . And she suddenly fainted with no reason . Honestly i'm innocent in this case . And you came in the right time dude" Terang Emier Aidan berasa riak tidak bersalah.
Syukri mengeluh perlahan lalu mengorak langkah meninggalkan Emier Aidan di belakang.
"Where are you going ?" Soal Emier Aidan sambil berlari anak mengejar Syukri di hadapan .
"Visit my father"
"Visit... your father ? wait a minute what's going on here ? " Dengan malas Syukri berhenti melangkah lalu memusing menghadap Emier di hadapan.
"Which part that you didn't got it ? And before i'm going to explain , who are you ?" Soal Syukri lalu meneruskan langkahnya ke wad Encik Razidh. Sekali lagi Emier Aidan berlari anak menyaingi langkah Syukri sambil tersengih .
"Aku Emier Aidan sama kelas dengan Qisha . Tapi dah seminggu lebih aku tengok Qisha tak datang. Tanya kawan - kawan dia , semua tak tahu. Jadi apa cerita ? Apa dah jadi ?" Soal Emier Aidan lalu menatap wajah Syukri dengan penuh debaran dan ingin tahu .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...