QISHA terus berjalan ke ruang tamu tatkala dia sudahpun siap mengambil makanan ringan daripada dapur . Disebelah ummi menjadi tempat dia melabuhkan punggung .
"Ummi ! Tengok cerita apa ni ?" Soal Qisha sebaik sahaja dia duduk .
Ummi menoleh sekilas lalu tersenyum .
"Cerita kegemaran ummi , Diary Ng Panget" Balas ummi sambil matanya fokus menonton cerita yang disiarkan .
Qisha membuka bungkusan keropok ditangannya sambil memikirkan sesuatu .
"Ummi , ayah tiri Qisha tu ada anak tak ? Kalau tak ada anak baguslah tak ada pengacau" Ummi terus memandang ke arah Qisha .
"Kenapa ? Tak suka ? Qisha , Qisha harus terima kenyataan yang Qisha dah ada keluarga tiri dan ya ayah tiri Qisha ada anak sebaya dengan Qisha malah dia lelaki " Qisha berhenti mengunyah dan berbalas pandangan dengan ummi .
"Sebab Qisha tak suka Qisha cakap macam tu . And it's good if his son same age like me . He'll not make me in trouble because he'll understand what I'm talking about" Ujar Qisha dengan riak wajah selamba lalu melemparkan pandangannya ke arah televisyen .
Keropok diambil lagi lalu dimasukkan ke mulut . Ummi masih memandang wajah Qisha dengan riak kecewa .
"Qisha masih nak salahkan ummi ? Nak salahkan takdir ? Qisha sampai bila kita nak hidup berdua meratap permergian walid yang dah meninggal selama 6 tahun ? Kita harus teruskan hidup Qisha kita tak boleh terus menangis atas permergian walid" Ujar ummi dengan nada yang sayu .
Di dalam hati Qisha sudah membara dengan kata kata ummi sebentar tadi . Bungkusan tadi diletakkan diatas meja kopi dan dia memusingkan badannya menghadap ummi .
"Jadi ummi nak cakap yang ummi bosan duduk berdua dengan Qisha macam tu ? Just go on say that words ummi . Tak perlu berkias kias . Selama 6 tahun kita hidup berdua Qisha tak pernah dengar ummi merungut hidup berdua . Apa yang Qisha nampak setiap kali Qisha bangun adalah senyuman ummi . Everyday I see your beautiful smile . I never regret to life with you but , lepas saja ummi rancang nak bernikah , ummi dah cakap yang ummi dah bosan dengan Qisha. I just wanna the old you ." Qisha menunduk menahan air mata yang bakal jatuh di pipi .
Ummi pantas menggeleng kepala .
"No ! That's not what I mean . I never feel bored when you life with me , daughter . You're my happiness , you're my everything . Apa yang ummi cuba sampaikan adalah ummi nak sebuah keluarga yang cukup , sempurna , harmoni , kaya dengan kasih sayang . Ummi pun perlukan belaian ummi bukan muda lagi lambat atau cepat ummi akan mati . Ummi tak nak bila ummi dah tak ada , Qisha terkontang kanting seorang diri . I'm not selfish person . Apa yang ummi buat sekarang , akan beri sikit sebanyak kesenangan buat Qisha" Qisha terus menunduk mendiamkan diri .
Air mata jatuh jua di pipinya . Hidungnya mula kemerahan . Ummi mara mendekati Qisha .
"Sayang , Qisha adalah harta ummi paling berharga sampai ummi tutup mata . Ummi sayang anak ummi . Nanti bila kita pindah rumah mereka , Qisha kawal ya perasaan benci tu . Latih diri terima mereka berdua" Belakang Qisha diusap perlahan bagi menenangkan anak daranya itu .
Qisha masih tunduk memandang sofa . Lama kelamaan dia tersedar yang dia sudah melampaui batas . Dia berdosa kerana tersalah sangka terhadap umminya .
"Ummi naik atas dulu" Pamit ummi .
Belum sempat ummi berdiri , Qisha terus memeluk tubuh ummi dengan erat .
"I'm sorry ummi , I'm really really sorry . I already misunderstanding . I love you so much i'm sorry" Pinta Qisha sambil memeluk erat tubuh ummi .
Ummi tersenyum lalu membalas pelukan Qisha .
"Tak apa . Qisha tak salah ummi ampunkan Qisha . Dah jangan menangis lagi . Jom tidur dah lewat ni" Qisha meleraikan pelukan lalu mengelap air matanya .
Setelah itu , mereka beriringan masuk ke bilik tidur .
"QISHA! Dah siap kemas ke belum ?" Teriak ummi dari arah dapur .
Mencicit Qisha berlari keluar dari biliknya .
"Sikit lagi ummi !!" Balas Qisha dari atas .
Usai membalas , dia terus masuk ke dalam biliknya semula .
Ummi terus meletakkan sarapan diatas meja makan sebelum bergerak ke ruang tamu .
"Qisha mari sarapan dulu . Papa Qisha lambat lagi nak sampai" Panggil ummi lagi .
Qisha menggulingkan matanya keatas .
"Baru nak sambung dah kena panggil" Omelnya seorang diri lalu turun ke bawah .
Rancangan televisyen dikerling sekilas lalu bergerak ke ruang tamu .
"Ummi buat sarapan apa ?" Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggung disitu .
Ummi yang sudah siap mengemas , berjalan menyertai Qisha di meja makan .
"Batu campur kayu" Jawab ummi selamba .
Qisha terus memuncung .
"Ummi ni Qisha tanya elok elok jawab macam tu" Ummi terus tergelak melihat wajah cemberut Qisha .
"Dah ada depan mata lagi ditanya . Tak nampak sandwich depan mata tu ?" Balas ummi sambil menuangkan air teh kedalam cawan .
Qisha mengambil cawan itu lalu disisip perlahan . Qisha mengambil sandwich dihadapannya lalu disuapkan ke dalam mulut . Tiba tiba loceng pintu bergema di dalam rumah itu .
"Qisha pergi tengok siapa yang datang tu . Entah entah papa kamu dah datang" Qisha terus mengeluh .
"Qisha baru nak minum tau" Ujar Qisha sambil mencebik .
"Eh eh mengada pula . Bawa lah sekali cawan tu . Dah cepat buka pintu tu" Qisha dengan malas membawa cawan dan bergerak ke pintu rumah .
Sebelum dia membuka pintu rumah , dia sempat mensisip air di dalam cawan sehingga habis .
Pintu rumah dibuka dan tidak semena mena dia tersembur air di dalam mulutnya tatkala melihat siapa di hadapan matanya sekarang . Mulutnya ternganga dan matanya terbutang luas .
'Omg!!!!! Mati aku kali ni'
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...