KKAS / 4

1.1K 44 4
                                    

QISHA tergelak melihat Syukri berjalan terjengkek jengkek . Padan dengan muka siapa suruh cari pasal .

Syukri mengetap giginya tatkala melihat tawa yang tercetus dari bibir Qisha .

"Gelak gelak . Suka lah kau kan aku sakit macam ni . Dah sah senget!" Sembur Syukri .

Qisha mencekak pinggang .

"Padanlah muka kau . Sakitkan hati aku kenalah . Padan muka ! Hahahahaha" Bidas Qisha pula .

Tanpa menghiraukan Syukri yang sedang menahan geram di hati , Qisha melemparkan pandangannya di seluruh susuk rumah di hadapannya sekarang .

Bagaikan istana yang megah berdiri . Hampir seluruh perkakas di dalam rumah itu dimandikan dengan warna emas dan putih . Ada juga warna coklat iaitu pintu .

Luas rumah itu boleh memuatkan kira kira 100 orang sekali gus . Diruang tamu terdapatnya sofa besar berbentuk L dan dihiasi dengan warna putih bersulam hitam .

Televisyen yang elok melekat di dinding menjamah pandangan Qisha . Usai menilik rumah tersebut , dia menghampiri Syukri yang susah payah mengangkat beg miliknya .

"Eh Syukri patut pun kau berlagak dengan aku rupa rupanya kaya . Habis tu rumah yang ummi dengan papa kahwin tu rumah siapa?" Bebel Qisha tidak mengendahkan kepayahan yang dialami oleh Syukri ketika itu .

Syukri meletakkan beg Qisha dilantai lalu nafas ditarik .

"Itu rumah sepupu belah ayah aku . Soal aku ni berlagak , kau salah sangka . Aku ni lah jejaka paling humble , suka sedek-"

"Eh dah cukup tak payah nak syok sendiri sangat . Nak termuntah aku dengar" Pangkas Qisha pantas sambil memeluk tubuh .

Syukri tersenyum sinis .

"Kau cemburu aku humble , sopan santun tak macam kau macam singa tau nak melawan je . Sekali aku lesing kau bergegar rumah ni dengar kau mengamuk macam gorilla" Qisha terus mengecilkan matanya sambil mencekak pinggang .

"Apa kau cakap ? Kau ni kan , kau yang buat aku mengamuk faham ? Perangai kau tak sama dengan muka . Harap je kacak tapi perangai macam sampah puih!" Dada Qisha turun naik menahan marah .

Selamba badak dia je nak cakap aku ni macam gorilla . Dia tu bapak gajah tak sedar ! Eii geramnya!!!!!

Tanpa sedar , kata kata Qisha mengundang senyuman yang meniti di bibir Syukri kini .

"Aku kacak ? Oh biasa kau baru tau ke ? Terima kasihlah puji aku . Tak sangka kau ni ada perasaan juga kan dengan aku ? Tapi jangan perasan yang aku suka kau juga" Qisha menelan air liurnya yang terasa kesat .

Mampus! Dia terjerat dengan kata kata dia sendiri .

"Hah ? Err mana ada . Mana ada aku puji kau perasan ! Kau pun jangan nak harap aku suka kau ! Muka macam bangladesh tak sedar!" Balas Qisha dalam malu .

Pipinya berona merah dengan perlahan lahan . Tiba tiba Syukri ketawa besar .

"Kau blushing siot! Kau nak cover tak jadi . Cakap jelah aku ni kacak tak dosa pun . Terima kasih terima kasih" Qisha menggenggam penumbuknya erat sekali .

Dan dalam sekelip mata dia memijak kaki Syukri yang dihentak dengan beg sebentar tadi . Menyeringai Syukri dibuatnya menahan sakit .

"Assalamualaikum!" Suara Encik Razidh kuat kedengaran di luar rumah .

Baru pulang dari pasar membeli serba sedikit keperluan dapur .

"Waalaikumusalam!" Sahut Qisha dengan senyuman lebar di bibirnya .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now