"BERHENTI dekat tepi ni sekarang" Arah Qisha dengan riak wajah serius .
Zahir mengerutkan dahinya mendengar arahan daripada Qisha .
"Tepi jalan ni ? Kau gila ke apa alang alang dah nak sampai , kita turun sama - sama je lah" Balas Zahir sambil matanya fokus memandang jalan raya dihadapannya itu .
Qisha terus memandang Zahir bagai nak telan manusia itu .
"Aku kata berhenti tu berhenti jelah ! Tak faham bahasa ke ?!" Tengking Qisha .
Pertama kali dalam hidupnya menengking orang yang baru dikenalinya . Sememangnya dia memang tidak gemar marah sedemikian akan tetapi , dengan tindakan Syukri keatasnya mencabar kesabaran dirinya membuatkan dia marah yang tiada penghujung .
Zahir tidak mengendahkan arahan Qisha malah dia terus memandu . Selekoh dibeloknya sebelum kembali memandu lurus . Dalam 2km lagi mereka akan tiba dikolej mereka .
"I said stop the car !! Can't you hear me ?!!" Tempikkan Qisha membuatkan Zahir dengan drastik memberhentikan kereta di bahu jalan .
Selepas menarik brek tangan , dia menoleh wajah Qisha dengan wajah yang tegang .
"Puas ?! Puas ke sekarang ?" Dada Qisha berombak dengan laju menahan marah yang sudah berada di puncak amarah .
"Aku jerit baru kau nak berhenti . Eh kau dengar sini , kau jangan sesekali ikut aku kemana saja aku pergi faham ?! Turunkan aku dekat sini dan biarkan aku sendiri . Aku berjalan saja aku tak nak menyusahkan kau" Ujar Qisha dengan nada mendatar namun terselit nada marahnya .
Zahir menggeleng . "No way . Aku tak akan turunkan kau dekat sini" Qisha menikam pandangan Zahir .
Penumbuk dikepalnya kemas . "Baik kalau kau tak nak turunkan aku tak apa . Aku boleh tendang pintu ni sampai pecah nak ?" Zahir tersenyum sinis sambil memeluk tubuh .
"Go on I want to see it" Qisha mengetap giginya lalu ditendang kuat pintu kereta milik Zahir .
Mata Zahir terbeliak . Kereta kesayangannya bakal rosak jika dia membiarkan Qisha berterusan menendang pintu keretanya . Boleh tahan ganas juga perempuan ni .
"Qisha ! Stop it !"
"I'll stop if you open the door!" Pantas Qisha membalas .
"Buka kunci pintu ni kalau kau tak nak kereta kau rosak" Ugutnya sambil menayang wajah serius .
"No I won't" Kali ini Zahir memang mencabar kesabaran Qisha .
Lantas tali pinggang keselamatan dicabut lalu kepala Zahir ditolak membuatkan Zahir bersandar di kusyen kereta.
Kemudian , Qisha bangkit sedikit dan membuka kunci pintu kereta yang berada di pintu kereta pemandu . Nafas dihembus kasar sebelum dia keluar daripada kereta tersebut .
Zahir tercengang dengan keadaan tadi . Namun cepat - cepat dia tersedar daripada tercengang lalu keluar daripada kereta dan berlari mengejar Qisha di hadapan .
"Qisha !! Jangan jadi gilalah ! Masuk dalam kereta sekarang !" Jerit Zahir sambil berlari laju ke arah Qisha .
Qisha tidak mengendahkan Zahir malah dia laju melangkah . Zahir melajukan lariannya lalu berhenti di hadapan Qisha .
"Tepilah ! Tak payah semak depan aku boleh tak ?! Jangan ingat kau tu bodyguard aku ! Tepi!!!!!" Zahir memeluk tubuh sambil menggeleng .
"Patah balik atau kau nak aku dukung kau ? Which one ?" Qisha merengus .
"Dua dua aku tak nak . Kau pergi sekarang biarkan aku seorang" Qisha ingin memintas ke kiri , Zahir menghalang dengan bergerak ke kiri , Qisha ke kanan dia pun turut begitu sehingga Qisha mengeluh .
"Kau nak apa ?!" Soalnya kasar .
"Aku nak kau masuk dalam kereta sekarang . Kalau jalan kaki , jauhlah Qisha . Cepat kau tak ada pilihan atau aku dukung kau" Qisha menggeleng lemah .
"Aku tak nak !!" Zahir tiada pilihan terus mencepung Qisha dan bergerak ke arah keretanya .
Dia tidak pedulikan rontaan demi rontaan Qisha di dalam dukungannya itu . Qisha diturunkan apabila dia sudah sampai di hadapan pintu sebelah pemandu . Muka Qisha memerah semerahnya .
"Tepi .."
"No !" Qisha mengetap gigi .
"Masuk sekarang" Dalam kebengangan , Qisha akur .
"Aku benci kau!" Pintu dihempasnya sekuat mungkin .
Semua itu tak penting bagi Zahir yang penting Qisha sudah masuk ke dalam kereta lantas dia berlari anak dan masuk ke dalam kereta lalu menyambung kembali perjalanan mereka .
"QISHA ! Tunggu dulu ! Hey kau nak pergi mana ? Tak menyempat aku nak kunci kereta kau berdesup tinggalkan aku kau kena ingat ke mana kau nak pergi pun aku kena ikut" Automatik Qisha berhenti berjalan .
"Habis tu kalau aku masuk tandas kau nak ikut ? Aku terjun bangunan kau nak ikut ? Macam tu ? Stop all this nonsense thing Zahir ! Aku rimas tahu tak ?! Kalau aku perlukan ruang untuk bersendiri kau nak ikut juga ke janganlah jadi budak budak Zahir" Balas Qisha senafas .
Qisha mengeluh lalu mengerling ke arah jam tangannya .
"I got to go.." Ujar Qisha mendatar setelah tiada balasan daripada Zahir .
"See you at the canteen . Remember I'm waiting you" Usai berkata , Zahir terus bergerak meninggalkan Qisha keseorangan .
Qisha sudah mengurut dahinya . Kehidupan bebasnya yang dulu seakan akan sudah lenyap dan tak akan kembali lagi . Dengan langkah longlai Qisha berjalan menuju ke dalam kelas yang bakal bermula sebentar lagi .
Setelah sampai dihadapan pintu kelas tersebut , dia menolak pintu dan berjalan ke tempat duduk yang disediakan . Nampaknya rakan - rakannya yang lain belum masuk ke kelas lagi mungkin singgah dimana mana .
Qisha meletakkan beg sandangnya di atas meja sebelum dia melentokkan kepala di atas meja . Dengan perlahan lahan Qisha memejamkan mata sekali gus melupakan tentang masalah yang menghurungnya kini walaupun hanya sementara .
Sedang dia duduk dalam keadaan tenang , seseorang menyapa dirinya .
"Hai ! Ada orang tak sebelah awak ?" Qisha terus mengangkat kepala lalu melihat gerangan tersebut .
"Err ini sebenarnya..." Belum sempat Qisha menghabiskan kata - kata dia terlihat rakan - rakannya sudah sampai tetapi tidak duduk bersama dengannya mungkin mereka tidak sedar akan kehadiran Qisha disitu .
"Sebenarnya ?" Soal gerangan itu .
Qisha terus mengukir sengih . "Nothing .. Oh ya have a seat" Gerangan itu tersenyum lalu duduk disebelah Qisha .
Qisha pula berasa kekok kerana gerangan itu bukanlah perempuan tetapi lelaki .
"Nama awak siapa ?" Tegurnya tatkala keadaan menjadi canggung .
"Qisha Tasneem . Panggil Qisha je" Qisha memperkenalkan dirinya berserta seulas senyuman .
"Oh saya Emier Aidan boleh panggil Aidan . Em boleh tak saya panggil awak Tasneem ?" Qisha pula tergaru garu kepalanya tidak tahu mahu memberi jawapan apa .
"Er why ?" Soalnya .
"Because Qisha is a usual name so I call you Tasneem that the special one only for me" Qisha pula tersenyum sumbing .
'Baru kenal dah ber'sweet' bagai' Monolognya sendiri .
"Tak payahlah . Panggil Qisha je" Tolak Qisha secara lembut .
Emier Aidan menggeleng . "Tak nak saya nak panggil Tasneem" Qisha sudah menahan sabar .
Tidak kena dengan masa , pensyarahnya sudah datang tanda kelas sudah bermula .
"Full stop" Sambung Emier Aidan sambil berbisik di tepi telinga Qisha . Qisha hanya diam tidak membalas . Apa apa saja lah nak ..
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...