KKAS / 20

681 28 4
                                    

"EHEM - EHEM!"

Serentak mereka berdua menoleh ke belakang . Berkerut dahi Syukri melihat gerangan di hadapan mereka berdua kini .

"Nisha ? Apa kau buat dekat sini ?" Soal Syukri seraya bangkit dan bergerak ke arah Nisha .

Nisha memandang ke arah Qisha dengan pandangan sinis sambil memeluk tubuh lalu menjawab ,

"Salah ke aku nak datang sini ? Lagi pun tempat ni random sesiapa sahaja boleh pergi ada ke letak papan tanda yang aku tak boleh datang ? Lagi satu sebelum ni kau nak pergi mana - mana mesti ajak aku tapi kali ni kau lupa aku kan ? Kenapa ? Sejak ada perempuan tu ?" Sembur Nisha terus tanpa memandang riak wajah Syukri yang berubah .

Syukri menggeleng mendengar ujaran daripada Nisha . Entah apa yang menyebabkan Nisha berubah jadi begini . Ditilik pakain Nisha dari atas hingga ke bawah.

"Memang tak salah kau datang sini , dan aku tak ajak kau memang sebab dia . Sebab dia dan sebab aku nak luangkan masa dengan dia tanpa ada gangguan . Lagi satu ! Aku nak tegur kalau nak pergi memancing pakai macam nak pergi memancing ini dengan pakai seluar pendek atas peha dan baju tanpa lengan ? Apa ni Nisha ?" Bidas Syukri semula . Sakit hatinya apabila nama Qisha dibangkit - bangkitkan .

Nisha dengan senang hati mengukir senyuman sinis . Dalam diam hatinya membara apabila Syukri membela Qisha berbanding dirinya sendiri .

"Aku datang sini bukan niat untuk memancing pun . Saja nak jalan - jalan . Dan pasal pakaian aku , suka hati aku nak pakai apa ini hidup aku biar aku tentukan . Oh ya , aku tegur korang berdua bukan sebab nak bergaduh dengan kau tapi aku nak 'berkenalan' dengan Qisha tanpa kau . Heh boleh ?" Sengaja Nisha bersuara dengan suara yang manja dan lembut .

Jarinya pula dengan sengaja mencuit bawah dagu Syukri . Serta - merta Syukri mengalihkan wajah lalu berdecit . Pandangan tajam dihadiahkan oleh Syukri pada Nisha .

"Kau buat sesuatu dekat dia , aku takkan teragak - agak untuk lakukan sesuatu ke atas kau Nisha!" Nisha terus menyemburkan tawanya lalu merangkul leher Syukri . Mulutnya dirapatkan pada telinga Syukri lalu mula berbisik .

"Rileks Asyraf , 'kesayangan kau' tu takkan apa - apa ditangan aku kalau aku tak nak buat apa - apa . Kenapa ? Dah tak percayakan aku ke sahabat ?" Ujarnya dengan nada yang agak sinis bercampur dengan perlian .

Sedikit sebanyak itu telah menbuatkan hatinya sedikit puas sebaliknya Syukri hanya menahan bara di hati .

"Bolehkan tinggalkan dia dengan sekejap ? Dalam kata lain aku 'pinjam' dia dari kau" Sambungnya lagi . Syukri menjeling geram lalu menepis rangkulan Nisha di lehernya .

Dari jauh , Qisha hanya memerhati sahaja apa yang telah dilakukan oleh Nisha dan Syukri . Hatinya tiba - tiba terasa sakit dan senak apabila melihat Nisha bertindak merangkul leher Syukri . Baru sahaja dia ingin bersuka ria dengan Syukri pada hari ini akan tetapi pengacau sudah memunculkan dirinya .

Tiba - tiba Syukri dan Nisha berpaling ke arah Qisha lalu mengorak langkah menghampiri Qisha .

"Qisha , aku nak pergi beli air untuk kita dekat kedai depan tu . Kau dengan Nisha berboraklah dulu okay ?" Ujar Syukri tatkala dia sudah berdiri disebelah Qisha .

Dikerling Nisha yang berpeluk tubuh berserta senyuman manis membuat dia terasa menyampah akan tetapi Qisha terus sahaja mengangguk perlahan berserta seulas senyuman tipis .

"Okay tapi jangan lama sangat" Syukri lantas tersenyum .

"Okay aku janji aku takkan pergi lama. Aku pergi dulu" Laju sahaja Syukri melangkah ke arah keretanya .

Tanpa sedar , Nisha sudah melabuhkan punggung disebelah Qisha . Qisha hanya memandang kosong menghantar pemergian Syukri .

"So , are you Qisha ?" Suara Nisha seakan memecahkan lamunan yang telah dicipta oleh Qisha sendiri .

"Yes I'm . And you're Nisha ?" Soal Qisha pula . Batang pancing dipegang sekadar untuk berkuis - kuis .

"Yes , and I'm Asyraf's bestfriend . Are you sure that whether you and Asyraf only stepsiblings ? It's seems like more than that"Qisha sudah menjeling meluat mendengar soalan yang remeh itu . keluhan dilepaskan . Dan dia baru perasan Nisha menggelarkan Syukri dengan nama yang berlainan .

"Yes ! Do you have a problem with me ? I don't think so . If you think Syukri and I  have a special relationship , you're wrong . And surely I guest you actually like Syukri isn't?" Terus sahaja Qisha menembaknya dengan soalan cepumas itu .

Syukri ? Oh dia gelarkan Asyraf dengan panggilan Syukri well dia tak cukup istimewa berbanding aku .

Lihat sahaja riak wajahnya , Qisha sudah dapat mengagak yang Nisha sebenarnya sukakan Syukri lalu dia berkata lagi .

"Kalau pun kau suka dia , I don't think he like you too . Cuba tengok pakaian yang kau pakai sekarang . Sopan ke macam ni ? Kenapa kau nak jual maruah kau dulu sebelum suami kau tengok macam tu ?" Bidas Qisha tanpa henti . Lantas sahaja Qisha mengukir senyuman sinis .

Wajah Nisha juga sudah membahang mendengar kata - kata yang dilontarkan oleh Qisha . Terasa panas hatinya bila dikatakan begitu .

"At least aku takkan nampak kolot macam kau ! Baju besar , labuh , bertudung macam ni kau ingat kau dah cukup bagus ? Sorang pun takkan pandanglah . Lagipun aku berubah macam ni semuanya untuk Asyraf . Dan aku pasti dia akan sukakan aku dengan pakaian macam ini" Ogaknya dengan senyuman sinis . Tanpa sedar dia sudah mempamerkan riak di dalam dirinya .

Qisha menggeleng sambil tergelak kecil . Aduhai perempuan macam ini memang takkan dapat dibuat isteri .

"At least , aku tutup aurat aku , aku cuba sedaya upaya untuk kurangkan dosa aku daripada melihatkan aurat aku pada mata - mata bukan mahram aku . Even you thought nobody will not like me , it's doesn't matter . Apa yang penting aku jalankan apa yang allah suruh dan aku akan sedaya upaya untuk buat allah suka pada aku , bukan manusia - manusia yang tak berguna . Suka pada cantik , seksi kau ingat itu mendatangkan pahala ? Jangan mimpi" Terkedu Nisha seketika mendengarnya .

Segala kata - kata Qisha seperti terkena pada batang hidungnya sendiri . Mulutnya seakan akan kelu untuk membidas kembali . Qisha tersenyum lagi .

"Lagi satu , kau kata tadi berubah sebab Syukri ? Ingat apa aku cakap ni , berubah kerana manusia , takkan dapat mendatangkan faedah . Manusia boleh berubah dan hilang daripada pandangan . Even do dia takkan tahu kita berubah kerana dia sebaliknya kau berubah kerana allah dan kau berubah ke arah kebaikan , allah akan sentiasa bersama kau dan sentiasa mengiringi kau ke arah kebaikan serta kau akan hidup di dalam rahmatNya" Wajah Nisha kini berubah merah padam . Malu bercampur marah lantas dia berdiri dam menghentakkan kaki .

"Hey kau ingat kau tu baik sangat ? Kau tak payah nak bagi aku ceramah konon kau tu perfect! Tak ada siapa pun nak tengok lakonan kau tulah" Ujar Nisha setelah tiada modal untuk membalas .

Qisha turut bangun lalu memeluk tubuh .

"Aku tak cakap aku baik , aku perfect. Apa salah ke aku tegur kau dan ajak kau ke arah kebaikan ? Kau nak terus dibelenggu dengan dosa ? Kalau macam tu tak payah ambil pusing apa yang aku cakap . Go on with you live" Nisha menggigit bibir bawahnya . Makin dibalas makin rancak perempuan ni 'tembak' aku .

"Apa - apa jelah . Daripada layan kau , lebih baik aku balik huh!" Lantas Nisha berpusing dan berjalan laju meninggalkan Qisha dibelakang . Menggeleng Qisha dibuatnya .

"Manusia pelik" Ujarnya perlahan .

Selang beberapa minit , kereta Syukri mula memunculkan diri . Syukri turun daripada kereta bersama sebungkus plastik berwarna merah .

"Hi ! Lamanya kau pergi . Kata beli air je" Sapa Qisha sambil memandang ke arah Syukri .

"Alah mana ada lama sekejap je . Eh ni mana Nisha ?" Qisha tersenyum .

"Entah pergi mana dia tu . Eh dahlah jom sambung memancing" Syukri angguk lalu menyambung aktiviti memancing kembali .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now