AIR mata yang mengalir lesu di pipi ditepis lembut sambil matanya masih menatap ibu kandung sendiri diikat kedu belah tangannya bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku . Pandangannya dialihkan tatkala terasa bahunya ditepuk lembut . Seketika , perasaannya terasa sedikit tenang apabila matanya dijamahkan senyuman manis daripada Qisha .
"Aku tahu perasaan kau macam mana tapi bezanya mama kau masih hidup dan boleh dirawat sampai sembuh . Aku harap kau kuat harungi dugaan ni jangan risau aku ada untuk sokong kau" Ujar Qisha sambil menyorotkan pandangannya ke arah Maryam yang dipapah masuk ke dalam bilik yang ditempatkan khas buatnya .
"Tapi aku masih tak boleh lupakan apa yang dia dah buat selama ni , pada kau , pada aku . Aku rasa sangsi untuk terima dia sepenuh hati aku walaupun dia ibu kandung aku sendiri . Kau tahu kan haiwan pun sayangkan anak . Hati aku ni masih lagi marah , rasa sedih dengan semua benda yang berlaku . I need more time to accept her back or maybe never" Usai berkata , Syukri lantas memusingkan badannya nak mengorak langkah meninggalkan kawasan bilik yang menempatkan pesakit - pesakit mental .
Qisha mengeluh seketika sambil memejamkan matanya sebelum menyaingi langkah Syukri . Tiba - tiba Syukri menghentikan langkahnya lalu berpusing menghadap Qisha . Qisha sedikit terkejut dengan tindakan drastik Syukri itu lantas keningnya diangkat .
"Kenapa ?" Soal Qisha hairan . Melihatkan wajah Syukri yang muram bercampur sedih menambahkan lagi gundah dihatinya .
"One more thing , I'll make sure you become mine eventually . Please Qisha don't ask me to think twice to take you as mine . I love you from the bottom of my heart. Ignore Nisha please she is nothing at all . Lepas semua ni dah selesai , kita mulakan hidup yang baru okay sayang ?" Ujar Syukri dengan nada yang paling lembut berserta senyuman yang ala kadar . Pandangannya yang redup membuatkan Qisha berasa serba salah kerana sangsi akan perasaan Syukri terhadapnya .
Pandangan redup Syukri dibalas dengan sebuah senyuman lalu tertunduk kebawah . "I'm sorry because I have doubt on you. I'm promise I will not asking you to do that again" Balas Qisha bersama nada yang bersalah .
Senyuman Syukri semakin lebar apabila melihatkan raut wajah Qisha bertukar sedih . Bukan niatnya untuk membuatkan Qisha berasa serba salah dia cuma mahu mengatakan yang dia amat menyayangi Qisha . Wajah comel Qisha dipandang lagi dan ia telah menjentik tangkai hati Syukri sekali gus menghilangkan segala kesedihan yang bertandang di hati . Tangannya lantas memeluk tubuh sebelum bersuara
"Betul ni kau takkan suruh aku fikir masak - masak untuk aku ambil kau sebagai isteri aku?" Soalan Syukri dibalas anggukan oleh Qisha lantas gadis itu mendongak memandang Syukri sambil tangan kanannya diangkat separas bahu tanda berikrar .
"Aku janji yang aku takkan suruh kau fikir pasal benda itu lagi . Kau dah buktikan yang kau memang betul - betul nak aku jadi isteri kau . Walaupun ingatan aku masih lagi samar dan tak ingat memori kita tapi aku akan terima kau yang sekarang seadanya" Ujar Qisha bersungguh - sungguh berserta sengihan yang lebar . Namun tidak lama selepas itu mukanya berubah muram dan lantas kedua belah tangannya memegang perut .
"Tapikan aku laparlah hehe" Meletus ketawa Syukri tatkala Qisha berkata begitu sambil senyum kambingnya . Kacau daun betul ! Baru saja drama hendak berlangsung tiba - tiba lapar aduhai nasiblah . Tergeleng - geleng kepala Syukri melihat keletah comel Qisha .
"Orang baru nak berdrama kau dah lapar . Jomla kita makan cendol dekat gerai depan sana tu" Ajak Syukri namun gelengan dibalas . Kening Syukri terangkat tanda hairan .
"Kau kenapa ?"
"Aku nak makan Char Kueh Teow boleh tak ? hee" Sengihan Qisha makin meleret tanda memujuk Syukri untuk belanja makanan kegemarannya itu . Tepuk dahi Syukri dibuatnya .
"Banyak songeh kau eh . Tak ada kau nak Char Kueh Teow kau kena cakap yang kau sayang aku dulu" Qisha terus memuncung .
"Ala kena ke ? Tak naklah kau dah tahu tak payahlah suruh aku cakap lagi aku laparlah"
"Nak ke tak nak ? Tak nak berlaparlah kau dekat sini bye" Baru sahaja Syukri ingin membuka langkah Qisha sudah menahannya .
"Ish okay lah ya Asyraf Syukri aku sayang kau sangat - sangat! saranghae , te amo , aishiteru , wo ai ni haa dah puas ?" Qisha menarik nafas seketika apabila dia tidak cukup nafas setelah bercakap laju tanpa berhenti . Syukri tersenyum simpul memandang Qisha lalu terburai ketawanya .
"Haa macam tulah isteri mithali akur arahan suami . Dah jom makan" Qisha hanya menjeling lalu menyaingi langkah Syukri keluar daripada hospital tersebut .
SUASANA malam yang kelam tanpa diterangi lampu seperti memberi lampu hijau kepada Nisha . Rupa - rupanya dia telah mengekori Qisha dan Syukri ke hospital sakit jiwa dimana Maryam ditempatkan . Dengan mengekori mereka berdua menyenangkan lagi kerjanya untuk membalas dendam jika dia dan Maryam bersatu . Kepalanya tertoleh kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa yang ada di sekitar kawasan itu . Dengan pakaian serba hitam dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki , membuatkan orang sukar melihat dirinya .
Nisha melangkah perlahan - lahan menuju ke dinding lalu sapu tangan dan botol yang berisi cecair dikeluarkan lalu dituang ke atas sapu tangan tersebut . Badannya dirapatkan ke dinding apabila terdengar derapan kaki yang semakin mara ke arahnya . Pantulan cahaya lampu yang terbias di atas jalan membantu Nisha melihat bayang - bayang pengawal keselamatan yang semakin dekat . Kakinya dilunjur ke hadapan lalu menyandung pengawal keselamatan tersebut membuatkan dia terjatuh tertiarap .
Dengan pantas Nisha memusingkan tubuh genit pengawal keselamatan itu lalu ditekup mulutnya menggunakan kain yang telah diletakkan cecair sebentar tadi . Setelah pasti pengawal keselamatan itu pengsan , Nisha melihat di sekeliling untuk memastikan tiada orang di kawasan tersebut . Tubuh pengawal keselamatan itu disentuh untuk mencari segugus kunci yang dapat membantunya menyusup masuk ke dalam . Setelah berjaya , Nisha lantas berlari ke pintu belakang yang jarang dilalui orang .
Satu per satu kunci dicubanya dan akhirnya dia berjaya membuka pintu tersebut . Berdesup Nisha berlari ke arah bilik yang menempatkan Maryam lantas dia mencuba untuk membuka pintu tersebut . Maryam yang sedang tidur tiba - tiba terjaga apabila terdengar bunyi bising dari arah pintu lantas dia bangkit .
"Siapa itu ? Eh aku tak nak diganggulah ! pergi !" Marah Maryam apabila tidurnya diganggu . Marahnya bertukar terkejut apabila dengan tiba - tiba pintu dibuka kasar .
" Si- siapa kau ?! Kau nak apa ? Aku tak ada duit ! Sana pergi!!" Tempik Maryam sambil mengensot ke hujung katil . Nisha mara ke arahnya lalu mulut Maryam ditekup .
"Diamlah orang tua! Hey kau nak keluarkan ? Kalau nak keluar kau dengar cakap aku boleh ?" Soal Nisha tegas tapi berbisik . Dengan pantas Maryam mengangguk . Nisha tersenyum sinis di sebalik topengnya .
"Bagus . Sekarang aku nak kau ikut aku faham ?" Maryam mengangguk lagi .
Nisha melepaskan tekupannya di mulut Maryam lalu dia menarik Maryam keluar daripada bilik tersebut . Dipandang kiri dan kanan supaya tiada siapa melihat mereka menyusup keluar . Selesai sahaja , mereka masuk ke dalam kereta dan Nisha terus membuka topengnya .
Maryam dengan takut - takut bertanya "Kau- kau ni siapa ?" Nisha hanya memandang sekilas lalu mula memandu .
"Kau tak perlu tahu siapa aku . Kau cuba perlu bersengkongkol dengan aku je nak jatuhkan Qisha dan Syukri" Ujar Nisha bersama rancangan jahatnya yang penuh dikepala .
so yah sorry for the long hiatus . Sorry jugak tak dapat nak karang panjang panjang . susah sebenarnya nak recall balik harap enjoylah ya 😙
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...