"CUKUP!! keluarkan aku dari sini! Aku tak nak tengok semua benda ni lagi, aku tak sanggup! Tolong keluarkan aku daripada sini!" Teriak Qisha yang masih menutup matanya bersama linangan air mata. Kepalanya digeleng kiri dan kanan sambil meronta-ronta minta dilepaskan.
Syukri yang sedang enak dibuai mimpi di sebelah Qisha itu terkejut dengan tindakan drastik Qisha yang sedang meronta-ronta seolah-olah ingin melepaskan diri daripada sesuatu. Syukri terus panik tidak tahu ingin berbuat apa lantas wajah Qisha ditepuk-tepuk perlahan. Dahinya berkerut bersama wajah yang jelas tampak kerisauan.
"Qisha! hey ya allah Qisha bangun! tak ada apa kacau kau! bangun Qisha bangun!!" Kejut Syukri sambil menampar lembut wajah Qisha namun tidak nampak apa-apa perubahan.
Qisha masih meronta- ronta sambil teresak-esak menangis. Syukri sudah meraup wajahnya sambil memandang sekeliling. Tiada kelibat doktor atau jururawat yang ada disitu. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain membangunkan Qisha daripada mimpi ngeri itu. Wajah Qisha ditenung sekilas sebelum dia bertindak menggoncangkan tubuh Qisha sedikit kuat.
"Qisha bangun!!"
Nada Syukri sudah naik seoktaf apabila berkali-kali percubaannya untuk membangunkan Qisha gagal. Seolah-olah mata Qisha digam dengan gam gajah tidak mampu dibuka. Qisha terus tersentak apabila mendengar teriakan kecil daripada Syukri itu.
Terbeliak matanya memandang siling bersama dada yang berombak deras, nafasnya tersekat-sekat seperti baru habis lari marathon. Terasa kesat tekaknya tatkala dia menelan air liurnya sendiri. Entah untuk berapa lama dia di dalam keadaan statik begitu. Matanya statik merenung siling sambil cuba membuang jauh - jauh semua mimpi ngeri itu daripada terus berlegar di dalam kepalanya. Cuba untuk menidakkan semua kejadian di dalam mimpi itu adalah realiti. Air matanya kembali jatuh. Syukri yang masih berada disebelahnya tidak diendahkan masih tenggelam dalam dunianya sendiri.
"Qisha? kau okay tak ni?" Soal Syukri apabila melihat Qisha hanya terbaring terlentang memandang siling tanpa berreaksi apa-apa. Jantungnya yang berdegup kencang tidak diendahkan. Dia risau akan keadaan Qisha ketika itu. Syukri teragak-agak untuk menyentuh lengan Qisha bertujuan untuk menyedarkan Qisha daripada terus tenggelam dalam lamunannya.
"Qisha.." Panggil Syukri sambil menggoyangkan sedikit lengan Qisha.
Perlahan-lahan Qisha menoleh memandang Syukri yang daripada tadi setia berada disebelahnya. Baru sekarang dia sedar akan kewujudan Syukri di sebelahnya. Wajah Syukri ditenungnya bersama linangan air mata yang daripada tadi tidak berhenti mengalir. Syukri sudah bergerak semakin dekat dengan Qisha lalu melabuhkan duduknya di atas katil. Kepala Qisha yang masih dibaluti tudung itu diusap perlahan. Wajah Qisha yang jelas keletihan itu ditatap lembut.
"Syukri.." Serak suara Qisha bersuara. Bibirnya bergerak ingin mengatakan sesuatu tapi dia tidak mampu. Syukri mengangkat keningnya menantikan ayat yang seterusnya daripada Qisha.
"Aku takut.." Ujar Qisha. Liurnya ditelan lagi, masih terasa kesat. Dadanya masih lagi berombak tapi tidak sekencang tadi. Nafasnya mula sedikit teratur. Wajah Syukri dipandang lama sambil hujung bibirnya digigit sedikit.
"Kau takut apa? kau beritahu aku sekarang. Walau apa pun yang terjadi aku tetap ada dengan kau sampai bila-bila. Apa yang kau mimpi tadi semuanya hanyalah mainan tidu-"
"Aku dah ingat semuanya." Pangkas Qisha memotong kata-kata Syukri itu. Syukri tergamam mendengar pengakuan daripada Qisha itu. Riak wajahnya jelas tidak percaya dengan apa yang baru saja dia dengar. Dia juga tidak tahu apa yang patut dia rasakan ketika itu. Bukankah dia patutnya gembira kerana Qisha sudah kembali seperti dulu? Qisha yang dia rindukan selama ini. Bibirnya terketar-ketar ingin berkata-kata.
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...