MINUMAN petang yang sudah dihidang diatas dulang ditatang lalu dibawa ke ruang tamu . Dilihat suami tercinta sedang elok duduk bersandar di atas sofa sambil menonton televisyen .
Dengan penuh berhati - hati Ummi meletakkan dulang itu diatas meja dan dalam masa yang sama , membuatkan Encik Razidh mengalihkan pandangannya ke arah isterinya lantas senyuman diukir ."Terima kasih sayang" Ucapnya tulus .
Ummi hanya berbalas senyum sambil menuangkan air ke dalam cawan . Usai , cawam diletakkan diatas piring kecil lalu disuakan ke arah Encik Razidh .
"Minum bang .." Jemputnya dengan suara yang lembut .
Encik Razidh laju sahaja menyambut huluran tersebut dan mensisip air itu seketika . Ummi dengan perlahan melabuhkan punggung disebelah Encik Razidh lalu melentokkan kepalanya diatas bahu suaminya .
"Abang .. Abang tak rasa apa - apa ke ?" Soal Ummi tatkala suasana menjadi sunyi .
Hanya kedengaran suara daripada televisyen sahaja . Berkerut dahi Encik Razidh mendengarnya .
"Rasa apa - apa ? Apa yang awak merepek ni cakap yang bukan - bukan petang yang tenang ni mustahil ada yang nak musnahkan" Pantas Encik Razidh menyangkal .
Ummi mengeluh perlahan lalu kepalanya diangkat .
"Entahlah bang tapi saya rasa betul - betul tak sedap hati . Rasa bala yang besar akan timpa sekejap lagi . Saya takut bang" Luahnya dengan riak wajah yang gelisah.
Encik Razidh terus sahaja meletakkan cawan diatas meja kembali lalu menoleh memandang wajah isterinya yang tersayang .
"Sayang , jangan cakap yang bukan - bukan boleh tak ? Meskipun akan ada bala besar yang datang , abang akan tetap lindungi awak walau apa cara sekalipun" Ucap Encik Razidh bersama senyuman manis sambil menekup kedua belah pipi Ummi .
Kini , hati yang gundah beransur hilang meskipun hanya sedikit .
Ummi tersenyum senang sambil mengangguk kecil ."Terima kasih abang" Encik Razidh mengangguk perlahan .
"Sama - sama"
Sreeeeet!!
Tersentak mereka berdua apabila mendengar cermin tingkap rumah mereka diseret dengan sesuatu benda .
"Abang! Apa tu?" Soal Ummi ketakutan seraya memeluk erat lengan Encik Razidh .
Encik Razidh mengangkat bahu sambil meneliti apakah ia .
Sreeeeeeet!
Sekali lagi bunyi itu terhasil menambahkan lagi debaran di jantung mereka . Dalam diam Encik Razidh juga di dalam ketakutan .
"Siapa tu ?! Jangan main - main boleh tak ? Pergi baliklah!!" Jerit Encik Razidh . Buat seketika suasana menjadi sunyi .
Mereka sama - sama menelan air liur . Mungkin sahaja budak - budak yang nakal ingin mengenakan mereka berdua .
"Abang , saya takut"
"Shh! Tak ada apa - apa budak - budak saja tu" Pujuk Encik Razidh sambil menarik Ummi ke dalam pelukannya .
Ummi menggeleng . tangannya sudah menggeletar menahan rasa takut yang menghurungi dirinya kini .
"Abang , baik abang intai apa yang ada dekat luar tu . Saya tak rasa itu kerja budak - budak" Suara Ummi dengan sedikit getaran di hujung suaranya .
Encik Razidh menatap wajah Ummi dahulu sebelum mengangguk perlahan . Pelukan dilerai lalu dengan terjengkek - jengkek Encik Razidh bergerak ke arah cermin tingkap . Langsir diselak sedikit dan dia mula mengintai .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomantizmHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...