SIMPANG kiri dibelok sebelum dia berhenti di hadapan kedai 7Eleven untuk membeli beberapa makanan ringan semasa dalam perjalanan .
Dijeling sekilas Qisha disebelah yang nyenyak tidur . Tersengih sendiri dia apabila melihat Qisha yang tidur ternganga sedikit .
"Qisha ... bangun tak nak pergi tandas ke ?" Kejut Syukri dengan suara yang lembut akan tetapi tiada balasan daripada Qisha .
Syukri menjulingkan matanya keatas . "Qisha bangun" Tetap tiada balasan .
"Woi mak nenek ! Minah senget bangun lah hoi!" Tersentak terus Qisha daripada tidur.
Habis senget tudung Qisha dibuatnya .
"Eii , aku panggil mak nenek , minah senget baru nak bangun ! Tidur mati betul" Rungut Syukri .
Qisha lantas memandang Syukri bagai mahu menelannya . Manusia di hadapannya ini betul - betul mahu cari masalah dengannya . Nak saja aku siat siat muka dia yang acah tenang sangat . Sekali aku libas dengan parah hancur berkecai .
"Banyaklah kau ! Suara kau tu kalau boleh biar sampai pecah tingkap kereta ni ! Gegendang aku pun boleh berkecai tahu tak dengar kau menjerit macam nak panggil aku 10 batu jauh dari kau!" Bidas Qisha sambil itu dia membetulkan tudungnya .
"Dah aku kejut elok - elok tak nak bangun nak aku menjerit juga" Ujar Syukri selebihnya dia mengomel sendirian .
"Eleh , hah replay balik macam mana kau kejut ?" Ujar Qisha sambil memeluk tubuh dan menyandarkan dirinya pada kusyen kereta .
"Qisha bangun tak nak pergi tandas ke?" Syukri mengulang semula ayatnya dengan riak wajah yang cukup menggoda .
Qisha menjuling ke atas . Ingat tergoda ke hah ?
"Kau kejut macam nak kejut bini kau baik tak payah . Sini aku tunjukkan cara yang paling terbaik" Terangkat kening Syukri mendengarnya .
"Kau buat muka aku tempeleng sekejap lagi baru tahu . Sini dekat sikit" Dalam ragu - ragu Syukri akur jua .
Dalam diam Qisha mengukir senyuman nakal . Bukan nakal apa adalah tu nak kenakan si Syukri .
"Bak telinga kau""Kau nak buat apa ?!" Soal Syukri takut yang dibuat buat .
"Aku nak cabut lepas tu gigit - gigit dan aku bakar . Biar hangus telinga kau tu" Kata Qisha dengan reaksinya sekali .
"Seram lah tu" Balas Syukri selamba .
"Apa - apa sajalah . Kau nak tahukan cara yang paling terbaik ? Cara yang terbaik adalah ........" Serentak dengan itu Qisha perlahan lahan mendekati telinga Syukri dan ....
"Bah!!!!!!" Syukri pantas menolak tubuh Qisha dan menekup telinganya .
"Padan muka !!!!" Ujar Qisha dan memecut keluar dari kereta lalu bergerak ke tandas berserta ketawa yang tiada tanda untuk berhenti .
Syukri mengetap giginya penuh geram berserta pandangan yang tajam . Minah tu memang betul betul mencabar kesabaran orang !
"Kurang asam betul nenek tua tu . Pergi jerit dekat dengan telinga aku dah buang tabiat ke hah ?" Omelnya sendiri melepaskan geram .
"Siap kau nanti"
SENGIHAN masih lagi meniti di bibir Qisha lagi - lagi melihat wajah cemberut milik Syukri . Pandangan Syukri hanya fokus pada jalan raya dan tidak mengendahkan sengihan yang ditayangkan oleh Qisha .
Telinga yang berdesing sudah berkurang diganti pula dengan sakit hati ! Kelajuan kereta ditambah membuatkan Qisha kecut perut . Wajahnya bertukar cuak dan pucat .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomantiekHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...