LAJU kakinya mencorak langkah ke hadapan . Hatinya begitu khuatir dan berdebar apabila dia menerima panggilan daripada pihak hospital bahawa Syukri telah dimasukkan ke dalam wad . Antara sebab atau musababnya , dia sendiri tidak mengetahui .
Matanya liar setiap pelusuk bangunan hospital yang berdiri megah di tengah - tengah bandar Kuala Lumpur itu . Tertancap sahaja matanya ke arah kaunter pertanyaan , Zahir berlari anak ke arah tersebut sambil termengah - mengah .
"Nurse , ada tak pesakit yang bernama Asyraf Syukri bin Razidh ?" Soalnya terus sesudah sampai di hadapan kaunter pertanyaan tersebut .
Termengah - mengah dibuatnya sehingga bibir menjadi pucat akibat nafas yang tidak teratur .
"Baik encik , tunggu sebentar saya periksa dahulu" Balas pekerja itu dan disahut anggukan oleh Zahir .
Seketika , dia mula tenggelam dengan keadaan sekelilingnya . Semuanya di dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya . Ada yang ditolak dengan kerusi roda bersama ahli keluarga , berborak dengan jururawat dan ada yang termenung sendiri .
Sedikit sebanyak , Zahir mulai sedar yang dia sudah lalai dalam kenikmatan yang allah telah beri kepadanya . Apabila dia jatuh sakit , dia mengeluh dan berputus asa sedangkan dia tidak sedar bahawa ada lagi yang derita daripadanya namun mereka gagah dan kuat serta masih lagi mampu untuk mengukir senyuman .
Dalam diam , dia terasa seperti merendah diri jika dibandingkan dengan pesakit - pesakit yang ada .
"Em encik ?" Teguran oleh perkerja kaunter tersebut , mengejutkan Zahir yang sudah tenggelam dalam dunianya sendiri .
Zahir sedikit tersentak lalu meraup mukanya sebelum kembali memandang perkerja itu .
"Ya ? Jadi macam mana ? Ada pesakit bernama Asyraf Syukri ?" Soal Zahir tidak mahu membuang masa .
"Ya ada encik . Dia sekarang berada di wad 442A" Jawab perkerja itu dengan senyuman manis .
Zahir lantas mengangguk lalu berlari ke arah lif . Dalam menunggu giliran untuk menaiki lif , dia berfikir sejenak .
"442A ? Jadi tingkat empatlah kan ?" Monolognya sendiri .
Belum sempat dia termenung sendiri , pintu lif terbuka lantas dia masuk ke dalam perut lif dan menekan butang nombor 4 . Dalam menunggu tingkat berganti tingkat , dia sempat lagi bermain telefon untuk memaklumkan kepada Syukri bahawa dia sudah pun tiba .
Bro , aku dah sampai tingkat empat kan ?
Seusai sahaja menghantar , dia memasukkan kembali telefon ke dalam poket seluarnya . Tidak begitu lama , pintu pun terbuka dan Zahir keluar daripada perut lif dan mula mencari bilik wad Syukri . Dia membelok ke kanan dan mula berjalan di susur gajah yang menempatkan beberapa buah wad disitu . Tiba - tiba wad yang dicarinya telah pun jumpa .
"442A ? Betullah ni" Ujarnya sendiri lalu menguak pintu itu sedikit . Terpampang Syukri sedang terbaring sambil mata terpejam .
"Ceh! Patut pun tak balas , tidur rupanya" Omelnya sendiri lalu masuk ke dalam .
"Assalamualaikum!" Terkejut Syukri dibuatnya apabila suara Zahir tiba - tiba sahaja kedengaran lantang ketika itu .
"Waalaikumusalam . Aku tak pekak lagilah tak payah menjerit boleh tak ?" Ujar Syukri sambil menjeling .
Dia terkial - kial untuk bangun sendiri . Zahir hanya membiarkan sahaja sengaja mahu melihat Syukri bersusah payah begitu .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...