KKAS / 40

225 4 3
                                    

HELAIAN kertas yang terakhir berjaya ditampal di dinding kedai tersebut. Cahaya matahari begitu terik menyukarkan mereka untuk membuka mata lebih luas.

Seketika, Syukri mengelap peluh yang menitik di dahinya dan juga di leher. Qisha disebelah sedang mengeluh perlahan sambil melihat sehelai kertas yang sudah ditampal itu dengan perasaan yang bercampur baur.

"Kau rasa... apa yang kita buat ni boleh tolong kita ke?" Soal Qisha sambil melihat wajah Syukri yang menahan terik cahaya matahari. Syukri merenung wajah Qisha seketika sebelum menghela nafas perlahan.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Qisha menunduk sambil menjongketkan bahu.

"Entahlah aku rasa apa kita buat ni sia - sia. Kau bukan tak tahu orang Malaysia ni macam mana silap hari bulan habis kertas ni kena koyak" Ujar Qisha dengan nada yang sedih.

Peluh di dahi dilap perlahan menggunakan belakang tangannya. Tekak yang kering lantas dibasahkan dengan tegukan air liur. Syukri bercekak sebelah pinggang memikirkan apa yang dikatakan Qisha itu ada benarnya juga.

"Dengan izin Allah semua benda tu takkan terjadi. Insha Allah benda ni berhasil. Doa yang baik - baik okay sayang?" Ujar Syukri sambil mengakhiri ayatnya dengan gurauan.

Qisha lantas mencebik mendengar apa yang dikatakan di akhir ayat Syukri.

"Dahlah kau tengah panas macam ni nak bersayang - sayang, gelilah!" Terburai ketawa Syukri tatkala Qisha berkata begitu sambil memekan muka.

"Wah! Wah! Wah! sweet betul bakal pengantin ni tengah tengah panas pun dating" Terkujat mereka berdua apabila ditegur begitu oleh Nisha dari belakang.

Terlihat senyuman yang amat sinis diukirkan untuk mereka berdua seraya matanya tidak lekang memandang Qisha dari atas sampai ke bawah. Namun tidak lama kemudian Nisha terperasan kertas yang telah ditampal di dinding yang mempamerkan wajah Puan Maryam yang mengatakan dia hilang.

Lantas Nisha merentap kertas itu dan menilik satu per satu. Qisha tersentak lalu ingin menahan Nisha daripada melakukan itu tetapi ditahan oleh Syukri.

"Hilang? Hahahahahah! Lawaklah korang berdua ni. Korang ingat dengan cara macam ni korang akan jumpa ke orang tua tu ha?" Soal Nisha dengan nada yang amat sinis.

"Jumpa atau tak itu bukan urusan kau!" Bidas Syukri dengan suara yang agak keras.

Nisha lantas ketawa besar sambil tajam melihat Syukri. "Mestilah urusan aku juga sebab aku pun ada kena mengena dengan mak kau! Korang ni harap je belajar tinggi tapi otak? Cetek! Hahahahhahha!"

"Eh kau nak apa sebenarnya dari kitorang ha? Kau ikut kitorang ke?" Soal Qisha sambil menahan geram.

"Eh betina kau ingat aku tak ada kerja lain nak ikut korang? Sini aku bagi tahu korang lah eh takut korang ni buta IT. Sekarang zaman dah moden kuasa viral tu adalah segalanya. Apa kata korang viralkan je muka orang tua ni mana tahu petik jari je boleh jumpa. Tapi! aku yakin korang takkan jumpa orang tua gila tu lagi hahahahahhaga!"

syukri mengetap giginya sekuat hati menahan geram dan amarah yang mendidih di dalam diri. Dengan suara yang terketar - ketar menahan geram Syukri membalas,

"Kenapa kau yakin kitorang takkan dapat jumpa? Sebab kau lah kan punca semua ni?! Kau yang culik mak aku kan?! Jangan nak acah bagus depan kitorang lah Nisha aku muak tengok kau! Aku penat tengok kerja bodoh kau tu!"

"Ya! Memang kerja aku! Hahahahaha! Aku puas buat benda ni semua. Kau jangan ingat aku akan biarkan korang kahwin dengan aman. Ingat tu!"

Syukri mengepal penumbuknya menahan amarah yang tidak dapat dibendung lagi.Dia menolak Qisha kebelakang lalu dia menapak ke hadapan bersemuka dengan Nisha.

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now