KKAS / 28

560 26 2
                                    

"TERMENUNGKAN apa tu ? Dari sampai rumah sampailah sekarang termenung kerja kau . Ni aku ada buat air minumlah" Tegur Syukri sambil meletakkan dua buah cawan yang berisi air di atas meja kecil di hadapan mereka berdua. 

Qisha sedikit tersentak dengan teguran Syukri lalu menggeleng perlahan . Kedua tapak tangannya dibawa ke lengan dan diusap perlahan sambil menunduk ke bawah sekejap .

"Terima kasih . Tak ada apa - apa cuma ada beberapa perkara yang masih buat aku keliru dan jadi tanda tanya" Balas Qisha mengangkat semula wajahnya ke atas .

Syukri lantas duduk di sebelah Qisha dan menghirup air di dalam cawan sebelum meletakkan kembali cawan di atas meja .

"Apa dia yang buat kau keliru ? Cuba tanya aku mana tahu aku boleh jawab"

"Am I don't have any friend at all ?" Soalnya memandang ke arah Syukri .

Hoodie yang terjatuh diletakkan kembali ke atas kepala . Dia hanya memakai ninja dikepala dan ditutupi dengan hoodie yang bersambung bersama baju serta seluar tracksuit .

"Kawan ? Ada . Kau ada ramai kawan tapi disebabkan telefon aku tertinggal , aku tak boleh bagitahu diorang yang kau masuk hospital" Jawab Syukri lalu menghirup sekali lagi air di dalam cawan.

Qisha mengangguk lalu dia turut menghirup air buatan Syukri . Seketika dia melihat persekitaran rumah mereka dengan hanya duduk santai di beranda .

"Apa yang jadi sebelum kita masuk hospital ? Dan kata kau aku amnesia ? Apa sebabnya?" Soal Qisha lagi .

Syukri terdiam seketika untuk menyusun ayat bagi menceritakan semula kejadian yang telah menimpa mereka . Ya , tragedi yang sangat pahit untuk ditelan . Kenangan yang hanya dibanjiri oleh lautan darah .

Kejadian itu telah memutarkan semuanya ke arah yang berlawanan . Hari - hari yang sepatutnya diisi dengan tawa dan rajuk Qisha , diganti dengan suasana sepi dan sunyi diantara mereka . Tiada lagi suara Syukri untuk menyakat Qisha

. Ya , disebabkan perempuan itu jugalah telah merampas kebahagiaan mereka sekali gus membuat Ummi koma . Sekarang semua keputusan hanya di tanganNya mereka sebagai hamba hanya mampu bertawakal berdoa supaya Ummi mampu bangkit dan terus hidup dimuka bumi ini .

Juga berdoa sahaja perempuan gila itu dapat diberkas oleh polis secepat mungkin agar tiada lagi kesengsaraan yang dicipta oleh perempuan itu . Siapa lagi kalau bukan Maryam , ibu kandung Syukri .

"Soalan kau itu , sebenarnya panjang Qisha . Nanti kalau ada masa yang panjang aku cerita okay?"

"Kenapa tak sekarang ? Kau bukannya sibuk pun . Kau tau kan aku tak selesa tinggal sini sebab sini bukan rumah aku apatah lagi tinggal dengan engkau . Kau ingat aku dah percayakan kau ke ? 50-50 jelah sebab tengok muka kau pun bukan boleh percaya sangat" Dengan riak wajah selamba Qisha menuturkannya .

"Amboi - amboi! Sedapnya mulut bercakap . Eh kau ingat aku ni nak sangat tinggal dengan kau ? Kalau bukan sebab tanggungjawab aku sebagai abang , memang aku takkan bawa kau ke sini lah perasan!" Balas Syukri yang bernada geram .

Qisha mencemik . Orang minta cerita tak nak cerita itulah padahnya . Sekali kita yang kena balik nasib badan.

"Dahlah daripada layan kau , baik aku masuk dalam tunaikan solat . Kau belum solat lagi kan ? Pergi sana shuh" Sambung Syukri lalu bergerak masuk ke dalam . Belum sempat Syukri pergi menjauh , Qisha memanggilnya. 

"Syukri.."

"Sekejap" Pangkas Syukri pantas apabila terdengar deringan telefon miliknya . Dicapai telefonnya diatas sofa lalu ditekap ke telinga setelah panggilan diangkat .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now