"CEPATLAH ! Ahahahaha lambatlah kau!" Ujar Qisha sambil mengayuh lagi dan lagi meninggalkan Syukri di belakang
. Lana dan Maya juga sudah berada di hadapan sedang menunggu Qisha dan Syukri .
"Sabarlah minah senget oi ! Tunggulah" Galak Qisha mentertawakan Syukri sambil meneruskan kayuhannya .
Dalam beberapa cm lagi dia akan sampai ke tempat penamat . Tercungap cungap Syukri mengejar Qisha dihadapannya . Sesampai saja di tempat penamat , Syukri terus menyambar botol air lalu diteguk rakus .
"Penat ke mamat bangla ? Kasihannya , rehatlah eh aku nak main basikal lagi" Syukri terus menahan tangan Qisha supaya tidak meninggalkannya lagi .
"Duduklah dengan aku . Biar diorang berdua sambung main bolehkan?" Soal Syukri sambil memandang ke arah Lana dan Maya .
Lana dan Maya sedang menuntun basikal hanya mengangguk berserta seulas senyuman .
"Apa salahnya lagipun aku tak naklah kacau orang nak dating . Betul tak Maya ?" Kata - kata Lana dibalas anggukan dari Maya .
Qisha terus membuat muka . "Tak ada maknanya aku nak dating dengan bangla macam dia ni" Lurus telunjuknya ke arah Syukri .
Syukri tergelak seketika . "Eh bangla ni lah yang selalu jaga kau tahu" Qisha menjeling lalu meneguk lagi baki minuman yang tinggal di dalam botol .
"Dah jangan nak bergaduh . Kami sambung main basikal tau" Mereka mengangguk lantas menghantar pemergian Lana dan Maya melalui ekor mata .
Masing - masing hanya mendiamkan diri apabila hanya mereka berdua sahaja yang tinggal . Qisha meletakkan botol air yang kosong di sisinya sebelum melihat keadaan taman rekreasi tersebut .
Dia tersenyum sendiri apabila melihat gelagat kanak - kanak yang bermain disitu . Syukri pula hanya memerhati gerak geri Qisha dan tanpa dia sedar dia tersenyum sendiri .
"Qisha.." Qisha tersentak tatkala namanya diseru .
"Hm" Balasnya pendek .
Tepat anak mata Qisha memandang Syukri yang memandang dirinya .
"Terima kasih sebab terima aku dan papa dalam hidup kau . Papa ada cakap yang kau tak terima kami lepas ummi cakap dia nak kahwin lagi . Tapi aku bersyukur sangat - sangat yang kau dah terima walaupun pertemuan kita tak macam dalam tv . Bertentang mata bagai" Kata - kata Syukri mengundang tawa kecil Qisha .
Syukri terasa tenang apabila melihat Qisha tersenyum kerana dia .
"Pertemuan kita hanya dibasahi air dengan sakit bila terlanggar tapi itu semua dah lepas . Awalnya memang aku tak nak ummi kahwin lain tapi bila aku fikir balik apa salahnya . Ummi pun berhak mendapat kebahagiaan . Masa itu , aku hanya fikir yang aku nak hidup berdua sahaja dengan ummi . Aku tak nak orang lain masuk dalam keluarga aku sebab aku takut aku berpaling dari arwah walid aku" Syukri mengangguk faham .
Angin petang waktu itu sungguh menyamankan dan membelai lembut celahan rambut dan pipinya . Syukri kembali memandang wajah Qisha yang asyik memandang persekitaran di taman itu .
"Sebelum papa kahwin dengan ummi , dia asyik sibuk dengan kerja saja . Waktu senggang kadang - kadang dia teman aku tapi tak selalu . Dia asyik isi masa dia dengan kerja memanjang aku pun berasa sunyi sehingga dia kata dia mahu kahwin . Sejak dari tu , dia mula mengukir senyuman dan ceria sepanjang hari . Tak ada lagi wajah yang muram dan serius" Qisha memandang wajah Syukri bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Syukri .
"Habis kau ? Kau setuju papa kau berhasrat untuk berkahwin ?" Syukri tersenyum kecil .
"Apa yang buat papa bahagia , aku takkan bantah selagi dia tak buat benda yang tak senonoh . Meskipun hidupan aku jadi galang ganti untuk dia bahagia sebab dia , harta aku yang paling berharga" Qisha terusan memandang mata Syukri untuk mencari kebenaran .
Apa yang dia lihat penuh keikhlasan dan kebenaran . Sungguh disebalik perangai Syukri yang menjengkelkan itu ada terselit rasa kasih dan tulus buat seorang ayah . Qisha pantas mengalihkan pandangannya ke hadapan .
"Habis ummi ? Oh kau nak cakap ummi sekadar ibu tiri jelah?" Soal Qisha sengaja untuk membangkitkan suasana ceria .
"Kepala otak kau berjambul mangkuk! Aku tak cakap kau yang cakap haa . Eh ummi tu adalah ibu yang terbaik yang pernah aku ada dan kau sepatutnya bangga ada ibu macam ummi tu ." Qisha tersenyum lebar .
"Aku dah lama bangga ada ibu macam ummi dan kau orang yang bertuah dapat kasih dari ummi . Tapi ibu kau sebelum ni ? Macam mana ?" Senyuman kecil Syukri yang tadi menghiasi bibir kini mati .
Dengan perlahan Syukri mengeluh .
"Kenapa ? Aku salah cakap ke?" Soal Qisha .
Lantas Syukri menggeleng . "Tak cuma aku terkilan dengan mama aku tu je . Dia terlalu tamak sampai jadi gila . Gara - gara duit buat dia lupa diri , lupa keluarga dan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu dan isteri . Dan kali ni papa aku tak buat lagi kesalahan dia buat kali yang kedua . Terima kasih sebab bagi aku tumpang kasih sayang ummi kau" Syukri menunduk memandang tanah .
Hatinya kembali sakit mengingati satu per satu perbuatan ibunya terhadap dirinya sebagai seorang anak . Betapa peritnya untuk dia melupakan semua itu .
Betapa seksanya dia dan papa mengharungi kehidupan serba kekurangan apabila ibunya sendiri melarikan diri dengan lelaki lain . Sungguh dia tidak menyangka ibu kandungnya mengkhianati mereka berdua begitu hina sekali .
Qisha terkedu mendengar cerita daripada Syukri .
"Dia ada dekat mana sekarang?" Syukri tersenyum hambar sebelum memandang Qisha semula .
"Ada dekat hospital orang gila apa nama hospital tu pun aku tak tahu" Qisha menggeleng perlahan mendengar jawapan daripada Syukri .
"Apalah" Syukru hanya tersengih .
Kini sunyi hadir lagi diantara mereka . Qisha membayangkan bagaimana Syukri boleh hidup tanpa kasih seorang ibu . Sebak kini menghimpit dadanya .
"Qisha , esok cutikan ? Esok pagi kau bangun awal ikut aku pergi satu tempat" Qisha mengerutkan dahinya .
"Berdua ?" Syukri mengangguk laju .
"Apasal ? Takut aku buat apa apa ke ? Kalau nak boleh je"
"Syukri!" Berdekah Syukri ketawa apabila muka Qisha merah padam .
Qisha lantas menekup wajahnya yang kini merah tidak terkata .
"Dah lah aku nak balik . Malas layan kau" Syukri masih lagi dengan sisa tawanya .
"Gelak lagi apasal ? Nak kena terajang?" Syukri menjelir lidah .
"Terajanglah kalau berani . Tak luak pun" Sempat lagi Syukri memperlekehkan Qisha sebelum bergerak ke kereta .
Qisha menjeling . "Lana ! Maya !! Jom balik" Lana dan Maya yang sibuk berborak lantas mengangguk dan meletakkan kembali basikal di tempat yang tersedia ada .
"Kenapa awal sangat balik ? Tak puas hati lagilah nak lepak dekat sini" Ujar Lana bersama cebikkan .
"Aku yang ajak balik . Dah petang Lana oi kau nak sampai bila ? Malam ?" Tercetus tawa kecil Maya .
"Ke ada apa - apa ni ?" Lana mengangkat keningnya berkali - kali .
Lantas muka Qisha memerah semula . Maya dan Lana berdekah ketawa .
"Kantoi !!! Hahahaha apasal wei ? Cerita lah" Ujar dua anak dara itu .
Qisha menghentakkan kakinya . "Tak ada apalah ! Hish dah - dah balik"
"Eleh nak sorok pula" Selar Maya.
"Diam kau" Qisha melangkah laju ke arah kereta Syukri dimana Syukri berada .
"Nak sorok konon pigi daa" Maya terus menyiku Lana .
"Dahlah jom balik"
"yelah" Mereka berdua berjalan dan masuk ke dalam perut kereta .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
Storie d'amoreHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...