RANCANGAN televisyen berterusan ditukar - tukar oleh Syukri . Dia sedang berfikir sama ada mahu memberitahu kedua orang tuanya untuk membawa Qisha ke suatu tempat pada hari esok mahupun tidak .
Rancangan televisyen yang ditayangkan langsung tidak menambat perhatian Syukri untuk menonton . Hanya dirinya sahaja di ruang tamu manakala yang lain terperap di dalam bilik . Syukri meraup rambutnya ke belakang .
Sejak dia rapat dengan Qisha , dirinya dihurung rasa bahagia dan tenang tambahan bila Qisha tersenyum atau ketawa kerana dia . Kini dia rasa Qisha adalah kebahagiaannya walaupun hubungan mereka cuma adik beradik tiri .
Dia juga tahu batas pergaulan antara dia dan Qisha yang dia tahu dia akan cuba untuk membahagiakan orang yang dia sayang .
Dengan perangai Qisha yang kebudak - budakkan , menjengkelkan dan selalu menjawab membuatkan Syukri kembali tersenyum setelah selama 20 tahun dia menyembunyikan senyumannya .
Syukri bangkit dan bergerak ke arah tangga . Selangkah demi selangkah dia mampir ke arah bilik kedua orang tuanya lalu pintu diketuk .
Terkejut Ummi dan Encik Razidh yang galak bersembang .
"Masuklah , pintu tak berkunci" Syukri dengan perlahan memulas pintu tersebut .
"Syukri ? Kenapa ni ? Ada masalah ke?" Soal Ummi seraya memandang Syukri melabuhkan punggung di atas katil .
"Tak ada apa - apa masalah cuma nak minta izin papa dengan ummi untuk bawa Qisha pergi kampung esok , bolehkan?" Teragak - agak Syukri bertanya sambil menayangkan sengih .
Ummi dan Encik Razidh sedikit terkejut lalu saling berpandangan .
"Untuk apa ?" Soal mereka berdua serentak .
Syukri berdehem sebelum kembali bersuara .
"Ala , ummi , papa esok sampai ahad kan cuti . Tiga hari tu , Syukri nak bawalah Qisha jalan - jalan dekat kampung tu" Ummi mengangkat bahu lalu memberi isyarat pada Encik Razidh untuk memberikan jawapan .
"Haih baiklah tapi jaga adik kamu tu betul - betul . Kalau ye pun nak bawa jalan - jalan kenapa tak pergi sekeluarga kan senang"
"Eh ! Mana boleh yang ni istimewa tahu ummi dengan papa boleh pergi bila - bila kan?" Ummi dan Encik Razidh sudah menangkap sesuatu .
"Suka Qisha eh?" Wajah Syukri serta merta berubah menjadi kemerahan .
Lantas bantal diambil lalu dibaling ke arah Encik Razidh .
"Mana ada lah papa ! Merepek je takkanlah Syukri nak suka adik tiri Syukri sendiri" Ummi sudah mengekek ketawa melihat anak beranak bergurau dihadapannya itu .
"Eleh , adik beradik tiri boleh kahwin tahu ? Kalaulah ummi dengan papa dah tak ada , Syukri kahwin jelah dengan Qisha eh ?" Makin galak Encik Razidh menyakat Syukri .
Wajah Syukri semakin membahang .
"Papa ! Dahlah Syukri nak masuk bilik nak tidur daripada layan papa yang merepek . Mengantuk agaknya kan ummi ? Syukri masuk tidur dulu" Dengan cepat Syukri keluar daripada bilik itu .
Ummi hanya menggeleng .
"Seronok lah tu dapat menyakat anak teruna abang seorang tu" Ujar Ummi sambil bergerak ke arah katil . Encik Razidh masih lagi tersengih .
"Bukan selalu sayang nak menyakat dia tu" Ummi tersenyum nipis .
Syukri pula terhenti di hadapan bilik Qisha semasa dia hendak melangkah ke biliknya kerana biliknya selang dua buah bilik dari Qisha . Ternyata pintu bilik Qisha terkuak sedikit lantas Syukri mendekati pintu tersebut dan mengintai ke dalam bilik .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...