HILAI tawa Maryam bergema lagi di setiap sudut rumah itu . Darah ditangan serta pisau masih lagi segar dan mengalir deras ke bawah . Batu bata yang telah dikutip diluar sebentar tadi dikuis kuis sambil mengekek ketawa melihat mereka di hadapan mereka meringis kesakitan .
Dikalangan mereka , Ummi yang paling teruk dikerjakan . Wajah Ummi ditoreh panjang dari sisi mata sampai ke dagu . Tangan Ummi dihentak dengan bata yang paling besar .
Meraung - raung Qisha melihat ibunya didera sebegitu . Syukri berusaha menghentikan perbuatan Maryam tetapi wajahnya disiku sampai terjatuh . Maryam bergerak ke arah mereka seorang demi seorang .
"Ish ish ish . Kasihan betul . Kenapa menangis ni hm ? Gembira berjumpa dengan aku ya ? Tak apa nangislah aku terharu hahahahaha!" Ujarnya sambil menilik wajah seorang demi seorang .
Maryam terhenti tatkala di hadapan Encik Razidh . Saat itu sengihannya makin lebar lalu menarik kasar rambut Encik Razidh menyuruhnya bangkit .
"Bangun! Cepat!" Dengan kasar Maryam menarik tubuh Encik Razidh dan memusingkan badannya menghadap yang lain .
Bawah dagu Encik Razidh diusap dengan pisau bersama darah yang masih segar . Terdongak Encik Razidh untuk mengelak daripada ditoreh .
"Cuba kau tengok diorang ni . Menangis tengok aku sebab terharu tapi kenapa kau tak nangis hm ?" Soalnya sambil menilik wajah Encik Razidh dengan lebih dekat .
Terlalu dekat sampai Encik Razidh boleh rasa deruan nafas Maryam .
Dalam masa yang sama , Qisha berusaha untuk membuka ikatan yang melilit di badannya dan kakinya . Dengan senyap Qisha mengensot sedikit demi sedikit ke arah Ummi yang terlentok sambil menangis .
Syukri juga tidak kurang , berusaha membuka ikatan sambil galak melihat ibu kandungnya di hadapan .
Wajah Encik Razidh diusapnya dengan kuku yang panjang namun saat dia berlalu dibibir Encik Razidh , dia menekan kuat kukunya sehingga bibir Encik Razidh berdarah .
"Argh!!"
"Hey! Sudahlah apa masalah kau sebenarnya hah ?! Kenapa kau muncul lagi dalam hidup kitorang ?! Berambuslah!!!!" Jerit Syukri sudah hilang sabar .
Sakit hatinya melihat orang yang dia sayang diseksa sebegitu . Maryam pula lantas menoleh ke arah Syukri dengan renungan tajam .
"Kenapa ? Kau tak suka aku muncul balik ? Aku muncul sebab aku nak balasa dendam dengan korang berdua faham ! Tapi disebabkan bapak kau yang tak berguna ni , dah kahwin lain perempuan celaka dua ni pun akan terima padahnya sekali!" Balas Maryam sambil menolak kepala Encik Razidh kasar lalu mencampak Encik Razidh jauh dan tersungkur .
"Apa salah kitorang ?! Kau yang mulakan semua ni tahu tak ?! Kau curang dengan papa kau keluar dengan lelaki lain kau tinggalkan aku sebagai anak yang memerlukan kasih seorang ibu ! Kau yang sepatutnya digelarkan perempuan celaka dan kau yang sepatutnya dihukum ! Kau ni dah gila!!" Menggelegak darah Maryam ditengking oleh anak kandungnya sendiri .
Dengan laju dia bergerak ke arah Syukri lalu melempang pipi Syukri tanpa henti .
Qisha tidak sangggup melihat keadaan itu , dia laju sahaja mencari barang tajam untuk memutuskan tali yang diikat ditubuhnya . Sambil itu , kepala Ummi dipangku .
Bunyi pipi Syukri dilempang masih lagi kedengaran . Qisha buntu ! Qisha tidak tahu apa yang patut dilakukan . Encik Razidh sudah pengsan akibat tersungkur dan terhantuk di bucu meja .
"Ummi ..... Apa yang patut Qisha buat Ummi ?" Soal Qisha dengan suara yang serak .
Wajah Ummi yang penuh dengan darah dan daging dimuka Ummi turut keluar ditatap dengan penuh kasih . Nasib sahaja Ummi dapat bertahan .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...