"QISHA!!!!!! Cepatlah aku dah lambat ni !" Jerit Syukri sambil menyarungkan kasut ke kakinya dengan tergesa gesa .
Dikerling jam di tangan , sudah menginjak ke pukul 9 pagi . Syukri menjadi cemas . 10 minit lagi kelas marketing akan bermula .
Ah ! Tidak !! Kelas kegemaran dia tambahan pula kelas itu basic untuk setiap yang ingin membuka bisnes sendiri . Peluh didahi mula menunjukkan diri.
"Qisha!!" Jeritnya lagi .
Ummi yang sedang kusyuk mengemas dapur , berasa hairan mengapa Syukri terpekik memanggil Qisha . Lantas dia bergerak ke muka pintu .
"Ada apa ni Syukri ?" Soal Ummi . Syukri ke hulu ke hilir tidak senang duduk .
"Ummi ! Anak ummi tu buat apa lama sangat ? Syukri akan ketinggalan pelajaran lah" Rungutnya bersama genggaman di tangan .
Ummi mengangguk . "Ummi pergi tengokkan Qisha sekejap" Lantas Syukri mengangguk .
Langkah Ummi dilajukan sehingga ke bilik Qisha lalu pintu diketuk .
"Qisha !Qisha buat apa lagi tu Syukri dah tunggu Qisha lama dekat bawah ." Selang beberapa saat , pintu dikuak dan muncul wajah Qisha yang bersih .
"Oh Qisha tengah berso-"
"Bersolek ?! Ya allah Qisha pergi ambil beg sekarang dan turun ! Masyallah sempat lagi bersolek abang kamu dah lambat nak pergi kelas tu" Bebel Ummi sambil menolak Qisha masuk ke dalam bilik dan mengambil begnya .
Qisha terus memuncung .
"Yelah kalau ya pun ummi tak payahlah membebel . Qisha tahu lah" Balas Qisha perlahan .
Terjegil mata Ummi mendengarnya .
"Tahu apa ?! Kamu buat orang susah tau ! Dah pergi turun sekarang!" Qisha akur terus menuruni anak tangga dan menyarungkan kasut sarung ke dalam kakinya .
"Qisha! Hey minah kau masuk kereta sekarang . First day sem baru kau dah buat orang susah . Kau tau tak menunggu kau bagai tunggu buah durian tak jatuh ! Meny-"
"Shh! Diam tak payah membebel . Kau masuk kereta sekarang sebelum aku lengahkan masa kau" Qisha terus berjalan ke arah sebelah pemandu sebelum mencekak pinggang .
Ditatap wajah Syukri yang masih terjegat di hadapan pintu . "Tunggu apa lagi ! Buka lah pintu" Terhinjut bahu Syukri akibat jerkahan Qisha .
Syukri berjalan ke arah pemandu . Usai menghidupkan enjin kereta , mereka bergerak menuju ke lebuh raya .
"Menyusahkan" Gumam Syukri perlahan .
TERCUNGAP cungap Syukri berlari mencari dimana kelas marketingnya berlangsung . Sudah hampir setengah jam kelas itu berlangsung dan pastinya sudah banyak point - point penting untuk membuka bisnes sendiri .
Syukri mengeluh . Rambut dikusutkan lagi . Dia terduduk di susur jalan bangunan kolej KTAC dimana Syukri sedang menuntut .
"Mana kelas marketing ? Aku dah sesat aduh.." Keluhnya .
"Syukri?" Syukri terkejut lantas mengangkat kepalanya .
Senyuman yang lebar tanpa sengaja diukir . Seakan segala perkara yang dirungsingkan terbang melayang .
"Miss Fazilah . Misa nak pergi mana ?" Soal Syukri .
Dia bangkit dari duduknya dan menepuk nepuk punggungnya yang kotor sedikit .
"Saya nak pergi kantin beli makanan memandangkan kelas saya dah tamat . Awak kenapa duduk disini?" Syukri terus tersenyum kelat .
"Saya ...er sesat Miss . Miss tahu tak dimana kelas marketing ?" Miss Fazilah terus ketawa kecil .
"Sebelum tu awak SSPS berapa ?" Soal Miss Fazilah .
SSPS ini melambangkan sem . Jika seseorang itu sudah menginjak ke sem 3 , maka ianya akan menjadi SSPS 3 .
"Saya SSPS 3 Miss" Miss Fazilah mengangguk.
"Dah dekat . Awak jalan terus kemudian belok kiri . Disitu ada lif , awak naik ketingkat tiga . Depan lif tu kelas marketing . Lekas kelas tu dah nak habis ." Syukri angguk lalu mengucapkan terima kasih .
Usai mengucapkannya , dia berlari dan membelok ke kiri . Sesampai saja di hadapan lif , dua menekan butang anak panah atas dan bagai nasib membelahi dirinya , tiada orang di dalamnya .
Terus saja dia menekan butang bernombor tiga dan dia terduduk keletihan . Tiba saja di tingkat tiga , dia berdesup berlari ke kelas tersebut .
"SYUKRI , amacam denda tadi ? Seronok ?" Perli Zahir merangkap teman karib Syukri sejak sekolah rendah .
Syukri menghadiahkan jelingan tajam ke arah Zahir akan tetapi , Zahir tidak peduli malah dia galak mentertawakan Syukri . Syukri malas mahu melayan , dia memilih tempat duduk yang sedikit sorok di kantin .
Beg sandang diletakkan diatas meja lalu rambutnya diraup ke belakang .
"Gila ! Memang gila !! Ada ke patut dia suruh aku menari depan orang ramai . Wei jatuh maruah beb!" Luahnya dengan geram .
Ada ke patut denda sebab lambat datang , menari depan orang ramai lagi lagi perempuan . Peh!
Zahir yang masih galak ketawa dijelingnya tajam . "Woi! Dah lah" Mukanya kian memerah menahan marah .
"Zahir!!" Zahir terus berhenti ketawa apabila dijerkah sebegitu .
"Apa ?" Soalnya tidak bersalah .
Syukri mengetap giginya menatap wajah tidak bersalah milik Zahir .
"Kau.." Belum sempat Syukri menyambungkan ayatnya , telefonnya menjerit minta diangkat .
"Minah senget ?" Syukri berkata sendiri sambil membaca nama yang tertera .
"Siapa ?" Soal Zahir .
Syukri menjeling . "Sibuk!" Zahir mencebik .
Lantas telefon itu diambil lalu panggilan diangkat .
"Syukri to....tolong aku . Aku takut" Berkerut dahi Syukri mendengar suara ketakutan Qisha dihujung talian .
"Kenapa ? Apa kena dengan kau ?" Soal Syukri .
Entah mengapa dia begitu susah hati dan risau .
"Aku .....aku diikut oleh seseorang . Dia...dia....dia bawa pisau tolong aku" Esakkan Qisha mula kedengaran .
"Apa ! Kau dekat mana sekarang ?" Terhinjut bahu Zahir mendengar teriakan Syukri itu .
"Dek...dekat lorong ....lorong kecil Jalan Maluri . Tolong Syukri" Syukri terus menggalas beg sandang di atas bahu .
"Kau tunggu jangan pergi mana mana ." Terus panggilan dimatikan .
"Syuk ! Nak pergi mana ?" Soal Zahir kehairanan .
"Urgent ! Nanti aku roger kau" Dengan sekelip mata Syukri hilang dari padangan . Zahir hanya mengangkat bahu .
*p/s : cerita ini memang slow update disebabkan saya kesuntukkan masa . Jadi silent readers semua harap boleh bersabar ya . Terima kasih .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
Lãng mạnHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...