AIR mata yang masih lagi menitis disapu perlahan . Tanah yang masih merah itu ditatap sayu oleh Syukri dan Qisha . Dua kubur dalam satu liang lahad telah selamat dikebumikan hari ini . Ya , kedua - dua ibu bapa mereka telah pergi menghadap Ilahi . Wajah Qisha ditatap sayu lalu bahu Qisha dirangkul erat . Terimbau kembali saat berita tentang keadaan Encik Razidh yang sedang nazak di sampaikan kepadanya .
"Pa , mengucap pa ingat allah" Ujar Syukri sambil memegang erat tangan Encik Razidh lalu mencium lama umbun - umbun dan tanpa dia sedari , air mata mula mengalir di pipi . Tolong katakan ini semua hanyalah mimpi tak mampu dia hadapi lagi .
"Syukri...... jaga.....jaga Qisha....kal...kalau papa dah tak ada nanti" Ujar Encik Razidh bersama nafas yang tercungap - cungap . Matanya juga sudah semakin layu . Syukri lantas menggenggam tangan Encik Razidh dengan erat bersama lafaz dua kalimah syahadah di sebelah telinga kanan Encik Razidh. Sambil itu juga dia sempat menyelitkan kata - kata.
"Pa, bertahan sikit pa tunggu Qisha sedar . Qisha dalam wad. Pa tolong pa bertahan" Ujarnya sambil berusaha menyembunyikan kesedihan. Farish disebelahnya setia mengusap bahu kanan sambil tidak putus berkata "Sabar" padanya. Namun harapannya hancur tatkala alat denyutan jantung mula membunyikan bunyi yang mendatar tanpa ada tersekat . Dikala itu bagai bumi menghempap dirinya yang kini sebatang kara.
"Pa..Pa!" Jerit Syukri sambil menggoncangkan tubuh Encik Razidh yang kini terbaring kaku . Perbuatannya itu sedaya upaya ditahan oleh Farish supaya tidak keterlaluan. Masa itu juga dunianya seakan berhenti dan menjadi gelap.
"Syukri, tak nak balik ke?" Soal Alif dengan suara yang perlahan sambil menepuk lembut bahunya . Tersentak kecil Syukri dibuatnya lantas diukir senyuman hambar . Perlahan - lahan kepala digelengkan. Kubur yang masih merah itu ditatap sebelum membuka mulut.
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...