KKAS / 13

805 33 0
                                    

SEMINGGU telah berlalu , dan seminggu jugalah bermacam - macam yang terjadi membuatkan Qisha sudah terbiasa dengan semua itu . Keadaan Syukri juga sudah semakin pulih dan akhirnya sihat seperti biasa .

Pada sebelah tengah hari , selepas saja Qisha dan Syukri menghabiskan kelas mereka , mereka terus sahaja menuju ke arah kantin untuk mengisi perut . Qisha dengan tenang menarik kerusi dan melabuhkan punggung.

"Kau nak makan apa ? Today treat on me" Soal Syukri sambil meletakkan beg galasnya diatas meja .

Qisha mengetuk dagunya memikir menu apa untuk dia menjamah pada tengah hari itu .

"Aku nak nasi lemak dan air sirap limau" Pesannya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg galas .

"Tu je ? Diet ke selalu kau makan banyak" Qisha menjeling Syukri di hadapannya .

"Suka hati akulah kau sibuk kenapa ?" Pintasnya sambil bermain telefon bimbit .

"Treat on me today . Are you didn't regret for it ? Treat on me~" Ujarnya berulang kali sambil suara meleret .

Qisha menghempaskan telefonnya diatas meja bersama keluhan nipis .

"Kau belanja tak tepat lah bro . Aku tak ada selera nak makan" Syukri mengangkat kening sebelah .

"Kenapa ?" Soal Syukri khuatir .

"Aku demam sebenarnya tapi malaslah nak bagi tahu orang lagi - lagi kau bukannya boleh buat apa pun" Syukri terus mengecilkan matanya memandang ke arah Qisha .

Terus saja beg galasnya dihempuk ke atas kepala Qisha .

"Tak boleh buat apa konon . Dah tahu demam datang kelas lagi buat apa ? Degil sangat kan kalau pengsan nanti macam man-"

"Diam Syukri . Kau nak belanja ke tak nak ni ? Aku pening ni tahu tak ? Dengar kau membebel lagi bertambah pusing aku jadinya" Pintas Qisha sambil memeluk tubuh .

Syukri mencebik . "Demam - demam pandai menjawabkan kau" Qisha tersenyum senget .

"Habis kau ingat orang demam kena lesu , lemah , berat mulut macam tu ? Hell ! That's not me okay" Syukri mencebik lantas biji mata digulingkan .

"Apa - apa sajalah . Aku pergi beli makanan dulu" Pamitnya lalu pergi ke arah kaunter untuk memesan makanan .

Qisha hanya membiarkan saja dan dia meneruskan membelek telefon ditangannya .

"Haih kadang telefon ni bosan juga . Tak ada yang menarik asyik instagram , line , wechat , whatsApp . This just make me bored sometimes besides that boy" Terus saja dia memandang kelibat Syukri yang beratur untuk mengambil makanan .

Kepalanya kembali berdenyut dan berpusing - pusing .

Qisha perlahan lahan menyandarkan badannya di kerusi sementara menunggu Syukri mengambil makanan .

Dia meraba lehernya disebalik tudung untuk memeriksa suhu badannya kini . Terbeliak matanya tatkala merasa suhu badannya ketika itu .

"Panasnya!" Jeritnya dengan nada perlahan .

Tiba - tiba keperitan dihidungnya datang tanda untuk dia bersin .

"Hachum!" Hidungnya ditenyeh - tenyeh untuk menghilangkan rasa perit .

Kepalanya kian ligat berpusing . "Qisha!" Qisha lantas berpaling ke arah suara si pemanggil .

"Eh Maya , Lana puas aku cari korang tadi . Korang pergi mana ?" Soal Qisha ceria menyembunyikan sakitnya itu .Tiba - tiba Lana dan Maya tersengeh .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now