BONET kereta lantas ditutup apabila semua barang - barang keperluan untuk memancing sudah pun diletakkan di dalam bonet . Qisha sudah tidak sabar untuk memancing .
Seumur hidupnya tidak pernah walau sekali pun pengalamannya memancing dan ini buat kali pertama .
Pandangannya dialihkan pada Syukri yang sibuk mengunci pintu rumah . Qisha menghentakkan kakinya .
"Lambat betullah dia ni aku tak sabar tahu tak nak memancing ni" Rungut Qisha sambil mengemaskan tudungnya yang melorot ke hadapan .
"Eii Syukri ! Cepatlah aku tak sabar ni ! Kau ni lambatlah!" Gesa Qisha sambil memeluk tubuh .
Wajahnya sedikit merah kerana cuaca yang agak panas . Syukri berdecit .
"Minah ni tak sabar betul . Macam budak - budak merengek saja" Omel Syukri sambil menyarungkan sandal di kaki .
Kunci rumah disimpan dan kunci kereta dikeluarkan . Dikerling Qisha yang berdiri di sebelah kereta sambil memuncung panjang .
"Apa pandang - pandang ? Dahlah lambat!" Rungut Qisha lagi .
Syukri menjeling malas lalu mengejek kembali rungutan Qisha . Pintu kereta dibuka dengan menggunakan kunci kereta lalu Syukri keluar semula dan memandang ke arah Qisha yang masih tercegat diluar.
"Kau nak masuk ke kau nak kena tinggal ?" Soal Syukri bersahaja .
Qisha masih lagi memuncung . Kening Syukri terangkat sebelah .
"Kau nak kena tinggal ke ?" Soalnya lagi .Qisha menghentak kakinya geram . Syukri mengeluh .
"Aku tinggallah"
"Eii yelah yelah !" Akhirnya Qisha akur lalu masuk ke dalam kereta dan menghempas pintu kereta dengan kuat .
Terhinjut bahu Syukri diluar .
"Woi ! Kau rosak pintu kereta aku tu ! Kurang asam kau senget!"
"Diamlah!" Syukri menyengetkan mulutnya .
Dia masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju .
"YEAY!!! seronoknya dapat memancing ! Cepatlah Syukri sediakan barang - barang . Mana pancing ? Cepatlah ! Cepatlah!" Gesa Qisha bersama sengihan lebar di bibirnya .
Syukri menggeleng lalu menarik tudung Qisha ke belakang .
"Jangan jadi budak - budak boleh tak ? Kau tu dah besar buat cara dah besar . Aku tak nak keluarkan pancing baru tahu" Qisha mengetap gigi menahan geram .
Tudungnya ditarik semula ke hadapan . Tak ada benda lain ke hah nak ditarik hish!
"Aku excited lah sebab tu macam budak - budak . Kau ni nak happy sikit pun tak boleh" Ujar Qisha sambil menunduk ke bawah .
Syukri hanya melihat lalu menggeleng . Bekas yang berwarna biru tua di dalamnya terdapat pelbagai umpan di ambil lalu dihulurkan pada Qisha . Dua batang pancing diambil juga disuakan pada Qisha .
"Nah bawa barang - barang ni , pergi cari tempat kosong" Serta merta wajah Qisha dihiasi senyuman semula .
Lantas sahaja barang - barang tersebut diambil dan bergerak ke kawasan yang lengang . Apabila sudah pasti , Qisha terus meletakkan dua batang pancing berserta bekas umpan di satu tempat .
Disebelahnya terdapat satu pasangan juga sedang memancing . Syukri lantas sahaja bergerak di tempat itu dan meletakkan beberapa lagi barang .
"Pandai pun cari tempat . Ingat tak pandai tadi"Qisha hanya menjeling .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...