KKAS / 21

711 28 0
                                    

PENYEDUT minuman dipintalnya berkali - kali sambil memikirkan persoalan demi persoalan yang bermain dimindanya .

"Eh , korang tak rasa pelik ke ?" Soal Alif menghentikan perbualan tiga lagi sahabatnya . Farish mula membuat muka bosan .

"Mulalah tu . Ha apa lagi benda merepek yang kau fikirkan ? Kalau pasal Qisha , baik kau lupakan sahaja" Ujarnya sambil menyilangkan kedua tangannya ditubuh .

Maya dan Lana juga bersetuju dengan kata - kata Farish . Alif menjeling.

"Tak adalah kalau Qisha dengan Syukri tu sekadar adik beradik tiri , takkan sampai bawa tempat yang entah berapa kilometer jauhnya siap sambut hari lahir bagai . Kalau sekadar adik beradik tiri , takkan sampai macam itu betul tak ?" Bersemangat Alif mengutarakan pendapatnya .

Lantas tiga - tiga sahabatnya menepuk dahi .

"Lain orang lain caranya Alif . Yang engkau susah hati sangat pasal Qisha kenapa ? Ha entah - entah kau suka dia eh ?" Duga Lana sambil mengangkat keningnya berkali - kali .

Geram dengan kata - kata Lana , lantas sahaja kepala Lana diluku.

Ktak!

"Adoi ! Sakitlah ! Apa masalah kau ni ha ? Main luku kepala orang eish!" Rengusnya sambil mengusap kepalanya .

Alif sudah tersenyum puas . Rasakan !

Suasana di restoran ketika itu semakin lama semakin bising apabila para pelanggan mula berpusu - pusu untuk makan tengah hari .

"Hey , sudahlah . Korang berdua ni tak ubah macam budak - budak . Cubalah tunjuk sikit perangai matang ini tidak , tak habis - habis bergaduh"

"At least aku tak membebel serupa makcik , macam engkaulah tu Maya" Tukas Lana bersama senyuman sinis .

Maya sudah menjeling . Ada sahaja jawapan untuk mengelat kalau macam ini , sampai bila tak habis . Hah biarlah dia menang.

"Fine Lana , suit yourself . Kalau aku cakap lebih lagi , kau balas balik" Balas Maya balik bersama nada mendatar .

Air jus oren dihadapannya disedut lagi.  Cuaca sekarang ialah kemarau , memang sesuai dengan air yang sejuk dan dingin .

"Korang ni tak bosan ke bergaduh ? Bingitlah telinga aku ! Hah apa kata kita buka topik yang menarik ?" Cadang Farish bersama sengihan di bibir .

Masing - masing terangkat kening mendengar cadangan daripada Farish itu .

"Topik apa ?" Soal mereka bertiga secara serentak .

"Haa , topiknya adalah korang harus , wajib , sunat , makruh dan segala hukum islam lagi , bagi tahu ciri - ciri perempuan atau lelaki idaman korang" Masing - masing ternganga mendengar keterangan Farish itu. 

Farish pula sudah berpeluk tubuh setelah menyedut air tembikai susu di hadapannya .

Nak atau tidak , mereka akur jua memandangkan mereka bosan dikala itu. 

"Fine ! Who start it first ?"

"Ladies first!" Suara Alif sedikit kuat mengamit pandangan pelanggan yang lain .

Lana lantas menghempuk kepala Alif dengan novel ditangannya sedikit kuat namun cukup membuat Alif meringis kesakitan .

"Argh ! Sakitlah toyol!" Teriak Alif sambil bangkit dari kerusi .

Kini semua tertumpu ke arah kumpulan mereka . Bagai tersedar dalam mimpi , Alif lantas tersenyum kambing .Terus sahaja dia berdehem sebelum melayangkan senyuman manis ke arah semua pelanggan disitu . Pekerja - pekerja mamak disitu turut memandang ke arah Alif dan yang lain .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now