"JADI , saya nak kamu semua hantar kerja saya pada hari isnin minggu hadapan . Buat masa ini , itu saja kamu semua boleh bersurai" Usai saja menamatkan kelas pada pagi itu , masing - masing mula bersurai untuk berehat sebelum masuk ke kelas yang seterusnya .
"Em Tasneem , awak seorang je ke ?" Soal Emier Aidan sambil menongkat dagu melihat Qisha yang mengemas beberapa buah buku dimasukkan ke dalam beg .
Qisha terhenti seketika lalu kening sebelahnya diangkat menyerlahkan wajah comelnya .
'Jangan buat muka macam tu woi' Desis hati kecil Emier Aidan tatkala Qisha mengangkat keningnya .
"Ada , dengan kawan - kawan saya kenapa ? Nak join ?" Balas Qisha .
Setelah kesemua barang kepunyaannya dimasukkan ke dalam beg , lantas beg itu disandang ke bahu .
"Tak adalah ingat awak sorang baru nak ajak makan sama - sama . Kalau macam tu ada masa kita jumpa lagi lah . Saya pergi dulu" Qisha mengangguk kecil lalu memberi ruang pada Emier Aidan untuk dia keluar daripada kelas tersebut .
Kini pandangan mata Qisha beralih pula ke arah rakan - rakannya yang kian rancak berborak . Perlahan lahan Qisha melangkah ke arah mereka berempat . Sempat idea nakalnya timbul pada saat itu .
Setapak , dua tapak dan ......
"bah !!!!"
"Mak aku jantung terkeluar !" Riuh kelas itu dengan ketawa rakan - rakan Qisha tatkala salah seorang dari mereka termelatah akibat jerkahan Qisha sebentar tadi .
Qisha menekan perutnya menghilangkan senak .
"Qisha ! Kau ni kan suka sangat jerkah orang . Kang mati aku kena serangan jantung tak ke susah . Siapa yang nak bertanggungjawab hah ?" Marah Farish iaitu salah seorang kawan yang paling awal rapat dengan Qisha .
Qisha masih lagi tersengih .
"Tenang bro , tak mati pun aku tengok . Kalau kau mati , mesti dah keras kejung terbaring dekat sini hah" Balas Qisha sarkastik .
Yang lain hanya sambung ketawa . Farish yang malas mahu melayan hanya menjeling .
"Korang ! Jadikan nak hang out sama - sama ?" Soal Maya tatkala dia teringat akan hal itu .
Matanya bersinar sinar mengharapkan mereka semua dapat hadir buat ke sekian kalinya .
"Aku okay je !"
" Aku on"
"Aku pun "
"Tapi aku tak" Semua rakan rakannya memandang Qisha dengan hairan .
"Pula , kenapa tak pergi ?" Soal Lana pula .
Qisha hanya melepaskan keluhan berat .
"I'm wanna to go but , I have a problem that I have to solve it as soon as posible . So that , I can hang out with you guys after this!" Terang Qisha .
Mereka semua mengangguk faham . "Nah it's okay . We're understand but ! this is the first and the last you are except" Amaran daripada Alif sedikit sebanyak membuatkan Qisha ingin ketawa .
"Jangan risau bro . Aku takkan terlepas lagi waktu lepak kita lagi . Dah lah jom kita ke kafeteria aku dah lapar gila ni" Mereka seakan tersedar betapa lamanya mereka lepak disitu , segera bangkit dan menuju ke luar kelas .
Sedang seronok mereka berborak , Seseorang kini sedang bersandar di tepi dinding bersama pandangan tajam dituju kepada Qisha .
"Qisha !" Mendatar tapi tajam panggilannya membuatkan semua terhenti melangkah .
Dengan cepat Qisha menoleh ke arah yang memanggil namanya .
"Zahir ? What are you doing here ?" Soal Qisha dengan nada menyampah .
Zahir segera menegakkan dirinya dan mendekati Qisha .
"I'm waiting for you . I have been here almost 30 minute . What are you doing inside there ?" Qisha kini memandang pelik ke arah Zahir .
"Sebab apa kau harus , wajib tunggu aku dekat sini ? Aku tak suruh pun kau tunggu aku" Zahir mengerutkan dahinya sambil berpeluk tubuh .
"Are you forgot what happened this morning ?" Qisha segera mengingati semula apa yang telah berlaku pagi tadi .
Sejujurnya dia tidak suka mengingati perkara yang baginya remeh - temeh . Zahir mengeluh berat . Farish yang tahan kerana perutnya tersangat lapar , terus dia maju setapak ke hadapan .
"Bro what's up ? Any problem with her ? Why don't you guys settle it at the cafeteria ? We're waiting for Qisha" Terangkat kening Zahir tatkala Farish datang menyampuk .
Zahir seakan tidak sedar yang rakan - rakan Qisha masih setia menunggu .
"Hah ! Aku dah ingat!" Jeritan Qisha mengundang rasa terkejut pada mereka .
Zahir menepuk dahi .
'Inilah padahnya makan semut banyak sangat' Kutuk Zahir di dalam hati .
Kini wajah Qisha berubah monyok .
"Boleh tak kau tak payah ikut aku ? Aku ada kawan - kawan aku ni diorang boleh jaga aku . Aku janji habis saja kelas aku , kau ikutlah sampai bila pun kau nak ikut tapi bukan masa ni . Masa ni aku nak lepak dengan diorang" Pinta Qisha dengan wajah simpati .
Zahir masih lagi dengan wajah seriusnya .
"Please ? Please , please , please , please!" Zahir mengeluh dan akhirnya mengalah dengan rayuan , rengekkan dan muka yang comel milik Qisha dipamerkan tanpa sengaja .
Zahir menilik jam tangannya sebelum bersuara . "Fine ! Sekarang pukul 2 . Dua jam korang rehat , jaga Qisha betul betul . Habis saja kelas kau terus masuk dalam kereta aku faham ? Jangan melencong ke mana mana . Aku sampai dekat kereta aku , kau tak ada nahas kau . Nah kunci kereta aku" Serentak dengan itu , gugusan kunci dicampak ke arah Qisha .
Nasib saja Qisha dapat menyambutnya dengan sebelah tangan . Tanpa bersuara Zahir berlalu dari situ . Semua diam tidak berkutik sehinggalah Maya bersuara .
"Uit ! Siapa tu ? Handsome wei dia !! Untungnya kau dia jaga kau sampai macam tu sekali . Entah entah boyfriend eh ?" Dengan pantas Qisha memukul lengan Maya dengan kuat .
"Mulut kau jaga sikit . Boyfriend jadahnya kalau kongkong aku macam tu . Tak layak jadi suami macam tu" Farish dan Alif mencebik mendengar rungutan Qisha .
"Eleh kau dekat mulut memang merungut dalam hati , ada taman~" Selamba Alif berkata begitu lalu beredar sambil bersiul .
Qisha mengetap giginya . Alif , orang yang memang tidak suka melihat Qisha tenang walau seminit pun . Lana dan Maya hanya tergelak melihat muncung Qisha yang memanjang kedepan .
"Dah lah macam budak - budak . Jom kita pergi makan aku lapar ni" Ujar Farish dibalas anggukan daripada mereka semua .
Dan dengan serentak langkah kaki mereka , mereka mula menghayunkan ke arah kafeteria .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...