CAHAYA mentari yang begitu terik terus memancar tanpa sebarang halangan . Zahir yang masih lagi berdiri di bawah cahaya yang terik , menahan geram apabila sesampai saja dia di tempat letak kereta Qisha tidak kelihatan lagi .
"Aku dah kata habis kelas terus masuk kereta . Sekarang ni mana dia ? Dah lah kunci kereta dekat dia yang aku bodoh sangat pergi bagi kunci kereta aku dekat dia dah kenapa aduh .." Keluhnya buat yang ketiga .
Renik - renik di dahi kian ligat menonjolkan dirinya . Dia bergerak di bawah pokok yang berdekatan untuk berteduh sementara menunggu Qisha datang . Beberapa minit dia berteduh , dari jauh Zahir melihat Qisha berlari anak ke arahnya .
Zahir mula memasang muka masam lalu berjalan ke arah Qisha yang sudah tercungap cungap disebelah kereta miliknya .
"So.....sorry I'm late . I....I have a problem just now . I'm sorry" Ucap Qisha sambil tercungap cungap mengambil rentak penafasan yang normal .
Zahir masih lagi menayangkan wajah masam sambil menghulurkan tangannya .
"A clishe reason . Bagi aku kunci cepat kita gerak , cepat kita balik" Qisha mula memuncung .
"Klise apa benda . Kawan aku pengsan sebab demam panas tu alasan klise ke ?" Bentak Qisha apabila kebenarannya tidak dipercayai . Fuh ayat .
Zahir terus mengangkat kedua keningnya . "Aku tak kesah dan tak akan kesah . Sekarang kau pergi masuk kereta sebelum aku tinggalkan kau" Bahu Qisha ditolaknya sedikit kasar untuk memberikan dia ruang membuka pintu kereta belah pemandu .
Qisha mengigit hujung bibirnya . "Kau nak tinggalkan aku ? Go ahead ! I can go home with a public transpots huh!" Qisha yang ingin mengangkat kaki , lantas terhenti tatkala Zahir menahannya .
"Baiklah tuan puteri . Silakan naik kenderaan patik sebab cepat kita balik , patik boleh rehat awal . Boleh tuan puteri cepat sikit ?" Lancar saja ayat itu dikeluarkan walaupun kedengaran mendatar namun terselit nada ejekkan .
Qisha menggulingkan matanya .
"Tahu takut" Gumamnya sebelum berjalan ke arah sebelah pemandu .
"Aku bukan takut tapi aku malas nak layan drama kau tu . Aku penat nak balik cepat faham ?" Usai berkata , Zahir terus masuk ke dalam perut kereta meninggalkan Qisha diluar yang menahan geram .
"Tunggu apa lagi ! Cepatlah naik!" Jerkahan Zahir serta merta membuatkan Qisha terkejut dan laju saja dia masuk ke dalam kereta .
"ASSALAMUALAI...." Salam Qisha terhenti disitu tatkala seluruh ahli keluarganya sudah berkumpul di ruang tamu .
Qisha terus mengerutkan dahinya mengapa semuanya berkumpul dan memandangnya dengan wajah serius .
"Qisha mari duduk sini sekejap . Rehatkan badan dulu sebelum Qisha cerita perkara yang sebenarnya" Jemput Ummi apabila melihat anak daranya itu masih lagi tercegat di depan pintu rumah .
Qisha bagaikan tersedar , terus berjalan ke ruang tamu .
"Ceritakan perkara sebenar ? Cerita apa ?" Soal Qisha hairan sambil melabuhkan punggung disebelah Syukri .
Syukri pula menggeleng melihat sikap Qisha yang sememangnya pelupa kalah Umminya sendiri .
"Hey nenek tua , takkan benda ni pun kau tak ingat umur belum masuk 80 tahun dah nyanyok" Selamba saja Syukri berkata sambil menunjal sikit kepala Qisha.
Qisha terus memandang tajam ke arah Syukri .
"Suka hati kau je tolak kepala aku kau ingat kepala aku ni bola ke hah ? Sedap hati kau je panggil aku nenek tua . Dah aku ni memang pelupa nak buat macam mana" Marah Qisha lalu dipusingkan kembali tubuhnya ke hadapan .
Air teh yang berada di dalam cawan disisip perlahan sebelum diletakkan kembali di atas meja .
"Eii kau ni menjawab je kerja" Balas Syukri .Ummi dan Encik Razidh menggeleng melihat mereka berdua manakala Qisha menjelingnya tajam .
"Dah jangan nak bergaduh . Macam anjing dengan kucing tak boleh bersua langsung . Papa nak dengar cerita daripada Qisha macam mana sampai Syukri cedera itu saja . Yelah tiba - tiba Syukri masuk hospital mahu tak terkejut" Jelas Encik Razidh sambil memandang ke arah Qisha .
Qisha mengeluh sebentar sebelum bergerak sedikit untuk membetulkan kedudukannya .
"Okay macam ni , hari itu Qisha tergesa gesa nak pergi kelas kebetulan pula kelas Qisha ada dekat blok yang kedua dan antara blok pertama dan kedua ada lorong . Lorong situ jelah yang paling dekat untuk pergi ke kelas . Dalam perjalanan nak pergi ke kelas , Qisha perasan ada orang ikut Qisha dari belakang . Cepat - cepat Qisha telefon Syukri datang dekat lorong tu . Belum sempat Qisha nak lari orang tu dah tarik Qisha masuk lagi salah satu selekoh yang ada dekat lorong tu . Tu jelah" Terangguk angguk mereka mendengar cerita daripada Qisha .
"Astaghfirullah Qisha . Benda macam ni memang kena buat laporan polis . Kenapa tak bagi tahu kami tentang ni ? Penjahat tu ada bawa senjata tak ?" Celah Ummi pula .
Qisha mengganguk perlahan . "Senjata apa ?" Soal Encik Razidh ingin tahu .
"Pisau.." Ringkas saja Syukri menjawab bagi pihak Qisha .
Mengucap kedua orang tua itu . "Dia tu yang tikam kamu Syukri ?" Syukri hanya mengangguk .
"Kenapa tak bagi tahu ya allah . Bahaya tahu tak ini melibatkan nyawa kamu berdua . Nasib saja kamu tak apa apa cedera ringan saja . Kalau cedera parah ? Lain kali benda - benda macam ni jangan disorokkan faham ?" Qisha dan Syukri masing - masing mengangguk akur .
Encik Razidh dan Ummi hanya menggeleng .
"Dah Qisha , Syukri waktu asar dah nak habis baik pergi solat dulu . Usai solat turun bawah makan malam" Arah Encik Razidh setelah keadaan menjadi sunyi .
Qisha menggalas kembali begnya di bahu dan bangkit bersama Syukri untuk naik ke tingkat atas . Syukri mengerling sedikit Qisha disebelahnya yang menunduk ke bawah sambil menaiki tangga .
"Qisha ini semua sebab kau lah aku juga kena bebel tau" Terhenti langkah Qisha tatkala Syukri bersuara .
"Hey kalau aku tahu benda ni terjadi , tak nak lah aku lalu dekat situ dan aku tak nak dijaga oleh bodyguard upahan kau tu ! Rimas tahu tak !" Balasnya geram .
Syukri tersenyum sinis .
"Walaupun kau tak tahu , takkan kau tak boleh fikir tempat macam tu di lalu bahaya . Kau harap je umur 20 tahun tapi otak tak matang . Sebab tulah semuanya salah kau dan aku akan tetap upah diri aku sendiri untuk jaga kau memandangkan aku dah sihat . Titik!" Usai berkata laju saja kaki Syukri melangkah ke arah biliknya .
Qisha menggenggam penumbuknya . "Annoying..." Hanya itu yang dapat dibalas walaupun perlahan .
Sia - sia dia membalas tetapi Syukri tetap jua dengan keputusan yang telah dibuat . Qisha teruskan melangkah dan masuk ke dalam bilik .
YOU ARE READING
Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)
RomanceHubungan adik beradik tiri memang menyusahkan dan ada saja benda yang boleh dibuat gaduh seperti Qisha Tasneem dan Asyraf Syukri Perkahwinan yang berlangsung antara ayah Syukri dan ibu Qisha menghasilkan peperangan antara mereka berdua. "Ei kau , ta...