KKAS / 29

599 26 0
                                    

"QISHA"

"Apa"

"Merajuk lagi ke?"

"Diamlah kau"

"Sorry lah"

"Tak nak layan . Pergi sana shuh" Lantas Qisha mengambil bantal kecil di sofa lalu memeluknya .

Tersengih Syukri melihat rajuk Qisha . Dengan bibir memuncung , muka ketat melengkapkan pakej yang dinamakan comel .

Bermula daripada kening yang kemas tersusun , turun ke pangkal hidung yang separa mancung dan kemerah - merahan menampakkan wajahnya sentiasa segar .

Beralih dikedua pipinya yang juga kemerah - merahan . Pipi itu akan menjadi tomato sekiranya Qisha malu namun belum pernah rasanya Qisha malu dihadapannya .

Bibir yang berwarna merah delima dan kecil menyempurnakan lagi wajah comel milik Qisha . Bibir itu yang sentiasa ketawa , senyum , memuncung membuatkan Syukri tidak berhenti dari menyayangi Qisha .

Pap!

"Tenunglah lagi muka aku ni! Aku tengah marah lagi tersengih - sengih tenung muka aku" Marah Qisha setelah membalingkan bantal ke muka Syukri .

Wajahnya agak merah apabila dia sedar yang Syukri agak lama tenung muka miliknya . Baru sebentar tadi mengatakan Qisha tidak pernah malu dihadapan Syukri sekarang termakbul sudah .

"Yelah - yelah . Okay sekarang ni pameran galeri itu mula pukul berapa ? Sempat ke pergi situ?" Balas Syukri sambil mengusap pipinya yang terasa sakit sedikit akibat dibaling bantal oleh Qisha .

Lantas Qisha menoleh memandang Syukri dengan pandangan tidak percaya . Sebelah kening diangkat menandakan dia masih ragu - ragu dengan pertanyaan Syukri . Berkerut dahi Syukri melihatnya .

"Kau dah kenapa pandang macam tu ? Apa kau tak nak pergi ke aku okay je kau yang beriya nak-"

"Okay - okay kita pergi . Sekarang sebenarnya dah mula tapi masih sempat kalau kita pergi sekarang betul kau nak hantar ni ?" Soal Qisha bersama sengihan yang melebar .

Syukri berdecit perlahan . Sukalah tu bila orang nak pergi kalau tak muncung dia tu sampai orang boleh sidai kain lagi .

"Iya Qisha Tasneem . Baik kau pergi siap sekarang sebelum aku tukar fikiran" Qisha mula tersengih makin lebar lalu meloncat gembira .

"Sekejap aku tukar baju . Jangan tukar fikiran tau aku siap sekejap je" Syukri mencemik .

Sekejap ? Sekejap dia tu sampai orang tidur berdengkur bangun balik pun tak siap lagi .

"Yelah banyaklah kau punya sekejap . Eh ni nak cakap tadi tu bukan aku tenung muka kau tapi aku tengok luar sambil mengelamun . Perasan sampai muka merah" Ujar Syukri menafikan kenyataan .

Wajah Qisha kini membahang semula . Malu dirinya dikata perasan ditenung oleh Syukri . Ingat nak sangat ke dia tenung ?

"Ma...Mana ada aku perasan . Betullah kau tenung muka aku kan?" Ujar Qisha cuba menutup malu .

"Ei jangan perasan . Ha tu muka merah apasal ? Malulah kan ? Muka macam kau ni buat apa aku nak tenung baik aku tenung kucing jiran sebelah lagi bagus" Ujar Syukri lalu terus mendaki anak tangga bersama sengihan nakal .

Qisha dibawah sudah membahang sehingga menggelegak darahnya . Kenapa lelaki itu sangat menjengkelkan ? Ya allah tabahlah wahai hati. 

"Eiiiiiiii! Kurang asam!" Jerit Qisha disambut ketawa Syukri dari atas .

JAM tangan ditilik Qisha lagi sebelum dia mengeluh . Pada asalnya dialah yang beriya mengajak Syukri ke pameran tersebut tapi sekarang semuanya terbalik .

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now