Yakin kau seorang yang berani?
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...
Anda sudah bersedia untuk menjelajah kisah seram di creepypastaini? Jika ya, sila bersiap sedia untuk merinding! Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan lampu suluh jika anda berada dalam gelap, kerana pasti ada yang memerhati.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Baiklah, sebelum memulakan pembacaan, sukacita, kami, pihak Black Parade Squad ingin menceritakan serba sedikit tentang asal-usul creepypasta yang kini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi pendengaran kita saban hari. Creepypasta sebenarnya adalah nama untuk cerita seram di internet yang telah tular di forum, media sosial, blog dan beberapa laman web untuk menakutkan pembaca, selain itu, pembaca juga dapat mengetahui serba-sedikit tentang sisi gelap dunia. Creepypasta juga ditujukan khas untuk peminat yang menyukai elemen seram. Dan ya, hanya ada beberapa orang sahaja yang berasa selesa untuk membaca cerita-cerita creepypasta, termasuk kami.
Untuk pengetahuan para pembaca, creepypasta berasal daripada sebuah istilah slang komputer atau internet 'copy' dan 'paste'. Di mana, teks yang boleh disalin akan ditampal dari satu laman web ke laman web lain. Tidak dilupakan juga, menurut beberapa sumber, creepypasta sering dikaitkan dengan gabungan perkataan 'creepy' yang memberi maksud menyeramkan dan 'pasta' yang bermaksud cerita.
Creepypasta juga boleh diketegorikan sebagai 'yang pelbagai', kerana boleh berlaku creepypasta menjadi sebuah cerita pendek atau panjang (mengikut penyampaian cerita). Terdapat beberapa creepypasta turut berkait rapat dengan creepypasta yang lain dan juga beberapa creepypasta yang terkenal. Kisah-kisah seram yang dipaparkan juga, berkemungkinan diambil berdasarkan daripada kisah legenda, fakta seram atau cerita sebenar. Creepypasta turut terkenal dengan pelbagai style penceritaan, seperti, urban legend, riddle, psychology dan sebagainya.
Apa yang menarik tentangcreepypasta ialah, walaupun jalan ceritanya amat ringkas dan pendek namun, mampu memberi impak seram kepada pembacanya ditambah pula dengan kandungan teks dalam imej, imej seram, audio dan video berkaitan dengan adegan berdarah, terdistorsi atau kandungan yang mengejutkan dan tragis yang boleh menegakkan bulu roma pembaca ketika membaca creepypasta.
Creepypasta tidak perlu dikarang panjang. Dengan cara begini, pastinya para pembaca tidak akan berasa bosan mahupun jemu dengan jalan penceritaan yang dikarang oleh penulis. Perlu ditekankan juga bahawa, kebanyakkan kisah yang dimasukkan ke dalam creepypasta tidak disertakan nama penulisnya. KENAPA? Lebih baik kita biarkan ianya diselubungi MISTERI.
Nah, sekarang kita sudah tahu sedikit sebanyak tentang creepypasta yang kini tular menjadi kegemaran pembaca. Namun, apabila dilihat dari penjelasan di atas. Mungkin sesetengah orang akan menganggap bahawa creepypasta adalah bahan bacaan yang membosankan. It's wrong!
Creepypasta adalah bahan bacaan yang boleh melatih ketelitian pembaca kerana dalam satu cerita, kebiasaannya akan ada satu kalimat atau kata yang menjadi turningpoint keanehan cerita tersebut. Terdapat juga creepypasta yang tergantung tidak bertali, sehingga memberi pembaca masa yang sukar untuk menarik tali, menyambung semula teka-teki yang sentiasa memeningkan. Namun, kami tahu, para pembaca kami adalah dari golongan yang bijak bestari. Ayuh, kita selesaikan misteri bersama! Haha.
Setakat ini, tidakkah creepypasta dapat memenuhi kehendak dan keperluan anda? Seram, misteri dan bermacam lagi genre yang bakal anda terokai. Masih terasa bosan? Tidak! Anda tidak boleh merasa bosan kerana hanya ada satu perasaan yang mula menebal dalam diri anda secara perlahan-lahan ketika anda membaca sebuah cerita dari creepypasta iaitu perasaan TAKUT.
Oh! Sebelum terlupa, sebarang persamaan cerita yang terdapat dalam buku ini bukan dicuri ya, tetapi sebaliknya dikutip dari laman web atau blog. Copycat bukanlah sifat kami! Diharapkan isu berkaitan copyright ini tidak dibangkitkan kerana seperti yang pembaca sudah jelas maklum, creepypasta merupakan sebuah cerita misteri, begitu juga penulisnya.
Setiap cerita yang dikongsi adalah hak penulis itu sendiri. Pihak kami hanya membantu menyebarkan cerita, meskipun begitu, terdapat juga cerita yang dikongsikan adalah dari pengalaman kami dan juga pengalaman orang lain. Sebarang credit akan diberikan kepada penulis pada akhir entri (tertakluk mana-mana teks yang dikongsi atau diceritakan oleh umum, tidak termasuk teks yang dicopy di laman web/blog mahupun media sosial).
Selamat menjamu mata dan mencelik minda. Membacalah dengan tenang biarpun diganggu. Don't forget to close your windows before you read this creepypasta and be aware of everything around you...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.