Jelmaan makcik karipap telah menjadi urban legend bagi masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi makcik karipap adalah hantu yang cukup terkenal di kalangan pelajar-pelajar sekolah berasrama dan juga di kolej matrikulasi. Sebut saja tentang hantu karipap atau mak cik karipap ni macam-macam versi cerita yang boleh kita dengar. Namanya mungkin kedengaran lucu namun rupa-rupanya kisah makcik karipap ini sudah agak lama heboh diperkatakan, bermula daripada lewat tahun 90-an lagi.
Cerita seram makcik karipap ni cukup popular dekat kolej penginapan pelajar lelaki. Ceritanya lebih kurang macam ni;
👻
Selepas pendaftaran masuk pelajar-pelajar baru, mesti akan ada program orientasi pelajar baru selama beberapa hari. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar junior dan pelajar senior.
Nak jadikan cerita, ada satu malam ini pelajar senior nak kenakan seorang pelajar junior semasa minggu orientasi itu berlangsung. Si senior itu menyuruh si junior membeli karipap dekat tingkat tiga, Blok D. Senior ini cakap pada junior itu yang kat Blok D ada orang jual karipap sedap. Padahal, Blok D tu tak pernah wujud pun. Saja je geng senior nak uji pelajar junior ni.
Selepas pelajar junior yang tidak tahu apa-apa itu pergi ke Blok D yang kononnya ada orang menjual karipap itu, apa lagi gelak sakanlah si senior ni. Tidak lama kemudian, dalam beberapa minit macam tu pelajar junior itu kembali semula ke bilik senior itu dengan beberapa biji karipap yang disuruh beli dekat tingkat tiga, Blok D yang tidak wujud tadi itu.
Senior semua pelik dan dah mula rasa lain macam. Jadi selepas itu, mereka tanyalah kat si junior itu mana dia dapat karipap itu? Junior itu cakap, “Saya beli kat tingkat tiga, Blok D yang abang-abang bagitau tadi la dengan seorang makcik.”
Pelajar senior tersebut bertambah cuak apabila makcik karipap itu siap bagi pesanan kat pelajar junior tersebut. “Cakap dengan senior awak, jangan buli pelajar junior tau.”
Muka pelajar-pelajar senior masing-masing dah berubah menjadi pucat. Kalau ditoreh pun tak berdarah tu. Mereka semua rasa terkejut sampai menggigil satu badan. Persoalannya di sini, kalau Blok D itu tidak pernah wujud, macam mana pelajar junior itu boleh sampai ke situ?
35 ; LAGENDA MAKCIK KARIPAP
"Thanks for reading. Do vote and comment."
YOU ARE READING
CREEPYPASTA | MALAY
HorreurYakin kau seorang yang berani? Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...