11 ; SHORT SENTENCES STORIES PT.1

281 18 0
                                        

1) Sepanjang hidupku, mak ayah selalu pesan, jangan buka pintu bilik bawah tanah. Tapi disebabkan rasa tertanya-tanya yang semakin membuak di dada, aku mengabaikan nasihat itu.

Benda bulat apa yang bersinar tu? Kenapa mata aku jadi pedih?

👻

2) Mereka berkata, kamu akan mati buat kali pertama apabila kamu berhenti bernafas dan mati buat kali kedua apabila seseorang menyebut nama kamu buat kali terakhir.

Setelah bertahun-tahun aku duduk bersendirian di dalam apartmen usang ini, aku sedar yang ia tidak semestinya berlaku dalam aturan yang sama.

👻

3) Selepas kawan baiknya, Julia membunuh diri, anak kami, Sara memulakan dana bagi menghormati pemergian Julia dan mencegah gejala buli siber.

Lama jugaklah masa yang kami perlukan untuk tolak Julia daripada tebing bangunan, aku dan suamiku sangat gembira apabila Sara dapat tambah aktiviti kebajikan ini dalam permohonan kolejnya kelak.

👻

4) Untuk hajatku yang terakhir, aku berhajat supaya ayahku dihidupkan semula.

Aku berdiri di atas kuburnya sambil tersenyum, membayangkan di terjerit-jerit sambil mencakar kerandanya seperti dua kali sebelum ini, selepas aku berhajat supaya dia dihidupkan semula.

👻

5) Sudah hampir sedekad sejak kali terakhir aku melihat wajah ibuku.

Dan ibu sentiasa mengingatkan aku setiap hari jika aku nakal lagi, ibu akan ambil pendengaran aku pula.

Dan ibu sentiasa mengingatkan aku setiap hari jika aku nakal lagi, ibu akan ambil pendengaran aku pula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

11 ; SHORT SENTENCES STORIES PT.1

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang