Baba Yaga adalah cerita rakyat yang sangat popular di Eropah Timur, dan terdapat beberapa nama yang berbeza untuknya. Dia dipanggil Jezibaba di Slovakia dan Republik Czech. Penduduk Ukrainia pula menggelarnya dengan panggilan Baba Jaha, sementara di Slovenia dia menggunakan nama Yaga Baba.
Baba Yaga tidak sama seperti ahli sihir biasa. Dia tidak memakai topi dan tidak pernah dilihat menunggang batang penyapu. Malah, dia bergerak dengan cara bertengger pada lesung dan menolak dirinya dengan menggunakan alu. Setiap kali kemunculannya, angin akan mula bertiup dengan kencang sehingga, menggerakkan pepohon, menghasilkan bunyian dan membuatkan dedaunan berguguran terbang, berlegar diudara. Sekelompok roh tak tenteram yang diseksa dikatakan mengikutinya, melolong, meraung dan menjerit kesakitan.
Namun begitu, disebalik semua kelecohan ini, tidak ada sama sekali jejak yang ditinggalkan oleh Baba Yaga. Ini kerana ada yang mengatakan bahawa penyapu peraknya akan menyapu bersih semua kesan yang dia tinggalkan. Ada juga teori yang mengatakan bahawa Baba Yaga sebenarnya adalah tiga saudara ahli sihir perempuan dengan nama yang sama yang bertujuan untuk mengelirukan pengunjung.
Baba Yaga adalah penyihir tua dengan keadaan yang sangat kerepot dan mempunyai gigi besi, menggantikan gigi aslinya yang mungkin sudah mereput. Belakang tubuhnya bengkok sehinggakan kepalanya boleh menyentuh tanah. Hidungnya sangat panjang sehingga mampu menyentuh siling rumahnya ketika dia sedang tidur di atas ketuhar bata kuno yang digunakannya untuk memasak makanannya; termasuklah pengunjung malang yang berjaya ditangkap, terutama sekali kanak-kanak nakal.
Ahli sihir ini tinggal di sebuah pondok yang terletak jauh di dalam hutan. Pondok tersebut mempunyai kaki besar yang berbentuk seperti kaki ayam bagi membolehkan ia berdiri dan bergerak sesuka hati. Tingkap pondoknya adalah mata agar ia boleh melihat keadaan sekeliling. Tulang belulang mangsa yang dikumpulkannya dijadikan pagar, menyandung sesiapa sahaja yang bernasib malang.
Pondok ini berputar dengan kepantasan yang maksima namun agak tidak stabil sewaktu ianya berdiri, atau pada ketika ia tidak bergerak, membelakangi pengembara yang datang mengunjungi hutan di tempat keberadannya. Pondok ini hanya dapat direndahkan dan dipusingkan menghadap pengunjung dan membenarkan mereka masuk ke dalam pondok sekiranya sebuah mantera yang tepat dibacakan: "Hut, Hut, turn your back to the forest and your front on me (pondok, pondok, pusingkan belakangmu kepada hutan dan menghadaplah kepadaku)."
Baba Yaga tidak pernah digambarkan sepenuhnya sebagai satu watak yang jahat ataupun baik memandangkan penyihir ini mempunyai kecenderungan untuk bertindak bergantung kepada pelawatanya, sama ada Baba Yaga berniat untuk menghulurkan pertolongan atau sebaliknya. Baba Yaga tidak menyakiti pelawat yang berniat baik ataupun mempunyai jiwa yang suci, namun teori yang satu ini belum tentu benar.
Ada versi yang mengatakan bahawa dia akan meminta mereka untuk mencuba memenuhi beberapa permintaannya, dan sekiranya gagal, dia akan menjadikan mereka sebagai santapan. Dikatakan juga bahawa Baba Yaga terkadang memberikan nasihat dan juga beberapa peralatan ajaib kepada pahlawan yang berhati suci.
Baba Yaga adalah cerita dongeng yang digunakan sebagai peringatan oleh orang dewasa di Rusia kepada anak-anak mereka untuk bersikap baik sekiranya tidak mahu dimakan oleh Si Penyihir Tua.
Pengikut setianya digelar sebagai The White Horseman, The Red Horseman dan juga The Black Horseman. Ketika Vasilissa the Beautiful (juga dipanggil Vasilissa the Wise, seorang pahlawan cerita rakyat Rusia) bertanya kepada Baba Yaga siapakah penunggang kuda misteri yang mengikutinya itu, Baba yaga menjawab; "My Bright Dawn (pagiku yang cerah), my Red Sun (matahariku yang merah) and My Dark Midnight (dan tengah malamku yang gelap)."
Diantara pengikut yang digelarnya sebagai "My soul friends," Baba Yaga hanya pernah menyebut mengenai tiga pasang tangan tanpa jasad yang berterbangan diudara kepada pelawatnya. Mereka ini dikatakan melakukan kerja-kerja untuk Baba Yaga.
Baba Yaga turut digelar sebagai Dewi Kebijaksanaan dan Kematian, malah jelmaan hutan itu sendiri yang mana boleh memberikan pencerahan ataupun kesedaran, namun amat berbahaya pada masa yang sama.
Ada kisah yang mengatakan bahawa jiwa yang berhati murni mempunyai peluang yang jauh lebih tinggi untuk melarikan diri dan terselamat daripada Si Penyihir Tua ini tanpa apa-apa kecederaan. Namun begitu, persoalannya adalah; adakah berbaloi bagi kita untuk menerokai kawasan hutan gelap dan suram, yang belum pernah dijejaki manusia hanya untuk memperjudikan nasib dan nyawa sendiri?
23 ; BABA YAGA
"Thanks for reading. Do vote and comment."
👣
Sumber dipetik daripada Web
Site and Spirits Blogspot,
Baba Yaga
YOU ARE READING
CREEPYPASTA | MALAY
رعبYakin kau seorang yang berani? Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...