1 ; SUMPAHAN FILEM "THE OMEN 1976"

6K 481 27
                                        

 Banyak filem yang sering dikaitkan dengan sumpahan tertentu seperti nasib malang, kemalangan, kematian dan sebagainya. Antaranya ialah filem The Exorcist, Poltergeist, The Crow dan banyak lagi. Namun, filem seram The Omen (1976) dianggap sebagai filem dengan sumpahan yang paling teruk dibandingkan dengan filem-filem seram yang lain.

Filem ini menceritakan bagaimana seorang lelaki mengambil anak angkat tanpa mengetahui bahawa kanak-kanak itu adalah kelahiran semula antichrist (dajjal). Disebalik populariti yang dikecapi, bagai ada kutukan maut mengiringi produksi filem itu sehingga penerbit mendakwa, syaitan telah menghukum mereka kerana menghasilkan filem ini. Berikut adalah beberapa misteri sumpahan filem The Omen (1976);

👻

1. KEMALANGAN MAUT SEAKAN SAMA DENGAN BABAK FILEM.

Setelah membantu mencipta kesan khas untuk filem The Omen, pereka, John Richardson kemudian bekerja untuk filem A Bridge Too Far yang akan membuat penggambaran di Belanda.

Pada suatu malam, Richardson sedang memandu kereta di sebuah jalan bersama isterinya dan seorang lagi pengukir arca kesan istimewa, Liz Moore. Kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan kenderaan lain. Malangnya, Liz Moore telah mati di tempat kejadian akibat kepalanya terputus apabila salah satu tayar hadapan menembusi lantai kereta lalu menghentam dirinya.

Richardson terkejut kerana kejadian itu menurutnya sangat mirip dengan salah satu babak dalam The Omen. Menurut Richardson lagi, sejurus sebelum kemalangan berlaku, dia ada terlihat papan tanda menunjuk ke arah Bandar Ommen (Bandar di Belanda) sejauh 66.6 km di hadapan.

2. PELATIH HAIWAN DIBAHAM HARIMAU.

Dalam satu babak seram The Omen, Lee Remick yang memainkan watak ibu kepada Damien (anak angkat) kelihatan sangat takut apabila melakonkan satu babak di mana sekumpulan babun menyerang kereta yang dinaiki mereka. Pengarah filem itu, Richard Donner telah mengambil seorang pelatih haiwan untuk menjaga babun-babun tersebut daripada menyerang kru atau pelakon. Hal ini kerana, dia ingin memastikan keselamatan mereka dijaga dengan sebaiknya.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah, pelatih haiwan tersebut telah terbunuh sehari selepas penggambaran babak babun itu. Seekor harimau telah menerkam pelatih itu dan dia mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

3. PESAWAT DISAMBAR PETIR DALAM TIGA KEJADIAN BERBEZA.

Pada Oktober 1975, pesawat yang dinaiki pelakon Gregory Peck (watak bapa Damien) dari London ke tapak penggambaran telah dipanah petir. Hal ini telah mengakibatkan, salah satu enjin pesawat tersebut terbakar dan hampir menyebabkan pesawat itu terhempas di Lautan Atlantik.

Beberapa minggu kemudian, pesawat yang dinaiki penerbit Mace Neufeld ke tapak penggambaran pula dipanah petir ketika melintasi Lautan Atlantik. Dua kejadian yang menimpa pelakon dan penerbit itu dilihat sebagai kebetulan yang menakutkan.

Kejadian itu tidak hanya menimpa mereka, penulis skrip filem The Omen, David Seltzer dan seorang lagi penerbit, Harvey Bernard juga mengalami nasib yang sama apabila pesawat yang dinaiki oleh mereka dipanah petir ketika melakukan penggambaran di Rome.

4. SEKUMPULAN ANJING TERLATIH HILANG KAWALAN.

Dalam salah satu babak yang mencemaskan dalam The Omen, Gregory Peck cuba untuk melarikan diri dari tanah perkuburan ketika diserang sekumpulan anjing ganas. Beberapa anjing terlatih baka Rottweiler yang digunakan dalam filem itu diarahkan untuk menyerang stuntman yang menggantikan Peck.

Namun, anjing-anjing tersebut secara tiba-tiba menyerang stuntman dengan ganas. Walaupun telah dilengkapi dengan perlindungan yang sesuai, stuntman tersebut tetap mengalami kecederaan. Mujur, pengganti pelakon tersebut selamat meski kecederaan yang dialami agak parah.

5. HAMPIR DIBOM DALAM DUA KEJADIAN BERASINGAN.

Selepas terselamat dari disambar petir, penerbit Mace Neufeld terlibat lagi dalam beberapa kejadian pelik. Semasa dia dan isterinya menginap di Hotel Hilton, London. Mereka hampir mati apabila Tentera Republikan Ireland (IRA) telah meletupkan bangunan itu. Mujur pasangan itu tiada ketika kejadian.

Beberapa hari kemudian, Neufeld bersama penerbit lain dan pelakon filem The Omen menuju ke sebuah restoran untuk makan. Mereka bernasib baik apabila restoran itu diletupkan IRA sebelum mereka tiba.

Ramai yang menyangka ia adalah sumpahan tetapi pada waktu itu, banyak serangan letupan yang dilakukan IRA di London.

6. PESAWAT YANG DISEWA UNTUK PENGGAMBARAN TERHEMPAS.

Untuk mendapatkan beberapa rakaman udara, kru filem The Omen telah menyewa sebuah pesawat ringan. Sebelum pengambaraan bermula, syarikat pesawat itu telah mengubah rancangan dan menyewa pesawat tersebut kepada sekumpulan ahli perniagaan Cina. Menurut cerita, pesawat itu disewa oleh ahli perniagaan Cina dengan bayaran yang lumayan. Kru filem itu diarahkan untuk menunggu sehingga pesawat itu selesai digunakan pada sebelah petangnya.

Malangnya, pesawat yang dinaiki ahli-ahli perniagaan tersebut telah berlanggar dengan kawanan burung sebelum terhempas di atas jalan raya dan bertembung dengan kereta. Beberapa orang di dalam pesawat itu telah dilaporkan mati dalam kemalangan tersebut.

7. SEORANG PELAKON LAGAK NGERI HAMPIR MATI DITOLAK DARI BANGUNAN.

Stuntman, Alf Joint berjaya menyelesaikan penggambaran The Omen dan dia bekerja pula untuk filem A Bridge Too Far. Ada satu babak, di mana dia sepatutnya melakukan aksi berbahaya iaitu terjun dari sebuah bangunan dan mendarat di atas beg udara seperti yang biasa dilakukannya dalam filem-filem lain.

Namun pada waktu itu, Joint terjun dengan gaya yang agak pelik dan mendarat di atas tanah. Dia mengalami kecederaan teruk dan dikejarkan ke hospital. Apabila sudah sedar, Joint mengatakan bahawa dia ditolak ketika sedang bersedia untuk melakukan babak tersebut.

8. LOKASI PENGGAMBARAAN DITAKUTI PENDUDUK TEMPATAN DAN MENJADI TAPAK JENAYAH.

Salah satu lokasi penggambaran The Omen adalah di Katedral Guildford. Selepas filem itu ditayangkan, para paderi memberitahu sukar untuk mengajak penduduk tempatan datang ke gereja itu. Ketakutan tersebut berlangsung selama lebih 30 tahun.

Pada 2008, seorang lelaki bersenjata berlegar-legar di kawasan gereja itu dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak polis. Lelaki itu enggan memberi kerjasama dan ditembak mati di tangga gereja, tempat yang sama di mana salah satu babak dirakamkan di situ.

 Lelaki itu enggan memberi kerjasama dan ditembak mati di tangga gereja, tempat yang sama di mana salah satu babak dirakamkan di situ

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

1 ; SUMPAHAN FILEM "THE OMEN 1976"

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang