Yakin kau seorang yang berani?
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...
Pernah tak dengar tentang Bloody Mary? Bloody Mary merupakan antara hantu yang popular di Amerika Syarikat malah terdapat banyak versi tentang kisah Bloody Mary ini diceritakan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dipercayai bahawa wanita bernama Mary ini merupakan pengawal cermin. Yup, cermin yang kita guna untuk merapi diri dan merupakan salah satu keperluan isi rumah. Mitos tersebut mengatakan, jika kita menyebut nama Mary tiga kali di hadapan cermin, maka hantu Mary berdarah akan muncul. Penampilan Bloody Marry sangat menakutkan! Rambutnya panjang, matanya menonjol, wajahnya berdarah.
Tidak cukup hanya untuk muncul di dalam cermin, Bloody Mary akan menarik mata orang yang memanggilnya sambil menggaru wajah dan tubuh orang itu. Tidak berhenti di situ, Mary berdarah akan menarik orang itu ke dalam cermin. Maka orang itu terus hilang dari muka bumi ini.
Mitos ini merupakan mitos yang sering diceritakan oleh penduduk di Amerika. Malah, ada yang menjadikan mitos ini sebagai sebuah challenge di sana. Challenge untuk menyeru Bloody Mary di dalam bilik air pada waktu tengah malam dengan menggunakan lilin. Seram tak challenge tu agaknya?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Permainan untuk memanggil Mary berdarah dilakukan pada tengah malam. Sesiapa yang membuat challenge ini perlu memasuki bilik mandi dengan membawa lilin. Mereka harus berdiri di hadapan cermin di bilik mandi, kemudian berkata, “Mary Worth, Mary Worth, I believe in Mary Worth.”
Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah wanita yang bernama Mary Worth a.k.a Bloody Mary ini? Bagaimana dia boleh dianggap pengawal cermin? Menurut cerita, Mary Worth dahulunya merupakan seorang gadis yang sangat cantik. Kecantikan Maria a.k.a Mary ini membuatkan ramai kaum Adam tergila-gilakan dirinya. Malangnya, kecantikannya itu tidak kekal lama. Pada suatu hari, Mary mengalami kemalangan yang teruk hingga menyebabkan wajahnya rosak.
Selepas kejadian itu, ibu bapa Mary melarangnya untuk melihat cermin. Takut jika Mary mengetahui keadaan sebenar wajahnya, dia akan terkejut dan tidak boleh menerima hakikat. Malah, sebelum kemalangan itu, Mary sangat mengagumi kecantikan yang dimilikinya. Oleh kerana dia sangat ingin melihat wajahnya selepas kemalangan itu malah, didorong oleh rasa ingin tahu yang begitu tinggi, Mary memutuskan untuk curi-curi melihat cermin. Pada waktu malam, dia senyap-senyap keluar dari bilik dan pergi ke bilik air rumahnya yang mempunyai cermin – ada versi yang mengatakan di dalam biliknya – untuk melihat wajahnya di sana.
Apabila melihat keadaan mukanya di cermin, Mary sangat terkejut. Ya, dia daripada seorang wanita yang cantik terus berubah menjadi hodoh. Pastinya dia tidak boleh menerima hakikat tersebut. Selain terkejut, Mary juga sangat marah. Untuk melepaskan kemarahannya, dia menumbuk cermin dengan tangannya sehingga berdarah. Tiada angin, tiada ribut, secara misteri dia hilang. Ramai mempercayai sebenarnya Mary telah ditarik ke dalam cermin. Mary bersumpah bahawa dia akan membunuh semua orang yang memanggil namanya di cermin.
Seramkan?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tahukah anda, sebenarnya di dalam kehidupan sebenar terdapat seorang wanita yang mendapat nama samaran Bloody Mary?
Nama wanita itu ialah Mary Tudor, ratu England yang memerintah pada tahun 1550-an. Mary Tudor dikenali dengan sifatnya yang sangat kejam kepada kaumnya, jadi dia dijuluki dengan nama Bloody Mary. Dia dikatakan suka menindas rakyat. Semua peraturan yang ditetapkannya wajib dipatuhi.
Jika ada orang yang tidak taat, dia tidak teragak-agak untuk menghukum mereka dengan cara yang paling mengerikan. Cara yang membuat orang berfikir dua kali jika mereka tidak bersetuju dengan peraturan yang dilaksanakan. Kaedah apakah itu? Membakar! Ya, Mary Tudor sanggup membakar orang-orangnya hidup-hidup. Terdapat ratusan orang yang dibakarnya semasa pemerintahan ratu jahat itu.
Semasa kecil, kisah Mary Tudor tidak kurang menyedihkan juga. Dia sebenarnya merupakan seorang anak yang tidak diingini. Ayah Mary sebenarnya tidak mahu mempunyai anak perempuan. Ayahnya itu ingin mempunyai seorang anak lelaki supaya ada pengganti takhta.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Suatu hari, ibu dan bapa Tudor memutuskan untuk bercerai. Bapanya kemudian berkahwin semula dan mempunyai anak lelaki. Nah, sejak bapanya berkahwin dan mempunyai anak-anak dengan isterinya yang baru, nasib Tudor semakin buruk. Dia tidak lagi dianggap sebagai anak. Tiada siapa yang memberi perhatian kepadanya lagi. Hmmmm, mungkin kerana nasib zaman kanak-kanaknya yang begitu sukar, akhirnya ketika dia menjadi pemimpin, Tudor juga sangat keras terhadap rakyatnya.
Apa-apa pun yang berkait dengan nama Mary ini sangat menyeramkan meski sekadar mitos atau yang betul-betul wujud dalam sejarah dunia. Fuh, terfikir dua kali nak sebut pasal kisah Bloody Mary ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.