14 ; JILAT

3.3K 325 49
                                    

Selepas pulang dari kerja, aku membawa anjingku, Viko ke taman. Hampir sejam aku menghabiskan masa disitu tanpa menyedari hari sudah menginjak malam. Aku mengajak Viko pulang meski anjing baka Siberian Husky itu enggan patuh pada arahanku kerana belum puas bermain.

Sebaik saja tiba di perkarangan rumah, aku meninggalkan Viko di rumah anjingnya yang terletak di halaman hadapan, bersebelahan dengan garaj. Lalu aku terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri dan makan.

Seusai makan malam, aku menonton televisyen buat seketika. Dalam aku leka melayani perasaan, telingaku menangkap bunyi nyalakkan Viko yang nyaring. Aku mengintai Viko disebalik jendela. Anjing itu hanya pegun melihat sesuatu di jalan raya. Namun tiada apa-apa yang mencurigakan pada pandangan aku.

"Pelik-pelik Viko ni!" ujarku sambil mengangkat bahu.

Selepas memastikan pintu dan tingkap rumah dikunci, aku menapak ke bilik tidur. Ingin beradu.

TIPP. TIPP. TIPP.

Aku terpisat malas. Terganggu dek terdengar bunyi air menitis dalam bilik mandi berhampiran dengan bilikku. Mungkin aku lupa menutup pili air dengan rapat.

Aku pejam mata semula. Ingin sambung tidur.

Belum pun mata ini ingin pejam, aku menggeliat kegelian apabila ada sesuatu menjilat manja kakiku. Aku tersenyum. Manja betul Viko ni. Mesti nak ajak aku main dengan dia lagi. Namun, rasa ngantuk lebih menguasai diri ini lalu aku pun mengabaikan Viko yang begitu asyik menjilat kakiku.

Aku menukar posisi tidur ―tidur mengiring, membelakangi Viko. Aku dapat rasakan Viko mulai memanjat naik ke atas katil. Kali ini, Viko menjilat belakangku yang terdedah dek baju tersingkap. Mulanya aku berasa geli, namun lama-kelamaan aku suka pula. Seakan dibelai.

Aku terlena lagi. Menyambung tidur yang terganggu. Walaupun air yang menitis masih lagi berbunyi, aku tetap ingin tidur. Nasib baik ada Viko yang masih menjilatku. Dalam keadaan separa mamai itu akhirnya aku enak dibuai mimpi untuk sekali lagi.

Aku tidur dengan nyenyak sekali, apabila jam locengku berbunyi. Pantas aku terjaga. Aku menggeliat kecil sambil mencari-cari kelibat Viko, aku sangat berterima kasih kepadanya kerana membantu aku tidur dengan lena sekali.

Jam sudah menginjak ke angka 6 pagi, aku bangun dari tidur kerana ingin membersihkan diri. Sebaik turun dari katil, aku menuju ke bilik air. Ketika membuka pintu bilik mandi, aku menjerit ketakutan. Mataku menjamah sesuatu yang kurang enak dipandang. Anjingku, Viko tergantung kaku pada shower. Badannya bogel tanpa bulu, seakan dicukur. Lehernya pula dikerat tinggal separuh. Lantai bilik mandi penuh dengan darah yang banyak.

Mulutku ternganga luas. Kepalaku berpinar memikirkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan badanku mengiggil ketakutan.

"Kalau bukan Viko yang... habis siapa?"

Tiba-tiba ada sepasang tangan memeluk tubuhku dari belakang. Tubuhku kaku. Lelaki itu ketawa kecil. Belakang telingaku, dia jilat manja.

"Kau fikir manusia tak pandai menjilat, kah?"

"Kau fikir manusia tak pandai menjilat, kah?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

14 ; JILAT

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYWhere stories live. Discover now