Yakin kau seorang yang berani?
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...
Cerita tentang budak Bermata Hitam muncul sejak tahun 1988, iaitu ketika seorang wartawan bernama Brethel Brian menceritakan kisah pertemuannya dengan dua kanak-kanak aneh bermata hitam yang meminta untuk menumpang kereta yang dipandunya.
Pada mulanya dia tidak menyedari jika kedua-dua kanak-kanak itu mempunyai keanehan pada kedua-dua mata mereka. Ketika Brethel membuka pintu keretanya, dia sangat terkejut melihat kanak-kanak itu kerana mereka mempunyai mata yang sangat misteri.
Saat Brethel sedar dan merasa takut, dia menyimpan niatnya untuk menumpangkan dua kanak-kanak yang memiliki mata syaitan itu. Rupanya kedua-dua kanak-kanak itu menyedari akan ketakutan yang dirasai Brethel dan niat lelaki itu yang ingin membatalkan niat untuk menumpangkan mereka.
Kanak-kanak itu kemudian berasa marah dan mendesak Brethel untuk membenarkan mereka menumpangnya. Brethel pun bergegas menutup pintu keretanya dan memecut laju kenderaannya. Brethel mendedahkan dalam ceritanya bahawa kanak-kanak tersebut seakan-akan mempunyai kepakaran dalam membaca fikiran seseorang.
Sejak cerita itu menular, kanak-kanak bermata hitam sering dikatakan muncul di berbagai tempat.
Mereka meminta untuk menumpang atau datang ke rumah pada tengah malam yang sunyi dan memohon untuk menginap di rumah seseorang. Walaupun sehingga kini cerita tentang kejahatan makhluk aneh ini belum pernah terjadi, namun setiap orang yang kononnya pernah bertemu dengan kanak-kanak bermata hitam itu, rata-rata bercerita tentang aura jahat pada wajah anak-anak ini.
Sebetulnya siapa mereka, masih belum diketahui. Dan sehingga kini masih menjadi teka-teki. Mereka berasal dari mana, anak vampirekah, makhluk jadiankah atau hantukah masih lagi menjadi tanda tanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.