2 ; M

4.7K 429 54
                                        

Aku Kate.

Aku selalu pulang lewat ke rumah. Misalnya pukul 3 atau 4 pagi baru aku pulang. Ibu pasti bising dan marah-marah. Katanya, aku ini anak dara tak kenang dek untung. Berpeleseran saja.

Sabtu. Aku seperti biasa keluar melepak di rumah kawanku, Suzie. Setiap hujung minggu Suzie pasti akan mengadakan parti. Disebabkan aku orang terpenting yang patut ada di partinya, aku mengambil keputusan untuk pulang lewat meski ibuku sudah berpesan untuk aku pulang ke rumah lebih awal dari biasa.

Pulang saja dari parti. Ibu aku masih belum tidur dan setia menunggu aku di ruang tamu. Jam sudah menginjak ke pukul 5 pagi. Kami bertengkar dengan teruk sekali. Kata ibu, aku ibarat lupa diri sehingga tidak peduli perihal keluarga. Barulah aku tahu, rupanya ibu ingin menyambut ulang tahun adik aku bersama-sama. Namun, aku tetap buat endah tak endah dengan leteran ibu. Bising!

Mungkin kerana melihat aku mendengar bebelannya secara sambil lewa. Ibu berkata dengan nada geram, "Harap ada pembunuh datang bunuh kamu, degil!"

Belumpun habis bebelan ibu, aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Malas mahu mendengar bebelannya. Panas telinga aku. Baru sahaja tanganku ingin mengambil telefon di dalam beg, tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu utama rumah dibuka dan ditutup. Aku abaikan sahaja bunyi itu.

"Mesti ayah baru balik. Heh, patutlah ibu marah sakan. Ayah pun pulang lewat!" ujarku sendirian.

Aku mengambil telefon lalu menghenyak punggung di atas kerusi. Telingaku menangkap bunyi kaca berderai dan hiruk-pikuk suara lelaki dan wanita bertelagah. Hatiku mula berasa sangsi dengan keadaan yang berlaku. Namun aku tetap tidak mengendahkannya. Mungkin ibu dan ayahku bergaduh lagi. Aku membuat telahan sendiri.

Sedang aku ingin menaip, aku ternampak kelibat seorang lelaki berpakaian serba-serbi hitam. Lelaki itu mengendong seseorang dibahunya. Sepertinya ibuku. Aku tidak dapat melihat jelas apa yang berlaku, kerana daun pintu bilikku hanya terbuka sedikit sahaja.

Melihat keadaan itu, tidak semena-menanya jantungku berdegup laju. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Hatiku berdebar hebat. Aku menutup mata lalu berdoa, moga-moga lelaki itu tidak memasuki ruang bilikku. Disebalik ketakutan yang semakin menghimpit diri, aku beranikan diri untuk mengintai. Lelaki itu sedang membongkok, meletakkan tubuh berdarah ibuku di atas lantai lalu berjalan ke arah bilikku.

Aku menggigil ketakutan. Sepantas kilat aku berlari ke arah katil lalu bersembunyi di bawahnya. Lelaki itu menolak daun pintu. Dia ketawa jahat. Langkah kakinya kupandang, semakin menghampiri katil.

Dia ketawa lagi.

"Kau boleh bersembunyi sayangku, tapi kau tak boleh lari..."

Lelaki itu bernyanyi.

Aku sudah mula menangis. Ketakutan yang kurasakan menjentik ganas diri ini.

"Menangislah selagi mampu, kerana tangisanmu tak upaya menandingi ketawaku..."

Dia berhenti menyanyi. Lalu bersenandung kecil. Kemudian keadaan kembali sepi. Aku membuka mata ingin melihat keadaan yang tiba-tiba sahaja sunyi.

"BOO!!!"

Bahuku terhinjut. Alangkah terkejutnya aku, pembunuh itu berada sangat dekat denganku sambil tersenyum lebar.

"Hey girl, I'm M. Nice to meet you!" Dia melambai gembira.

Sebutir airmata jatuh lalu berlinang bak air sungai tanpa henti berjurai. Terlihat pula sarung tangannya likat dengan pekat darah, lagi mencurah airmataku mengalir.

"You know what M stand for?" Dia bertanya sambil menopang dagu.

Aku menggeleng laju.

Senyumannya kian melebar ketika mata kami bertembung.

"M stand for murder, my dear."

2 ; M

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

2 ; M

"Thanks for reading. Do vote and comment."

CREEPYPASTA | MALAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang