Yakin kau seorang yang berani?
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...
1)Pada mulanya, aku gembira untuk menerima pembedahan retina untuk memulihkan semula penglihatanku.
Tapi dengan semua benda yang aku telah lihat, aku mulai mengerti mengapa penderma mata ini mengambil nyawanya.
👻
2) Aku meluangkan masa di kubur isteriku.
Perempuan ni masih fikir yang aku sedang menggali untuk buat kolam.
👻
3) Apabila tsunami melanda, kebanyakan orang dipindahkan.
Dengan kelembapan air yang mulai menyentuh daguku, aku melepaskan tiang lokap dengan penuh kepahitan.
👻
4) Peluru-peluru bertebangan di pusat membeli-belah, sehinggakan ada baju yang terkoyak rabak hasil tembakan peluru.
Namun, dalam kucar-kacir itu, tiada sesiapa yang menyedari patung mannequin yang sedang berdarah.
👻
5) Aku bertanya kepada bola kristal bagaimana cara untuk mengelak kematianku, dan aku keliru apabila sepatah ayat sahaja yang muncul, "Takpalah sayang, saya dah kenyang."
Aku akhirnya menyedari sesuatu apabila isteriku mempelawa aku untuk makan kek setelah kami selesai makan malam.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.