Yakin kau seorang yang berani?
Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...
Pada tahun 2004, seorang pengguna sebuah laman web forum, 2chan, bernama Hasumi telah menaiki sebuah kereta api pada pukul 11 malam. Kereta api tersebut telah bergerak tanpa henti selama 20 minit. Akibat berasa hairan, Hasumi telah mem-posting sebuah pesanan, menyatakan bahawa kereta api yang dinaikinya tidak berhenti seperti selalu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Beberapa pengguna lain di laman web forum tersebutmenyarankan agar gadis itu pergi ke bahagian pemandu untuk bertanya tentang jadual hentian kereta api itu. Cadangan tersebut bagaimanapun nyata telah mengecewakan Hasumi kerana dia langsung tidak peroleh sebarang respon ketika ke sana.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Setelah kereta api itu melewati suatu terowong yang agak menyeramkan, Hasumi memberitahu bahawa kereta api sudah berhenti di stesen perhentian bernama 'Kisaragi Station'.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hasumi bertambah bingung kerana tiada seorang pun berada di stesen tersebut, di luar stesen itu juga kosong, dan dia juga tidak dapat menentukan lokasinya dengan telefon bimbit. Nasibnya amat malang sekali apabila kereta api yang dinaikinya telah meninggalkannya seorang diri di stesen itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.