Saya berkerja sebagai reception di salah sebuah hotel di area Perak. Kisah ini terjadi ketika saya sedang bekerja pada waktu malam. Biasalah kena shiff malam.
Pada jam 12 malam, kafé hotel ketika itu sudah tutup. Macam biasa. Tinggal saya seorang yang bekerja di kaunter reception. Keadaan sama seperti kebiasaan, tiada pun kejadian pelik berlaku. Namun malam itu, saya mula diganggu oleh 'mereka'.
Jam menunjukkan tepat pukul 2.00 pagi. Keadaan di sekitar hotel sunyi sepi. Hanya ada 2 atau 3 kereta sahaja yang lalu lalang di jalan raya. Saya macam biasa, melayan lagu sambil menyiapkan report untuk submit ke office pada jam 6.00 pagi nanti.
Setelah kerja semua siap. Saya melayan random video dalam Youtube. Ketika asyik melayan video, telinga saya menangkap bunyi suara orang bercakap-cakap; bersembang di dalam kafé yang gelap itu. Suara mereka agak riuh juga. Dengan gelak tawa yang terlalu kuat. Mahu saja saya ingin menegur mereka supaya bersembang dengan perlahan sedikit.
Jam ketika itu sudah pun menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tiba-tiba saya berasa tidak sedap hati dan masa itu juga saya kehairanan kerana waktu-waktu sebegini masih ada orang melepak di kafé itu sedangkan kafé sudah tutup. Suara orang-orang di dalam kafé itu masih kedengaran.
Saya pergi ke bilik pengawal yang terletak bersebelahan kafé untuk melihat rakaman CCTV. Perasaan ingin tahu siapa yang masih berada di dalam kafé tersebut tidak dapat saya bendung lagi.
Saya memberitahu Samad untuk membuka video rakaman di dalam kafé dan turut menceritakan kepadanya berkenaan apa yang saya dengar sedari tadi. Kami pun segera menonton rakaman video CCTV di kafé itu dengan penuh teliti. Namun apa yang memeranjatkan saya ialah, TIADA SEORANG PUN MANUSIA ADADI DALAM KAFÉ TERSEBUT DAN BUNYI BISING ITU TIBA-TIBA BERHENTI. SUNYI SEPI!
Ketika itu bulu roma saya sudah meremang. Ya Allah! Apa yang saya dengar itu, rupanya bukan suara manusia. Tetapi suara makhluk halus. Saya tergamam dan berdiri kaku beberapa saat. Kemudian saya kembali ke kaunter reception. Apabila saya sudah melabuhkan punggung di kerusi, suara-suara itu kembali bising. Malah semakin kuat dan mengerikan.
Hilaian tawa dan tangisan bersilih ganti kedengaran. Saya sudah sesak nafas. Ketakutan menyelubungi diri. Saya pejam mata dan menekup telinga. Saya mula istigfar banyak-banyak dan membaca surah-surah yang saya ingat. Alhamdulillah. Saya menarik nafas lega kerana gangguan bunyi itu tidak berterusan dan terlalu lama.
Selepas itu, saya kembali melakukan kerja saya seperti biasa walaupun perasaan takut itu masih bersisa.
28 ; CCTV
"Thanks for reading. Do vote and comment."
YOU ARE READING
CREEPYPASTA | MALAY
HorrorYakin kau seorang yang berani? Cuba bayangkan. Kau masuk ke dalam sebuah portal mimpi. Sebaik kau melangkah keluar, dunia kau berubah. Kau berjumpa dengan manusia yang telah lama mati. Kau melihat manusia tanpa takut membunuh diri serta tidak kurang...